Pages

Sila Klick

Sunday, February 14, 2016

PINDANG CEMPLONG ala-ala CIK MIDAH


Ramuannya:-

3 ekor ikan Selar Kuning Besor (kembong pun boleh) ikut suka
20 tangkai cili padi (cili padi sekarang bukan pedas pun) sbb tu letak banyak*
5 ulas Bawang Merah*
1 inchi halia*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai dititik
Air Asam Jawa (agak-agak) tukar asam keping pun boleh
Garam secukup rasa
Maggi Cukup rasa(kalau nak lah)
sedikit minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya:-
Basuh dan bersihkan ikan. Tumbuk halus ramuan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan ramuan yang ditumbuk tadi bersama dengan  serai yang telah dititik hingga garing dan naik bau wangi. Masukkan air asam asam jawa, biarkan mendidih sekejap. kemudian barulah masukkan ikan. Sesuaikan rasa masam dan masin. Biarkan sampai ikan masak.
kemudian hidangkan.


Selamat Mencuba!!!

Penang


Pemandangan Pulau Pinang Dari atas Bukit Bendera
Ayandaku Mohamad Hod bin Arsat

Kemeriahan bercuti sekitar Disember 2014 belum habis saya ceritakan. Apabila menjejakkan kaki di bumi Pulau Pinang maka telah lengkaplah penjelajahan saya merentas Semenanjung Malaysia. Tidak banyak masa yang diperuntukka bagi menikmati keindahan Pulau Pinang cukuplah sekadar beberapa jam di sana. Keadaan cuacaketika itu yang agak panas membuatkan saya tidak betah berada lama di Pulau Mutiara ini. Jom saksikan sedikit gamabar kenang-kenangan untuk tatapan para pembaca budiman.






dimana ada saya pastinya ada dia...fasehah


naik Trem ke Bukit Bendera

maslinda sekeluarga


Pada ketika ini Kegembiraan jelas terpancar di wajah kami setelah apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selamat tinggal Penang semoga satu hari nanti kita pasti bertemu lagi...

sayonara sayonara
sampai berjumpa lagi...

dahhhh...babai


December 2014



Salam Sayang Semua...

Sedari kecil saya seringkali berangan untuk berkelilng menjelajahi seluruh pelusok dunia tak kisahlah sama ada luar negara atau dalam negara sendiri asalkan tajuknya "berjalan" saya memang suka. Kali ini ingin saya kongsikan bersama para pembaca budiman tentang kisah perjalanan/percutian saya ke negeri Perak, Penang dan Pahang sekitar Disember 2014 yang lalu. Perjalanan ini saya rancang bersama sahabat dunia akhirat iaitu Maslinda Yahya dan ditemani bonda dan ayahnda tercinta berjaya disempurnakan sekaligus telah mencapai matlamatnya. Jom, ikuti kisah-kisah saya selanjutnya...



MENARA CONDONG TELUK INTAN


Perjalanan kami bermula dari Serdang menuju ke Teluk intan dengan melalui jalan raya biasa. Kami singgah di Kuala Selangor untuk menikmati sarapan pagi di sana. Selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan menuju ke Teluk intan dengan melaui sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Oleh kerana saya memandu sendiri pemandangan sawah padi yang indah disekitarnya tidak dapat saya nikmati sepenuhnya kerana tumpuan harus diberikan kepada pemanduan. Tepat jam 12.30 tgh konvoi kami sampai di teluk intan. Cuaca yang sangat terik hari itu memaksa kami berhenti minum di Medan selera berhadapan dengan Menara condong dan menunya adalah CENDOL. Selesai menikmati cendol kami berkeliaran di sekitar kawasan Menara Condong kebetulan hari itu ada bazar yang sedang berlangsung sementara kaum lelaki menunaikan solat jumaat kami yang wanita menagambil kesempatan membeli belah di kompleks Menara condong.

Pada sebelah petangnya pula, perjalanan diteruskan ke Batu Gajah untuk menghadiri majlis kenduri kahwin di Kg Air Mati pada keesokkan harinya. Kami menginap di homestay Hj Kamal yg terletak berhadapan dengan Pasar Borong Batu Gajah. Rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2bilik air itu saya sewa dengan kadar RM150.00 semalam. Alhamdulilah, sekitar jam 5.00 ptg kami selamat sampai di rumah Tuan Hj Kamal. Malam itu kami tidak kemana-mana sekadar merehatkan badan setelah penat seharian memandu. Makan malam hari itu dimasak sendiri oleh bonda, sahabat saya maslinda dan kakaknya. Tidak banyak gambar kenangan yang sempat saya abadikan di homestasy tempat kami menginap akan tetapi jika anda berminat bolehlah hubungi Tuan Hj Kamal sendiri di kamalppdk@yahoo.com




 dua budak ini berposing...
Syasya & Seha


KELLIE CASTLE &
MAJLIS KENDURI KAHWIN





macam ada kelibat Dato K kat belakang tu...

Ayahndaku turut sama memeriahkan suasana

macam biasalah budak ini...fasehah

KELLIE CASTLE merupakan destinasi wajib singgah apabila saya merancang untuk ke negeri Perak. Tempat yang mempunyai sejarahnya yang tesendiri ketika era pemerintahan kolonial zaman British dulu-dulu menempatkan sebuah istana lama yang didirikan oleh Whilliam Smith untuk isteri tercintanya. Walaubagaimanapun Istana itu tertangguh pembikinannya hingga kini akibat daripada kematian tuan empunyanya. Selesai Melawat Istana Kellie kami terus menuju ke Kg Air Mati bagi menghadiri Majlis Kenduri Kahwin sahabat kepada kakak Maslinda Yahya. Menu yang mencuri tumpuan saya tentulah RENDANG TOK yang menjadi kebanggaan orang Perak. Alhamdulilah, rasanya tidak mengecewakan kami. Memang Sedapppp. Saya akhiri entry ini dahulu. Pada lain masa dan kesempat kita pasti bersua lagi. dahhhhh

babai semua.







.



















Monday, February 2, 2015

BANDUNG 1.o


Salam Sayang Semua

Mengimbas kembali kenangan ketika berkunjung ke kota Bandung Indonesia sekitar November 2013 masih kemas dalam lipatan memori yang ingin saya kongsikan ceritnya disini tambahan pula 2 minggu lagi saya akan sekali lagi bertandang ke sana mengikuti rombongan Cik Kiah.

Hari Pertama

Setibanya di Kota Bandung rombongan saya di sambut mesra dengan Pak Sam yang bertindak selaku PEMANDU PELANCONG kami. Pak Sam yang sudah separuh usia itu kelihatan agak pendiam pada mulanya tetapi lama kelamaan dia mula menunjukkan sikap ramah tamahnya dan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatnya. Disebabkan kami tidak lama di kota Bandung, setibanya di airport kami terus ke RUMAH MODA untuk meninjau-ninjau dan membeli belah. Kalau di Malaysia RUMAH MODA adalah bayangan JPO kerana konsep kedua-dua perniaggan hampir sama. Barangan di sini tidaklah begitu murah bahkan hargaya ada yang menyamai dengan Malaysia. Di RUMAH MODA kami tidak dibenarkan mengambil gambar didalam premis kedai jadi tiada gambar yang dapat dipaprkan. 

Selesai membeli di RUMAH MODA, kami di bawa Pak Sam ke TOKO TIGA dimana terdapatnya kedai mejual JEANS di situ. Apa yang menariknya tentang tempat ini ialah, pembeli boleh membaiki jeans yang dibeli tanpa dikenekan sebarang caj tambahan.

PAK SAM ( Pemandu Pelancong)

TOKO TIGA


sementara menunggu jeans dibaiki

Pada sebelah malamnya setelah penat membeli belah barulah rombongan kami sampai ke Marciella Hotel untuk check in di sini. Kadar sewanya tidaklah semahal mana lebih kurang RM70.00 semalam dan pakej termasuk sarapan pagi untuk dua orang yang menunya agak terhad. Walaubagaimanapun keseluruhan daripada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Marciella Hotel adalah terbaik bagi kami. Malam itu kami tidur dengan lenanya merehatkan badan setelah penat seharian meninjau keindahan alam serta hiruk pikuk sebahagian wisat alam kota Bandung sementara esok ada episod baru akan kami terokai.



Sarapan pagi di marciella Hotel

nasi lemak kota bandung

antara menu sarapan pagi di hotel 

Hari Kedua

Masih saya terkenang bayu dingin Gunung Tangkuban Parahu menyapa pipi kami sejuknya hingga mencengkam ke tulang sum sum pada ketika itu. Deretan kedai menjual barang cenderamata memenuhi ruang sepanjang laluan menuju ke kawah Gunung Berapi. Pelbagai gelagat sang penjual memikat hati pembeli agar mereka membeli barang dagangngannya. Berhati-hati dengan penjual-penjual ini kerana kebanyakkan mereka memaksa dan merayu-rayu agar kita membeli barang dagangan mereka. Saya merasakan sedikit ketidak selesaaan ketika berhadapan dengan mereka saat itu. sedikit tips JIKA TIDAK MAHU MEMBELI jangan sesekali bersuara cukuplah dengan mengeluarkan isyarat tangan atau menggelengkan kepala.
















laluan menuju Gunung Tangkuban Parahu

Fasa Tangkuban Parahu telahpun selesai. Kami tinggalkan daerah itu kenangan yang masih berbekas hingga kini. Anugerah alamnya telah memberikan sedikit ilmu pengetahuan tentang GUNUNG BERAPI yang dikatakan masih aktif hingga kini. 

Destinasi seterusnya adalah PASAR BARU yang selalu menjadi sebutan di bibir setiap pengunjung dari Malaysia. Di sini, pelbagai jenis sulaman kain pasang dan batik ada dijual dengan harga yang agak murah berbanding dengan Malaysia dan yang paling seronoknya kita boleh tawar menawar. Peniaga di sini kebanyakkannya berketurunan sunda dan rata-rata mereka ramah tamah orangnya. Urusniaga dalam RM juga dibenarkan kepada mereka yang sudah kehabisan rupiah. Pokoknya...Happy enjoy di sini!!!


maaf ya, ini ajelah gambar yang sempat diambil kat PASAR BARU

penjual oleh-oleh di tingkat bawah PASAR BARU


bandung yang macet

pemandangan kota Bandung dari atas PASAR BARU



Masanya untuk TRANS STUDIO yeahhh!!!









SEBELUM PULANG













Thursday, January 29, 2015

CEKODOK MANIS resepi emak





Salam sayang semua...


Entah dari mana datangnya keinginan menulis semula setelah sekian lama meninggalkan laman blog ini. Inilah namanya rindu menulis datang bertaut kembali tatkala tirai 2015 melabuhkan langsirnya. ahhh...apakah maksud semua nya ini??? hadehhh

Bangun pagi tetiba jer teringat kat emak di kampung. Rindu raut wajahnya, rindu bebelannya, rindu senyumannya, rindu jugak masakannya. Oh makkkkkk...sedang apalah mak agaknya sekarang ini ya... ketahuilah olemu wahai bondaku yang anakandamu ini sangat2 merindukanmu.

Buatlah satu resepi mak...mane tahu bole menghilangkan rindu!!! Nah, CEKODOK MANIS resepi emak..

Ramuannya:-

2cawan tepung gandun
1sudu teh potas
4 sudu mkan Gula (ikut suka, kalau nak manis bubuh lebih)
sedikit garam
air secukupnya.

Cara Menyediakannya:-

Satukan tepung dengan serbuk potas kemudian gaul rata. Bancuh gula garam dan air kemudian kacau  hingga semuanya larut. Campurkan tepung bersama bancuhan tadikemudian gaul rata.

Panaskan minyak untuk menggoreng. Basahkan tangan kemudian bentukkan adunan menjadi bulat-bulat kecil. Masukan kedalam kuali goreng hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan.

**boleh juga dimakan dengan sambal tumis, takpun makan gitu jer pun sodap.



Wednesday, February 5, 2014

MENJENGUK RUMAH SURYANI DI KELANTAN


Pemandangan Rumah Sahabat Cik Sakura di Kelantan
yang masih dalam pembinaan


Salam Sayang Semua

2013 yang sudah berlalu banyak meninggalkan kenangan yang ceritanya masih belum sempat dikongsikan lagi. Untuk entri kali ini, Cik Sakura ingin berkongsi dengan adanda semua pembaca budiman kisah perjalanan kembara Cik Sakura Ke Kelantan Darul Naim sekitar Ogos 2013. Perjalanan hampir 10jam menaiki TOYOTA HILUX milik Suryani dengan suaminya bagaikan berada di dalam kapal laut yang dilambung-lambung menempuh omabak dan badai. Walaubagaimanapun, Cik Sakura memang happy sesangat. Terima kasih ya Sue...atas pelawaan ini.

Perjalanan kami bermula selepas solat asar mengikut laluan Johor Bahru-Mersing-Muazam-Pekan-Kuantan-Terengganu-Kelantan. Kira-kira jam 2.00pagi kami sampai di rumah keluarga Suryani. Keesokkan paginya emak mertua suryani menjamu kami dengan hidangan nasi berlauk makanan pagi orang kelantan yang dibelinya. Kalau di kelantan lebih baik beli sarapan pagi dari kita bersusah payah menyediakannya sebab harga nasi berlauk di Kelatan sangatlah murah iaitu RM2. jom layan gambar nasi berlauk dulu...

nasi berlauk yang buat saya teringat-ringat sampai hari ini

Pada sebelah malamnya pula, kami memenuhi jemputan abang suryani menikmati selera MAGGI KETAM yang tengah NGETOPS di kelantan sekarang. Lokasinya adalah di SEMARAK dekat TOK BALI.

Perghhhhh...mamang TERBAIKKK sungguh. Kelainan dari kebiasaan penyediaan Maggi betul-betul HOLIAU. Pandai betul tuan punya kedai ni mereke menu yang belum lagi ada di mana-mana tempat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin dialah pelopornya. Jom layan gambar jap...

ni gambar signboard depan kedai 
Kami makan di sini, tak taulah pulak kalau ada yang lebih sedap lagi



Maggie Ketam kat sini memang TERBAIK
jom layan gambar kejap







Ole-ole WAJIB beli kalau pergi Kelantan
BUDU oh BUDU

BUDU buah tangan dari kelantan yang wajib dibawa pulang


Ketika perjalan pulang ke Johor Bahru, sempat jugak kami singgah di Pekan, Pahang menikmati juadah MEE KARI yang memang enak. Menurut Suryani setiap kali melalui jalan ini, pasti dia dan suami singgah menjamu selera di gerai yang terletak berhampiran Masjid Besar Pekan.