Pages

Sila Klick

Showing posts with label Hi-Tea. Show all posts
Showing posts with label Hi-Tea. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

ROJAK MANIS



Salam Sayang Semua

Inilah 'Pot Luck' pertamaku sepanjang sebulan berada di tempat baru iaitu ROJAK MANIS yang sangat populer di daerah Batu Pahat. Kalau di daerah Johor Bahru pula, ia dikenali sebagai ROJAK ASMA tetapi kalau di sebelah utara Semenanjung Malaysia ia juga dikenali sebagai PASEMBOR. Tidak kisahlah apapun namanya sesungguhnya Malaysia kaya dengan kepelbagaian variasi makanan yang semuanya enak-enak belaka.

Kepenatan memasak hilang seketika ketika handai taulan begitu berselera menikmati hidangan ini. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada kawan-kawan yang turut membantu menyediakan ramuan rojak bagi melengkapkan hidangan hari itu. Untuk Nurul Ain, HAPPY BIRTHDAY.

Diantara ramuan ROJAK MANIS ini ialah:-
Timun, Taugeh, Tauhu, Telur Rebus, Cucur tepung, Tempe, Kentang dan kuah rojaknya macam gambar kat bawah ni...

CARA MENYEDIAKAN CUCUR TEPUNG
Ramuanya ialah:- tepung, sedikit gula, garam, mauripan dan air panas.

Caranya:- bancuhkan air panas dengan gula dan garam. Kemudian satukan tepung dengan mauripan dan dikacau rata. Masukkan masukkan air bancuhan tadi dan gaul rata. Adunan tepung adalah seakan-akan adunan cucur bawang. Rehatkan adunan seketika hingga adunan menjadi naik dua kali ganda. Bentukan gorengan dengan senduk nasi kemudian goreng dalam minyak yang penuh. setelah warna keemasan, angkat dan biarkan sejuk. 



Sebenarnya, keenakkan ROJAK MANIS bergantung kepada tekstur dan rasa kuah rojaknya. Resepi Cik Sakura dalam menyediakan kuah rojak mungkin dapat membantu kengkawan semua dalam menghasilkan kuah yang enak dan tidak muak dimakan. Apa tunggu lagi...jom kita semak resepinya dulu,

20 tangkai cili kering (digoreng)**boleh dikurangkan
2 cawan kacang tanah (digoreng dan dikisar)
1 biji bawang besar (digoreng)
1" belacan (digoreng @ dibakar)
3 biji kentang rebus (dikisar)
7-8 sudu mkn gula
Garam secukupnya
sedikit jintan manis
Air asam jawa
sedikit bijan (disangan)


CARA MENYEDIAKAN KUAH
 Tumbuk lumat cili kering, bawang merah dan belacan. Campurkan dengan kacang tanah yang telah dikisar terlebih dahulu. Masukkan air, gula, jintan dan garam. Masak di atas api sederhana. Sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya. Untuk memkatkan kuah, masukkan kentang rebus yang telah dikisar tadi. Jika masih belum pekat bolehla ditambah dengan bancuhan tepung gandum. Masak hingga menjadi pekat. Akhir sekali untuk hiasan masukkan bijan.


Berhenti setakat ini dahulu. Semoga bertemu di lain masa dan ketika dengan pelbagai resepi berbeza citarasa Cik Sakura. Semoga perkongsian ilmu ini mampu membantu kita menambah koleksi resepi harian. Sampai jumpa lagi...

babai semua...





Wednesday, March 13, 2013

PULUT SERUNDING



Salam sayang semua...

Jom temankan Cik Sakura menyediakan kuih untuk majlis minum petang hari ini. Penggunaan serunding kelapa masih lagi menjadi pilihan dalam menyediakan menu minum petang kita untuk minggu ini. Menu pilihannya ialah Pulut Serunding. 

Pulut serunding sangat mudah dihasilkan jika serunding kelapa sudah siap tersedia di rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah basuh dan bersihkan pulut. Kemudian tanaklah pulut hingga masak. Biarkan sejuk seketika. Seperti biasa, untuk mengelakkan dari pulut melekat semasa proses membentuk, sapukan telapak tangan dengan sedikit minyak masak. Ambik sedikit pulut dan bentukan bulat-bulat. Golekan pulut pada serunding kelapa hingga kesemua kawasan terkene dengan serunding kelapa. Ulangi proses ini hingga selesai. Maafla, gambar tidak dapat disertakan sekali berikutan masalah teknikal...

Mudahkan? Tak payahla kita pening kepala...selesai satu menu untuk minum petang hari ini. Selain sangat mudah untuk dihasilkan ia juga sangat enak dimakan dan mengenyangkan. Cubalah sendiri di rumah. Semoga perkongsian ilmu ini membantu kita menyediakan kepelbagaian koleksi juadah minum petang anda. Semoga bertemu di lain ketika ea..

babai semua...


Tuesday, March 12, 2013

CUCUR BADAK




Salam Sayang semua...

Agaknya petang-petang macam ni makan apa yang sedap? Nengok dalam peti sejuk masih ada berbaki serunding kelapa lebihan nasi ambeng haritu. Kalau dibuat kuih cucur badak mesti sedap lagi pulak tidaklah serunding kelapa tu terbiar begitu saja dan daripada rosak lebih baik kita manfaatkan....kan ke membazir tu kawan ???? paham-paham ajelah ea...

Apa tunggu lagi...yuak kita ke dapur sakura memerhati bagaimana cucur badak dihasilkan. Selain boleh dijadikan menu minum petang cucur badak ni jugak tahan kalau dibuat frozen.



ni dia serunding kelapa yang telah sedia ada di dalam peti sejuk Cik Sakura digunankan sebagai inti cucur badak kita. Cara pembikanannya akan Cik Sakura upload pada entry akan datang. Untuk kali ini lihat dulu yang ini ea kengkawan...


Keledek haruslah dibersihkan kemudian dikukus ea bukan direbus kerana apa? supaya kandungan air di dalam keledek tidak berlebihan dan sekaligus dapat mengurangkan kuantiti kandungan tepung yang digunakan bagi mengekalkan rasa keledeknya...


apabila kukusan sudah masak dan lembik keluarkan keledek kemudian lenyekkan keledek bersama dengan 1sudu makan gula hingga hancur. Kalau takde pelenyek boleh gunakan cawan je macam yang Cik Sakura buat..hahahaha


kemudian masukkan tepung dengan nisbah 1cawan keledek = 1/2cawan tepung. Uli hingga sebati..


sebelum membentuk cucur badak sapukan telapak tangan anda dengan sedikit minyak masak bagi mengelakan adunan tepung melekat di telapak tangan. ambil sedikit adunan tepung bentukan leper-leper kemudian masukkan inti serunding kelapa di dalamnya dan tutupkan hingga menjadi bentuk seperti gambar di atas. Ulangi proses ini hingga selesai

*** apabila proses membentuk telah selesai, cucur badak boleh terus disimpan di dalam peti sejuk sebagai makanan frozen di rumah kerana ia tahan lama. 



bolehlah digoreng dan dijadikan santapan minum petang hari ini...

sekian dulu para pembaca budiman, semoga bertemu di lain masa

babai semua....

Sunday, January 29, 2012

MEE REBUS

Salam Sayang Semua... Salam kerinduan dari Cik Sakura yang masih lagi dilanda demam selsema, tetapi kondisi tubuh hari ini sudah semakin pulih. Seperti semalm, rutin harian masih juga dilaksanakan biarpun badan masih terasa kurang sihat. Aktiviti memasak Cik Sakura hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Hari ini Cik Sakura menyediakan MEE REBUS untuk makan tengahari, boringla kengkawan makan nasik hari-hari tambah-tambah pulak haritu nengok blog DTS terliuqla nak makan MEE REBUS. Tapi untuk entry kali ini resepi adalah inspirasi Cik Sakura sendiri, sedap ke tak sedap nanti kita tanya tetamu yang hadir.

Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Liza, Cik Sakura ada dibekalkan dengan beberapa bijik TELUR PINDANG. Sayang kalau dibiarkan lama-lama takut nanti rosak pulak. Daripada rosak dan terbuang lebih baik dimanfaat sebagai sumber makanan. Ingatkan nak buat NASI LEMAK tapi pagi tadi bangun lewatla pulak tu yang bertukar jadi MEE REBUS.

Untuk kali ini juga Cik Sakura ada menambahkan bebola daging sebagai rencah tambahan bagi mencipta kelainan. Bila dah dimasak sekali ok jugak rasanya dan yang paling penting meriahhhhh nokkk. Ilmu masak memasak ni kene kreatif barulah sesuatu yang dihasilkan tu taklah nampak janggal.

yuklah, kita terus ke dapur sakura menjenguk resepi dan tips-tips menyediakan MEE REBUS ala-ala Sakura. Mudah-mudahan ilmu yang akan dikogsi dapat dimanfaatkan bersama.



ini dia rempah yang Cik Sakura gunakan dalam menghasilkan MEE REBUS hari ini. Produk keluaran AGROMAS ni dibeli di PASAR MINI MAIMON dengan harga RM5.oo henggit sahaja. Walaubangaimanapun, rempah ini tidak dapat berdiri dengan sendirinya bagi menghasilkan MEE REBUS yang betul-betul enak justeru Cik Sakura telah melakukan sedikit penambah baikkan dengan mencampurkan REMPAH RAHSIA bagi menambahkan rasa KICK pada MEE REBUS ni. Ini bukan "masuk bakul angkat sendiri ea.." tapi ini ialah tips untuk menambah keenakan rasa MEE REBUS kita. Pasal REMPAH RAHSIA tu nanti Cik Sakura citerkan kat bawah dan kalau nak tahu kene baca entry ni sampai habis...ahak2

RESEPI TIME...
UNTUK KUAH MEE REBUS
1 peket rempah mee rebus Agromas
500g daging lembu direbus dengan 1" halia
2 biji keledek direbus bersama daging
3/4 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar kering
300g bebola daging
sebijik bawang besar*
5 bijik bawang putih*
7-9 tangkai cili besar*
segenggam cili padi (boleh dikurangkan)*
11 ekor udang basah*
2 camb udang kering*
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya
Rebus daging dengan keledek hingga empuk
Asingkan keledek dan dikisar halus, ketepikan dulu

tumis ramuan yang bertanda * hingga garing
masukkan daging dan air rebusanya sekali
masukkan juga rempah pes mee rebus Agromas, biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan keledek yang telah dikisar tadi bersama dengan bebola daging. sesuaikan rasa masin dan manisnya
akhir sekali masukkan kacang tanah kisar
biarkan mendidih kecap, pastu angkat
boleh lah dihidang

hidang bersama...
sebungkus mee kuning dicelur
taugeh juga dicelur
4 keping tauhu digoreng
hirisan lada hijau
limau kasturi
telur pindang atau telur rebus
bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan


Untuk tips
Kuah mee rebus seharusnya berperisa manis dan sedikit pedas. Untuk mendapatkan rasa manis yang betul-betul ngam dengan kepedasannya kita harus berani dan pandai mengimbangkan rasa manis dan pedasnya kalau tidak, kuah mee rebus anda pasti kurang menyengat. Untuk kuantiti seperiuk besar seperti resepi di atas, Cik Sakura gunakan lebih kurang 6 sudu makan gula walau bagaimanapun rasa manisnya bergantung kepada citarasa masing-masing
...

diantara tetamu yang hadir...



selamat mencuba kengkawan...

babaiii..

Wednesday, January 18, 2012

BISKUT GORENG SAKURA

Salam Sayang Semua... ermmmmm... dekat 3 hari Cik Sakura cuti memasak, tak tahulah kenapa?. Tetiba hari ini mood memasak tu datang menjelma. Cik Sakura seolah-olah mendapat hidup kembali mana tidaknya memasak adalah "jiwa" Cik Sakura, cuba bayangkan kalau hidup tanpa "jiwa" apa akan jadi? Sementara "jiwa" sudah bersatu dengan "jasad" lebih baik kita manfaatkan anugerah yang dititpkan oleh Allah swt ni dengan menyediakan hidangan minum petang untuk hari ini.

Menunya ialah, BISKUT GORENG SAKURA. Fullamak, namanya pun sudah boleh membuat jiwa teruntun, cheeewahhhh... Sebenarnya resepi ni Cik Sakura dapat dari seorang teman "CIKGU MAT NOR". Dia telah memperkenalkan menu ini kepada Cik Sakura pada Ramadhan dua tahun lepas. Kebetulan, masa buat blog walking kat blog "Sinar Kehidupanku" milik KakYati aritu, Cik Sakura terjumpa resepi yang seakan menyamai resepi ni kalau tak silap kak yati namakan dia MURTABAK LAPIS KREKAR. Walaupun terdapat beberapa perbezaan namun kedua-dua resepi ini menggunakan bahan asas yang sama iaitu BISKUT KREKAR. Walau bagaimanapua, Cik Sakura ada membuat sedikit perubahan dan pembaharuan sehingga mewujudkan BISKUT GORENG SAKURA. Untuk kedua-dua insan ini (Cikgu Mat Nor & Kak Yatie), terima kasih yang tidak terhingga dan izinkan saya kongsikan resepinya...



Diantara ramuanya ialah, Gunakan inti karipap yang masih berbaki haritu dan beberapa keping biskut kraker serta sebiji telur. Minyak untuk menggoreng...

Cara menyediakannya...
Lecek inti karipap hingga hancur. Ambil sekeping biskut kraker, sapukan inti karipap tadi ke atas lapisan biskut krekar lebih kurang 1/4" tebal kemudian tutup lapisan inti tadi dengan sekeping lagi biskut kraker. Sementara itu, Pukul telur sebentar kemudian celupkan biskut ke dalamnya. Biarkan selama lebih kurang 5 minit kemudian goreng dalam minyak yang penuh sehingga bewarna golden brown kemudaian angkat. Potong biskut menjadi bentuk segitiga.Bolehlah dihidangkan...

Sekian dulu titipan untuk kali ini. Semoga bertemu dilain masa...

bababiii...

Saturday, January 14, 2012

KARIPAP TELUR


Salam Sayang Semua...

Petang-petang macam ni pekene karipap dengan Teh O panas sedap eak, nak-nak KARIPAP TELUR perghhhhh... meleleh air liuq. Lama beno Cik Sakura tak buat karipap, dulu-dulu tu rajinlah jugak tapi sekarang ni dah malas sejak-sejak dah meningkat tua ni, maklumlah...

Takpe, hari ni Cik Sakura ada sedikit rajin dan rasa nak share pulak dengan kengkawan semua resepi KARIPAP TELUR yang diinspirasikan oleh KARIPAP TELUR Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Dulu ada sorang supplier stationery kat opis yang kenalkan dengan version KARIPAP TELUR ni, bila cik Sakura makan jer terus jatuh cinta. Tapi karipap dia ada rasa manis sikit sebab dia guna keledek sebagai inti yang Cik Sakuranya gunakan kentang sebagai inti so.. takder rasa manis sebab Cik Sakura suka yang cenggini.... pedas berapi

Jomlah kengkawan kita layan dulu gambar-gambar kat bawah yang sempat Cik Sakura amik guna handphone chokia ni. Resepinya ada kat bawah tu. Kalau nak resepi kenelah nengok sampai bawah nun...

Ini dia intinya, Cik Sakura guna kentang yang ditumis bersama dengan bawang, cili, rempah kari dan daging kisar. Telur adalah optional kalau nak boleh taknak pun boleh tapi bagi Cik Sakura telur adalah wajib, kan ker nama karipap ni KARIPAP TELUR confirmlah ada telur...

Mula-mula Canai kulit karipap dulu atas papan pencanai. Kemudian letakkan inti kentang bersama dengan telur yang telah dikerat kepada empat bahagian (macam gambar di atas), gunakan satu bahagian untuk sebijik karipap yeaaa. Cantumkan dan kelimlah tepi karipap mengikut citarasa anda samada manual ataupun auto...achehhhh macam kereta lah pulak

Susun cenggini supaya tidak melekat antara satu sama lain.. "eee gemok-gemok karipap ni macam tuan dia jugak.."hahahahhaha. Entahler, setiap kali bikin karipap tak pernahnya karipap Cik Sakura ni jadi kecik-kecik mesti gedebab-gedebab, tak tau kenapa dan dimana silapnya?



RESEPINYA dulu...

UNTUK INTI KARIPAP
3 biji telur direbus kemudian dikupas dan dipotong empat
3 biji kentang dipotong dadu
300g daging kisar
2 susu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
sebiji bawang besar potong dadu
Sebiji bawang putih diketuk
garam secukup rasa

Method (cakap inggeris konon)
Tumiskan bawang putih+bawang merah+cili+rempah kari hingga garing. Masukkan daging kisar dan kentang seta sedikit air. Masak hingga kentang empuk dan menjadi kering. Sesuaikan rasa masinnya kemudian sejukkan...

UNTUK KULIT KARIPAP

*** yang ni ada masalah sikit, sebab jak dari dulu lagi Cik Sakura belum dapat resepi yang betul-betul ngam. Setiap kali buat mesti tak pernah sama dengan yang sebelumnya, lagipun kulit karipap Cik Sakura ni bila panas-panas memang sedap dimakan tapi bila dah lama sikit contohnya 5-6 jam mesti jadi lembik. Kekadang tu teringin nak buat karipap yang bila sampai esok pagi masih stady jer kulitnya, ada sape-sape yang tau tak ajarkan Cik Sakura bolehhhh??? Bukannya lokek resepi ya, tapi kalau nak jugak resepi Cik Sakura ni, bolehhhh ajer...

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (agak-agak lau kurang tambah sikit) ditaruk garam sikit
minyak masak yang dipanaskan (yang ni pun agak-agak jugak)

Mula-mula ayak tepung kemudian curahkan dengan minyak panas. Gaulkan sampai jadi seakan serbuk roti. Pastu Curahkan air sedikit demi sedikit, bukannya apa takut doh jadi terlembik pulak. Uli doh hingga menjadi licin. Bentukkkan doh menjadi bulat-bulat kecil. Rehatkan doh kejap hingga berminyak pastu boleh canai.

Amacam, ada bran nak buat ker?.. Boleh lah try style Cik Sakura ni manalah tau kot-kot menjadi... air tangan orang ni berbeza-beza kekadang tu kita buat sama sebijik cam orang lain tapi jadinya berbeza yang penting masak kene IKHLAS barulah menjadi hasilnya...

dah dulu yea...

sampai jumpa lagi

babaiii..

Thursday, January 12, 2012

KUIH CARA MANIS


Salam Sayang Semua...


Taraaaaaa... kalau semalam KUIH CARA PEDAS hari ini KUIH CARA MANIS. Bukannya apa, Cik Sakura nak menghabiskan stok tepung gandum yang telah dibuka paketnya. Kalau lama-lama nanti takut berkutulah pulak. Kebetulan Kuih cara ni senang dibuat dan tidak memerlukan masa yang lama. Ramuannya pun dah ada kat dapur, takyah susah-susah nak pegi kedai.

Jom lah, Cik Sakura ajar macam mana nak buat kuih cara ni. Sama jer macam kuih cara berlauk yang Cik Sakura buat semalam cuma bezanya semalam intinya pedas hari ini intinya manis... semanis wajah Cik Sakura ahak3...ahak3..ahak...


Ramuannya untuk Better
2 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
2 sudu makan minyak masak
**gula pasir untuk inti


Cara Menyediakannya
Satukan kesemua ramuan di atas melainkan gula kemudian blendkan
Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api kecil
kemudian sapukan dengan minyak masak
tuang adunan ke dalam acuan
taburkan gula pasir ke dalamnya
tutup acuan dengan tudung periuk
biarkan hingga masak
keluarkan kuih dari acuan apabila sudah masak
ulangi proses ini hingga selesai


Wednesday, January 11, 2012

CARA BERLAUK

Salam Sayang semua...

Tadi masa waktu lunch hour sempat Cik Sakura ke The Store Pandan cuci-cuci mata. Banyak betul barangan offer bersempena Chinese New Year yang tak lama lagi akan disambut oleh segelintir masyarakat berbangsa Tiong Hwa kat Malaysia ni. Cik Sakura mengambil peluang mencari keperluan barang dapur. Dalam pada window-window tu ternampaklah pulak Ramly Daging Kisar. Terdetik dalam hati "sedapnya kalau dapat makan KUIH CARA BERLAUK, lama betul Cik Sakura tak menikmati kuih tradisional ni.

Mulalah dah terbayang-bayang akan keenakkan KUIH CARA ni. Apa lagi, Cik Sakura pun belilah barang keperluan untuk membuat kuih ini. Dia antara ramuanya ialah:-

Untuk Better
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
2 cawan air
1 camt garam
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakannya
Campurkan kesemua ramuan di atas kemudian kacau rata dan pastikan better tidak bergentel. Sesuaikan rasa masinnya, ketepikan dulu...

UNTUK INTInya
200g daging kisar
1 sudu rempah kari dijadikan pes
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan cili giling ditumbuk
1/4" halia ditumbuk
1 tangkai cili merah dimayang
minyak masak
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumis kesemua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan daging kisar masak hingga kering. Taburkan dengan hirisan cili merah.

Panaskan minyak loyang pembakar. Sapu rata acuan loyang pembakar dengan minyak masak. Tuang better kedalam acuan loyang tersebut dan masukkan juga inti daging tadi ke dalamnya. Tutup acuan loyang pembakar dengan tudung periuk. Bakar dengan api perlahan hingga masak. Angkat dan hidangkan...








Sekian dulu bingkisan kali ini...

babai semua...

Tuesday, January 10, 2012

SATAH oh SATAH

Salam Sayang Semua...

Apabila bercerita tentang Terengganu Darul Iman pastinya kita sudah terbayangkan tempat-tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Istana Maziah, Masjid Kristal dan Pulau Perhentian. Negeri Terengganu juga kaya dengan pelbagai menu Masakan yang mampu membuatkan perut kita terasa lapar seperti Laksam, Nasi Dagang, Laksa Terengganu dan banyak lagi.

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang satu menu di negeri Terengganu yang juga tidak kurang polpulernya khususnya di daerah Kemaman iaitu SATAH (orang Terengganu, betulker? maaf kalau info ni salah). Sebelum ini, cik Sakura pernah menitipkan entry tentang SATAH yang dibelikan oleh sahabat Cik Sakura yang berkunjung ke Mersing beberapa bulan lepas. Walau bagaimanapun hari ini Cik Sakura berpeluang menghasilkan sendiri SATAH ini dengan citarasa SAKURA iaitu pedas dan kurang manis...

SATAH yang diperbuat dari isi ikan dan pelbagai lagi ramuan lain sangat sedap di makan dan juga merupakan makanan feberet Cik Sakura. Penghasilanya tidaklah susah cuma memerlukan sedikit kesabaran dan kepakaran. Mana tidaknya bermula dari proses pengasingan isi ikan dengan tulangnya hingga kerja-kerja mencari daun pisang yang agak sukar diperolehi di bandar besar seperti JOHOR BAHRU serta proses pembakaran, sudah cukup untuk menduga kesabaran...

Mari kita ikuti kisah pembuatan SATAH ini selanjutnya:-


Isi ikan yang dicampurkan dengan remuan lain seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, halia dan kelapa parut digaul sebati sehingga menjadi kental seperti gambar di atas





SATAH yang telah siap dibungkus dengan daun pisang yang dicucuk dengan lidi akan melalui proses pembakaran selam lebih kurang 15 minit. Cik Sakura guna oven jerrrr ahak3

taraaaa... inilah SATAH yang Cik Sakura buat tadi sudah ready untuk dimakan

amacam kengkawan, bila nak buat?
Apa? nak resepinya?
bolehhhh


500g Isi ikan (Cik Sakura guna ikan Selayang)
1/2 bijik Kelapa parut (kalau dapat yang muda)
Sebijik Bawang Besar ditumbuk
3 bijik Bawang Putih ditumbuk
Segenggam Cili Padi (cik Sakura suka pedas)
1" Halia ditumbuk
Gula dan Garam secukupnya

Cara Menyediakanya
Asingkan isi ikan dengan tulang kemudian campurkan dengan ramuan yang ditumbuk dan kelapa parut lalu digaul hingga sebati. Lapkan daun pisang kemudian bentukkan seperti kun. Masukkan isi ikan ke dalamnya dengan potongan cili padi. Bungkus rapat kemudian cucuk dengan batang lidi. Bakar hingga masak selama lebih kurang 15 minit.
boleh dihidangkan.

ok...

selamat mencuba

Sunday, January 8, 2012

JEMPUT-JEMPUT NASIK

Salam Sayang Semua...

Pagi Ahad yang sangat cantik. Awal pagi lagi Cik Sakura sudah bangun dari tidur. hari ini Cik Sakura rasa nak berjoging. Dah lama betul Cik Sakura tidak berjoging, ni ada masa dan kesempatan apa salahnya sesekali kuarkan peluh kan bagus untuk kesihatan.

Selesai berjoging tadi, perut ada bunyi "krukk krak krukkk krakkk" agaknya lapar kotttt. Nengok kat dapur ada nasi lebihan semalam. Nak buat nasik goreng sikit sangat manalah cukup untuk tiga orang, kalau nak makan dengan lauk semalam memang cukup tapi untuk sorang jer, macam mana dengan yang lain takkan nak nengok jer... camner ek?

haaa... buat jejempot nasiklah macam yang kakak Cik Sakura ajarkan. ermmmm baru teringat resepi tu, daripada nasik yang tak habis dibuang kan lebih baik digunakan sebagai ejen pelembut untuk jemput-jemput. Apa lagi yuklah ke dapur Sakura...

Nakke Resepinya? nengok ni....
11/2 cawan nasik semalam, 3/4 cawan air 1 1/2 cawan tepung gandum, sebijik bawang besar, segenggam ikan bilis, 2 tangakai cili merah, daun sup & daun bawang (ikut suka banyak mana) 1camt soda bikabornat dan garam secukup rasa.

Cara Menyediakannya:-

  • Kisar nasik+bawang besar+ikan bilis+garam+air hingga hancur
  • Campurkan tepung gandum+soda bikarbonat
  • Campurkan kedua-dua aduan di atas dan gaul sebati
  • Masukkan daun sup, daun bawang dan lada merah yang dicincang kemudian gaul lagi...
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Goreng adunan hingga warna kekuningan
  • Angkat dan hidangkan
***untuk mendapatkan bentuk jejemput yang bulat-bulat seperti di atas, tiru macam Cik Sakura. Basahkan cari sebelum menjemput adunan. Teknik ini Cik Sakura pelajari dari bloger Che Mat Gebu dari "Dapur tanpa Sempadan" terima kasih ea Che mat atas petua ini...

Ok kengkawan... sampai jumpa lagi. Nengoklah nanti tengahari macam nak buat sesuatu jerr... tungguuuu

babaiiii