Pages

Sila Klick

Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

MURTABAK MAKARONI

Salam Sayang Semua...

Ingat tak dengan entry Cik Sakura minggu lepas yang bertajuk MAKARONI AIRMATA? haaaa... kali ini entry Cik Sakura adalah kesinambungan dari entry yang lepas di mana Cik Sakura dah buat pembetulan dengan menu tersebut.

Cam tu lah perangai Cik Sakura kalau buat sesuatu tu tidak menjadi pasti Cik Sakura akan mencuba sehingga mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, masakan yang tidak menjadi tidak pernah sekalipun disia-siakan kerana itu juga merupakan rezeki yang dittipkan oleh Allah swt kepada kita. Sebab tu walaupun percubaan itu gagal namun Cik Sakura masih tetap mempublishkannya cuma upgrade sikit jer nama dia dan tu la pasal jugak namanya bertukar menjadi MAKARONI AIRMATA.... ahak3

Yang paling penting penting hari ini Cik Sakura telah berjaya menyajikan The Real MURTABAK MAKARONI sebagai hidangan makan malam kami tadi. Resepi tidak berubah, sama jer macam aritu...


Masak kene ikhlas dan enjoy kengkawan ea... barulah apa yang dihasilkan menjadi. Bukanlah yang aritu tidak ikhlas cuma salah teknik dan resepi. Apapun pembetulan telah dibuat dan hasilnya adalaah seperti di atas. Kepada kengkawan semua, selamat mencuba
babai...

Tuesday, August 23, 2011

ROASTED CHICKEN

Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua. Macam mana dengan ibadah puasa yang dah masuk hari ke 23 ni? Bagaimana pulak dengan pencarian Malam Lailatulqadar? Agak-agak dapat tak yek taun ni...Takpelah, mudah-mudahan segala ibadah kita diterima oleh Allah swt...aminnnnn

Rasanya dah masuk seminggu Cik Sakura cuti dari memasak. Entahlah, sejak akhir-akhir ni macam takder mood lah pulak nak memasak...Tapi entah kenapa sejak semalam macam mood memasak ni dah kembali lah. Tetiba Cik Sakura teringin nak mencuba resepi ROASTED CHICKEN yang berilhamkan dari resepi AYAM PERCIK edisi Kelantan. Tapi ada beberapa resepi yang Cik Sakura dah ubah suaikan mengikut citarasa dan inspirasi Cik Sakura sendiri.

Rasa berdebar-debar jugak, maklumlah ini adalah percubaan pertama Cik Sakura untuk menghasilkan menu ROASTED CHICKEN. Manalah tau kalau-kalau tak jadi, nanti sapa yang malu? Cik Sakura jugak. Alhamdulilah, menjadi lah pulak kalau tak percaya tanyalah dengan Fadhilah, cikgu sekolah Rendah Taman Sri Amar tu...

Malas nak cakap banyak, jom kita ke Dapur Sakura



Antara ramuan untuk menyediakan ROASTED CHICKEN iaitu Olive Oil, Ayam, Asparagus, Celery, Cherry Tomato, Leek dan Capsicum. Sebenonya Cik Sakura terlupa nak bubuh Mr Carrot and Mr Potato tapi takpelah, boleh jugak kalau takde dua bende tu...


Mula-mula sapukan ayam dengan olive oil kemudian bubuh sedikit garam dan lada hitam


Goreng ayam dengan sedikit minyak (olive oil) hingga warna kekuningan dengan menterbalikan beberapa kali ayam tersebut sehingga rata...


Potong dan bersihkan sayuran


Gunakan kuali bekas menggoreng ayam tadi dengan mengoreng sayuran


Susunkan Ayam dan Sayuran pada dulang Pembakar. Sebelum dibakar masukkan sedikit butter ke dalam dulang untuk menambah keenakkan rasa Roasted Chiken kite...


Masukkan dalam oven kemudaian bakar dengan suhu 200c selama 1jam


Ini adalah Chiken Stok yang akan dimasukkan setelah 1/2 jam Ayam dibakar. Curahkan pada dulang pembakar yang berisi ayam dan sayuran tadi...


kemudian, sambung membako ayam hingga masak...


Apbabila sudah masak hidangkan...

Nampak sedap ekkk...Selamat Mencuba

bye..


Thursday, August 4, 2011

SANDWICH TUNA MAYONES

Salam Sayang Semua...

Pening jugak memikirkan menu apa untuk berbuka pose tiap-tiap hari. Kalau ikutkan hati memang nak masak makanan yang simple-simple jer janji perut kenyang, kan kengkawan?. Lagipun sekarang ni Cik Sakura tengah berdiet Jadi tanpa memeningkan kepala petang ni Cik Sakura berhajat nak makan SANDWICH TUNA MAYONES. Kebetulan semua ramuan ada dalam peti sejuk dan xyah ler susah-susah nak membeli di kedai. Alah senang jer nak menyediakan menu ni, sebab itulah, lewat pukul 6.45ptg barulah Cik Sakura bergegas ke dapur untuk menyiapkan sandwich ni. Apa tunggu lagi, yuk kita mulakan...




beli tuna mayones ayam brand



Sediakan daun salad, timun tuna dan mayones


Gaulkan kesemua sampai rata


bakar roti dengan garlic spread



inilah dia SANDWICH TUNA MAYONES yg sempat cik Sakura buat. Penat jugak mulut nak nganga sbb sandwich ni bole tahan tebal jugak. Habis dibaham sandwih ni tadi...



Sampai jumpa lagi semua..
babai...



Wednesday, August 3, 2011

BEEF STEW




Salam Sayang semua...

Bertemu sekali lagi dalam episod kali ini ya puan-puan. Bersempena Ramadhan AlMubarak yang dah masuk hari ke tiga, Cik Sakura berhajat nak masak makanan untuk berbuka pose petang ni. Ermmmmm....nampak sedap dan meyelerakan(cissss perasan) Inilah dia BEEF STEW ciptaan Cik Sakura di makan bersama dengan ROTI PERANCIS yang disapu dengan GARLIC BUTTER. Alhamdulilah, semuanya menjadi seperti yang dirancangkan. Cuma, tetiba jiran Cik Sakura yang duduk kat ujung tu membawakan BUBUR LAMBUK KG MELAYU yang boleh tahan sedap jugak. Tanpa berlengah lagi jom kita masuk ke dapur untuk menyiapkan hidangan tersebut...


BEEF STEW

Rebus daging sampai empuk.Jagan dibuang airnya kerana airnya akan digunakan untuk kuah...



Antara sayur-sayuran yang digunakan seperti carrot, kentang dan batang sadri...



Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam....




Tumiskan ramuan yang ditumbuk tadi bersama dengan rempah layang (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) sehingga garing...



Sementara menunggu tumisan bawang tadi menjadi garing bancuh 2 sudu makan tepung gandum dengan air kemudian kacaukan jangan sampai bergentel...



Pastu, masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam tumisan bawang dengan menambahkan air rebusan daging kemudian kacau rata. Jangan lupa ya puan-puan, masukkan daging kemudaianmasak sampai daging empuk....



Lepas ni barulah boleh masukkan Mr Carrot dan Mr potato. Masak sampai kedua-duanya empuk. Last sekali, masukkan batang saderi. Jangan lupa ek, masukkan garam secukup rasa....



Inilah dia Beef Stew yang sempat Cik Sakura masak tuk berbuka puasa petang ini. Sayang seribu kali sayang batang saderi telah terover cook sbb tu lah jd hancur. Walaubagaimanapun, xderlah terkulat-kulat nak telan batang saderi tu...



BUBUR LAMBUK KAMPUNG MELAYU

Resepi Bubur Lambuk Kg. Melayu ni menyamai dengan resepi BUBUR AYAM Cik Sakura. Tapi buat masa ni tekak Cik Sakura belum teringin atau mengidam nak makan bubur Ayam. Untuk resepinya tunggulah ek kengkawan... InsyaAllah nanti jika ada kesempatan memang Cik Sakura nak share resepi ni denga you all semua.

Cik Sakua nak mengambil kesempatan mengucapakan Selamat berpose kepada semua...
Mudah-mudahan puasa kita di terima oleh Allah..
Amin...

Friday, July 22, 2011

MUSHROOM SOUP & BEEF SALAD

Salam sayang semuanya...

Agaknya Apakah menu makan malam petang ini? Cuba kengkawan teka?


Inilah dia Beef Salad ciptaan Cik Sakura. Nak buat Beef Salad ni paling senang dalam dunia. Gunakan daging burger semalam yang tak habis dimakan campurkan dengan hirisan daun salad di tambah dengan sos Thousand Island. Gunakan bahan-bahan yang ada jer dalam peti sejuk. Kalau nak diikutkan bole jgk ditambah dengan cherry tomato dan lada benggala tapi semua tu dah takder arr, stok dah habis so gunakan mana yang ada jer.



Haaaa...yang ini adalah makanan kegemaran Cik Sakura apa lg kalau bukan Mushroom Soup. Enak di makan begitu saje. Nak buat dia ni senang ajer. Kita perlukan sebijik bawang besar dicincang halus, 3bijik bawang putih jugak dicincang halus pastu ditumiskan hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan air dan daging ayam yang dipotong dadu kedalam tumisan tadi biarkan hingga mendidih.Masukkan kuib pati ayam dan hirisan mushroom. masak beberapa minit kemudian angkat dan masukkan ke dalam blender untuk dikisar hingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk dan didihkan seketika kemudian masukkan susu seger dan garam. Untuk memekatkannya bancuhkan 2sudu makan tepung gandum dan masukkan ke dalam kuah tadi kacau rata jangan biarkan bergentel. Hidangkan dan makan bersama beef salad tadi.

Selamat menjamu selera....

Thursday, July 21, 2011

HOW TO MAKE BURGER WITH YOUR OWN

Dah lama dah Cik Sakura teringin nak makan BURGER buatan sendiri. Saje jek nak tunjuk kemahiran membuat burger dengan aksesori yang lain seperti hash brown telur separuh masak dan daging burgernya. Manalah tau kita boleh share resepi kan orang kata "sharing is caring". Walaupun letih baru balik dari kerja Cik Sakura gagahkan diri jugak menyediakan menu makan malam ari ni. Berselera betul kitaorang malam tu makan. Ok, kita mulakan dengan Hash Brown..



HASH BROWN



2 bijik kentang dikupas kulitnya



Sagat kentang yg telah dikupas tadi bersama dengan sebijik bawang besar. Perah air kentang yang bergenang sehingga kering kemudian masukkan sedikit garam. Gaulkan adunan kentang sehingga mesra dengan campuran garam tadi. Bentukkan adunan kentang sehingga menjadi bulat dan leper supaya senang untuk digoreng nanti.




Beginilah bentuk adunan kentang yang diterap dan digoreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak masak. Goreng dengan api sederhana sehinga bewarna perang (brown).




Jangan lupa terbalikkan gorengan tadi supaya kentang masak dengan sekata.




Siap sudah Hash Brown





DAGING BURGER

Untuk membuat daging burger kita memerlukan 500g daging kisar dan serbuk roti. Alamak lupalah pulak Cik Sakura nak ukur sukatan serbuk roti ni tadi. Agak-agaklah yek kengkawan asalkan adunan boleh dibentukkan dah kira ok lah tu....



Campurkan kesemua bahan tadi bersama dengan sebijik telur sedikit garam 1 sudu makan serbuk lada hitam, 1 sudu makan serbuk kari dan sedikit minyak zaitun (kalau takde minyak zaitun minyak apa-apa pun boleh lah), Kepada sesiapa yang sukakan daun sadri boleh jugak dimasukkan tapi tadi daun sadri dah takder dalam peti sejuk Cik Sakura so, tak dapat nak masukkan sekali.



Kacau rata adunan daging tadi hingga sebati. Kemudian bentukkan bulat dan leper seperti bentuk Hash Brown kat atas tu. Untuk mendapatkan bentuk yang sekata, boleh tiru macam gaya Cik Sakura. Pegi kedai belilah terap telur dan gunakannya untuk membentukkan adunan daging tadi.



Ha.... goreng daging burger dengan minyak sedikit dan api sederhana. Tengok, sama kan bentuk daging dengan bentuk telur dan hash brown tu kan? sbb tu lah Cik Sakura suruh beli kat kedai, arganya takde lah mahal sekitar RM5 sahaja.




SET HIDANGAN LENGKAP

Inilah dia hasil resepi petang ni. Nampak menyelerakan? Masa entry ni di buat sebenonya suma paparan makanan ni dah ada dalam perut kita orang. Ini hanyalah gambar yang tinggal sebagai kenangan. Roti tu sedap sgt sbb disapu dengan garlic butter yg dibeli di kedai (bukan buat sendiri tau) tambah menyelerakan pulak daun salad adalah segar dari ladang. Pehhhhhh...pendek kata hidangan malam ni adalah yang TERBAEKKKKKK.

Kepada kengkawan semua, selamat mencuba. Kalau rasa nak belajo buat boleh datang ke rumah Cik Sakura. Tapi Cik Sakura confirm korang sume mmng boleh buat sebab ianya mudah dan taklah susah sangat. Cuma satu jer yang Cik Sakuran nak pesan, masak kena ikhlas barulah apa yang kita hasilkan menjadi. Selamat mencuba...


babaiiiii...tataaaa...titiiiiii...tutu....