Pages

Sila Klick

Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts

Monday, January 9, 2012

CHICKEN CURRY


Salam Sayang Semua...

Sejak dari semalam cuaca kat Bandaraya Johor Bahru ni sejuk sangat. Ini berikutan dengan hujan yang kerap turun dari semalam sampai hari ini. Eeeee...sejuk betul lah, tak tahan rasanya. Agak-agaknya makanan apa yang boleh memenaskan badan? toksah fikirlah, hari ini macam malas jer nak masak.. jadi Cik Sakura mengambil kesempatan untuk mengupdate blog jer...

Kebetulan semalam ada masak kari ayam dilawankan dengan Pulut Kuning yang masih belum ditayang lagi.Jangan marah eak.. guna bahasa "tayang" nanti ada pulak yang cakap "macamlah sedap sangat masakan dia tu...." Bukannya apa, Cik Sakura sekadar berkongsi cerita dan idea sahaja di sini. Kepada yang tak suka, jangan marah ea...

Oklah, taknak membebel banyak-bayak nanti orang lagi menyampah kita semak dulu resepi Kari Ayam ni...

RESEPI TIME....
  • 5 ketul ayam dibersihkan dan dibasuh
  • 1 sudu makan Cili giling
  • 2 biji bawa merah ditumbuk
  • 1 biji bawang putih ditumbuk
  • 1/2" halia ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari (cik sakura guna BABAS) dijadikan pes
  • sebatang serai diketuk
  • 7 helai daun kari
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1/2 biji kelapa dibuat (1 cawan santan pekat dan 1 cawan cair)
  • 1 tangkai lada merah dipotong dua
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa bubuh pun boleh tak bubuh pun boleh, semalam Cik Sakura bubuh sikit (ujung sudu jer) guna asam jawa extra
CARA MENYEDIAKANNYA...
  1. Panaskan minyak, tumis cili giling, 3 sekawan (Kayu manis+bunga lawang+buah pelaga) dan bahan tumbuk (bawang merah+bawang putih+halia) serta serai yang diketuk hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan pes serbuk kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan juga daun kari tumis hingga naik bau lagi.
  3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sekejap hingga rempah bersatu dengan ayam.
  4. Masukkan santan cair dulu biarkan mendidih kejap.
  5. Masukkan santan pekat. Imbangkan rasa masam dan masinnya dengan menambah garam dan air asam jawa, biarkan mendidih kejap. Jangan lupa masukkan lada yang telah dipotong dua tadi.
  6. Matikan api. Bolehlah dihidangkan
Resepi kat atas ni Cik Sakura buat dalam kuantiti yang sedikit. Maklumlah, biar sekali makan jer terus habis, takyah simpan-simpan untuk esok. Kalau nak buat untuk sekor ayam agak-agak jer rempahnya. Memasak ni bukannya susah cuma perlu ikhlas, barulah apa yang dihasilkan menjadi.

Sampai kat sini dulu la ea... nanti ada masa dan kelapangan insyaAllah ketemu lagi. Dah dulu eakkkk

babaiiii...




Monday, October 17, 2011

AYAM PERCIK





Salam Sayang semua...
Lama betul rasanya Cik Sakura menyepikan diri kan? Sebenonya terlalu banyak perkara penting yang harus Cik Sakura selesaikan terlebih dahulu dan tentunya kalian semua dibuai kerinduan dengan buah tangan Cik Sakura..ahaaakkk3

Untuk tidak menghampakan penantian yang selama ini, entry kali ini ada Cik Sakura titipkan resepi Ayam Percik untuk dikongsi dengan kengkawan semua. Sedikit sebayak hilang jugak kerinduan beraksi di dapur dan yang paling penting "kita enjoy".

Ramuannya
1 ekor ayam
20 tangkai Cili Kering
7 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1" halia
1 batang Serai diketuk
4 sudu makan Kacang Tanah yang dikisar
santan pekat dari sebijik kelapa


CARA MENYEDIAKANNYA
Basuh dan bersihkan ayam terlebih dahulu. Kemudian, blendkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga hancur. Pastu tumiskan ramuan yang telah diblend tadi hingga garing bersama dengan serai yang telah diketuk. Masukkan santan dan ayam, masak ayam hingga separuh masak kemudian keluarkan ayam dari kuah percik tadi sementara kita menyudahkan proses pembuatan kuah percik tadi.



Sesuaikan rasa masam, masin dan manis kuah percik. Tambahkan kacang tanah supaya kuah menjadi lebih pekat dan enak. Sementara itu, susun ayam dalam tray yang diperbuat dari alumunium foil kemudian curahkan kuah percik keatasnya. Bakar dalam oven lebih kurang 15 minit. Semasa proses pembakaran berlaku, curahkan kuah lagi pada ayam supaya kuah percik meresap ke dalam daging ayam tadi. Hasilnya adalah seperti gambar di atas. Sebagai altenetif lain, boleh juga dihidang dengan mencucukkkan ayam pada lidi seperti gambar sebelah. Sayang sekali Cik Sakura terlupa untuk mecurahkan kuah dalam gambar tersebut.

Sekian dulu, selamat mencuba.

babaiiii...

Saturday, June 4, 2011

NEW VERSION OF AYAM UNGKEP

Semalam Cik Sakura berkunjung ke rumah sahabat Cik Sakura kat Taman Setia Indah. Kedatangan Cik Sakura sebenonya adalah untuk menyelesaikan projek KUTU (hanya cik Sakura dan maslinda saja yang tahu). Biasalah kalau dah datang umah dia, mesti kene tido. Jadi, lepas balik keje jer Cik Sakura terus bergegas ke rumahnya dan check in di bilik no. 3 (bilik yang belakang sekali). Sampai saja kat sana macam biasalah cik Sakura kene masak. Menu petang tu ialah Ayam Ungkep. Tapi kali ni Ayam Ungkep Cik Sakura version lain dimana Cik Sakura tambahkan pulak dengan Daun Kunyit. Biasanya daun kunyit takder dalam resepi Ayam Ungkep sebelum ni. Walaubagaimanapun, rasanya sedap jugak.

Aktiviti memasak kami berlanjutan sehingga pagi esoknya. Ada beberapa menu yang disiapkan oleh Maslinda pagi itu. Antaranya ialah Cik Mek Molek, dan Kek Keju. Kebetulan ada beberapa biji keledek kat rumah dia dan daripada keledek tu tumbuh daun baiklah kita manfaatkan menjadi sarapan pagi. Sedap betul kuih Cik Mek buatan Maslinda ni.

Jom, Cik Sakura tunjuk kat kengkawan sume macam mana nak menyediakan Ayam Ungkep , Cik Mek Molek dan Kek Keju hasil resepi kami. Tengok betul-betul ek. Kalau tak jelas hubungi Cik Sakura di talian ni 012-7952395 atau Maslinda di talian 013-7200337.


Ayam dibersihkan dan dipotong sederhana kecil



Inilah dia daun kunyit yang Cik sakura cakap tadi. Bersihkan dan dimayang halus



Antara bahan-bahan yang perlu dikisar. Serai tu diketuk aje, jangan di kisar pulak.



Setelah dikisar inilah hasilnya




Ketuk sebatang serai dan tumis bersama bahan kisar tadi




Apabila garing, masukkan ayam dan masak sehingga empuk



Bila sudah empuk dan naik minyak, masukkan daun kunyit tadi



Inilah dia AYAM UNGKEP yang telah siap dimasak. Rasanya ada mirip ala-ala rendang sedikit. Try la kengkawan, Cik Sakura JAMIN sedapppp.....




CARA-CARA MEMBUAT CEK MEK MOLEK



Bersihkan keledek kemudian dikukus sampai masak. Sebab apa Cik Sakura kukus keledek ni? Sebab kalau direbus kandungan air dalam keledek terlalu banyak tu yang terpasksa banyak guna tepung. Nanti adunan jadi keras tak sedap lah pulak.




Lenyek kentang hingga hancur seperti gambar di atas




Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ingat! jangan lebih tepung nanti adunan menjadi keras dan rasanya tidak enak sebab terlebih tepung




Masukkan gula di dalamnya




Buatkan adunan menjadi lonjong seperti di dalam gambar




Kemudian goreng dengan api sederhana




Taraaaaaaaa... dah siappun CIK MEK MOLEK ni




CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU

Antara bahan-bahan membuat Kek Keju




Hancurkan biskut




Masukan dalam loyang. Tekan aduan sampai mampat dan padat




Kemudian masukkan Krim Cheese yang telah diblend bersama kiub nenas dan susu pekat ke dalam loyang yang telah dibubuh biskut tadi. Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Untuk topping, sapukan dengan jem blue berry atau hirisan buah peach sebelum adunan kek menjadi beku.






HAPPY BIRTHDAY TO AMIRA




Untuk entry kali ni Cik Sakura nak ucapkan Happy Birthday kepada anak sahabat baik Cik Sakura sapa lagi kalau bukan Nur Amira Khalis binti Mohd Khalid. Hari ini genaplah usia 14 tahun. Eeeeee...dah beso dah budak ni, dah anak dara dah. Teringatlah pulak masa dia kecik-kecik dulu, boleh jadi musuh bila tengok TV dengan dia. Maklumlah, masa tu dia ni budak lagi, kalau tengok TV asik kene ikut selera dia, balik-balik citer kartun balik-balik citer kartun. Tapi, tu citer dulu-dulu. Sekarang dia dah beso dah. Bukan saja cantik orangnya pandailah pulak tu...

Terharu rasa hati Cik Sakura bila kita sama-sama nyanyikan lagu besday kat dia tadi dalam tiga version. Si Nuril tu, walaupun selalu bergaduh dengan kakak dia (Amira) tapi dia sayang jugak kat kakak dia, maklumlah adik beradik bak air dicincang takkan putus. Ha....yang paling best skali Kek besday amira dibuat sendiri oleh mama dia (Maslinda). Pandai lah pulak si Maslinda tu buat kek, tak sangka lah pulak bukan setakat sedap cantik la pulak kek dia tu. Ermmmm, kalaulah dia baca artikel ni mesti bangga mana taknya kawan dia puji kek dia sedap dan cantik. Apapun untuk amira auntie nak ucap SELAMAT HARI ULANG TAHUN, adiah nantilah ek...