Pages

Sila Klick

Showing posts with label Pengantin. Show all posts
Showing posts with label Pengantin. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

SEKITAR MAJLIS PERKAWINAN LIZA

Salam Sayang Semua...

"Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada LIZA & ZAINI, semoga bahagia hingga anak cucu". Hanya ucapan yang dapat Cik Sakura lontarkan kepada my housemate yang telah selamat diijab kabulkan semalam dan selesai bersanding pada tanggal 22hb Januari 2012.

Lepas ni Cik Sakura akan tinggal berdua dengan Ila sementara menunggu Prince Charming kitaorang datang menjemput.. Nengoklah gambar kat atas tu, kami masih mampu tersenyum walaupun akan kehilangan seorang housemate yang pastinya akan menambahkan beban bayaran SEWA RUMAH, hahahahhaaahahahah... kepada housemate baru diucapkan selamat datang, "welcom to our Club".

Mari kita hayati moment-moment indah sekitar hari bahagia Liza dengan suaminya Zaini di Kampung Parit Jawa, Parit sulong, Batu Pahat Johor. Jom kengkawan, kita layannnnnn....



















Sunday, December 18, 2011

LAGI-LAGI JEMPUTAN KAWEN

Selamat pengantin baru


Salam Sayang Semua...

Dari semalam sampai hari ini tak habis-habis dengan kenduri kawen. Hari ini Cik Sakura ke Kluang, Johor meraikan majlis perkahwinan sepupu Cik Sakura sebelah ayah. Seronok lah pulak nengok orang naik turun pelamin eentah bila lah pulak turn Cik Sakura ni, ngeee

Cantik pengantin menggunakan tema warna merah hitam dan putih. Sama macam majlis resepsi adik cik sakura hari itu. Makanannya kira ok ajer... apapun untuk kedua mempelai diucapkan "Selamat Pengantin Baru"





SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam Sayang semua...
Bulan Disember datang lagi. Selain dari musim tengkujuh bulan Disember sangat disukai ramai kerana pada bulan ini ramai dikalangan pasangan mendirikan rumah tangga dan kebetulan bulan Disember merupakan bulan Cuti Persekolah bagi anak-anak. Tidak ketinggalan sahabat Cik Sakura mengambil kesempatan ini untuk mrealisasikan impian untuk mendirikan rumah tangga. alhamdulilah Kak Sal selamat diijab kabulkan pada hari semalam 18hb Disember 2011."Selamat Pengantin Baru untuk Kak Sal dan pasangan semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Cik Sakura turut berkongsi kegembiraan dengan sahabat yang lain dan diabadikan dalam gambar-gambar di bawah.
Cik Sakura & Kak Sal

Liza & Ila

Cik Sakura & Ila

Cik Sakura & bonda kesayangan