Pages

Sila Klick

Showing posts with label Hidangan Nasi. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Nasi. Show all posts

Friday, March 22, 2013

NASI AMBENG ORANG JAWA



Salam Sayang Semua...

Lama betul tidak menikmati hidangan NASI AMBENG yang original. Kalau dapat, teringin sangat nak makan NASI AMBENG yang dapat dari ayah balik kenduri kat kampung Cik Sakura. Wahhhhhh....sedapnya makan nasi yang telah didoakan oleh orang ramai. Itulah bezanya NASI AMBENG ORIGINAL dengan NASI AMBENG yang ada kat pasaran sekarang. Kalau kat Kampung Cik Sakura NASI AMBENG ORIGINAL percuma boleh didapati apabila dah nak dekat bulan puasa sebabnya ramai penduduk kampung mengambil giliran membuat kenduri menyambut kehadiran ramadhan. Selain itu, NASI AMBENG boleh juga didapati di kampung Cik Sakura bila ada kenduri YASINAN, MELENGGANG PERUT, BROKOHAN, KENDURI ARWAH dan MAJLIS POTONG JAMBUL.

Apabila bermastautin di Johor Bahru, sudah pasti agak sukar mendapat kesempatan menikmati hidangan NASI AMBENG ORIGINAL. Ini kerana penduduk di sini jarang-jarang sekali membuat kenduri di rumah. Kalau adapun mereka lebih gemar membuat kenduri di masjid-masjid kerana lebih ringkas katanya. Itulah perbezaan bila kita duduk di kampung dan juga di bandar. Walaubagaimanapun, di sini NASI AMBENG  masih boleh didapati di gerai-gerai sarapan pagi. 

Rindu yang bertandang untuk menikmati NASI AMBENG telah memaksa Cik Sakura menyediakan hidangan ini. Tetamu hari itu ialah ROZANA PANDAK sahabat karibku ketika di opis lama. Dia yang kini mengandung 6bulan telah Cik Sakura jemput bagi menikmati menu kebanggan orang jawa ini bersama-sama...

tu diaaa.. siap bungkus lagi. Walaupun tidak dibacakan dengan doa, aksesori nasi ambang kekal terpelihara dengan kehadiran Ayam Masak Kicap menu kebiasaan di kampung Cik Sakura.

AKSESORI NASI AMBENG TERDIRI DARIPADA

Nasi Putih
Mee Goreng
Sambal Gpreng Jawa
Serungding Kelapa
Ayam Masak Kicap
Ikan Masin

SEDIKIT INFO ISTLAH ORANG JAWA

Majlis Melenggang Perut bermaksud Kenduri doa selamat yang diadakan ketika kandungan berusia 7 bulan. Masyarakat dahulu kala biasanya akan melenggangkan perut ibu yang mengandung dengan 7 helai kaian batik namun ritual ini tidak lagi releven untuk dilaksanakan sekarang kerana ia merupakan amalan kurafat orang dulu-dulu.

Majlis BROKOHAN bermaksud kenduri doa selamat  bagi menyambut kelahiran bayi. Bagi sesetengah keluarga yang berkemampuan boleh juga dilaksankan akikah sekali pada waktu ini. AKSESORI NASI AMBENG biasanya akan bertambah dengan kehadiran URAP PUCUK UBI sebagai kelainan pada kenduri ini.

YASINAN bermaksud majlis kenduri yang diambil bergilir-gilir oleh kaum wanita dengan mengadakan bacaan tahlil dan yaasin. Biasanya NASI AMBENG menjadi menu pilihan.




Friday, March 23, 2012

NASI KERABU SEGERA

Salam Sayang Semua....

Tadi, masa waktu rehat tengahari sempat lah Cik Sakura balik umah kejap. Dalam pada tu sempat jugak Cik Sakura menyiapkan Nasi Keraba u Segera hasil ihsan dari Najwa yang dibeli olehnya kat Negara Gajah Putih.

Senang jer nak siapkan menu ni, mana taknya cuma hiriskan ulam-ulaman seperti kacang panjang, daun selasih, daun kesom, kacang panjang dan taugeh kemudian masak lauk satu macam dah ready dah untuk dimakan. Kelengkapan yang lain seperti serunding ikan, kelapa dan budu ada disediakan sekali. Senangkan?

Kalau nak beli boleh aje. Tapi buat masa ini stok tidak ada sebab si Najwa dah lama tak balik Negara Siam. Jomlah nengok gambar2 kat bawah ni:-



Inilah dia set paket nasi kerabu yang dibeli oleh Najwa dari Negara Siam a.k.a Thailand

dia tulis Pekakas Nasi Kerabu

Friday, January 13, 2012

NASI AYAM RAMPAI


Salam Sayang semua

Tengahari ni Cik Sakura nak buat NASI AYAM RAMPAI. Hidangan makan tengahari yang begitu simple jer. Kenapa Cik Sakura namakan nasi ni dengan nama NASI AYAM RAMPAI? sebab ulamnya Cik Sakura hiris macam bunga rampai. Haaaa..haaaa... dah takder idea lah tu...

Kekadang bila dah slalu sgt masak sampai dah kering idea... Tu yang kuar tajuk masakan merapu-rapu. Kekadang tu... macam tak kene jer dengan temanya.

Kisah hari ni sebenarnya ialah Cik Sakura nak menghabiskan stok lauk yang dah lama sangat duk dalam peti sejuk. Bila diamati hanya ini saje yang boleh dijadikan hidangan makan tengahari. Apa lagi, buat setakat yang ada ajer janji boleh makan. Nakker resepinya? takyah lah, sbb bahan tak cukup lain kali kita share eaaaa...

Sunday, December 11, 2011

NASI SERAI DENGAN KERUTUP DAGING

Salam sayang semua...

Lewat jendela kamar, Cik Sakura perhatikan ada awan biru bertompok-tompok yang sangat cantik menghiasi langit pagi di kawasan Taman Sri Amar tempat Cik Sakura tinggal. Seketika Cik Sakura berlalu, entah dari mana tetiba hadir awan hitam menerjah si awan biru tadi lalu suasana pagi bertukar menjadi gelap. Sepertinya sang hujan akan bertandang. Tapi harus diingat, "mendung tidak bererti hujan" Tapi pagi ini perasan cik Sakura seakan-akan seperti cuaca pagi ini..."Ahhhh..kenapa perasaan ini datang lagi, bencinya...

Wakakakaaa... sesekali jiwang ok jugak eak. Takkan lah asyik nak serius ajer, itu namanya tak normal. Biasalah perasaan begini kepada kita yang bergelar insan. Jadi untuk menghilangkan perasan ini Cik Sakura nak beraksi di dapur. Yuk, kita ke dapur Sakura sambil layan perasaan...

Pagi ini Cik Sakura nak masak Nasi Serai dengan Kerutup Daging. Rempah kerutup ini Cik Sakura perolehi dari Najwa kawan Cik Sakura. Aroma rempah ini telah mencuri hati Cik Sakura apabila pertama kali merasa keenakan masakan menggunakan rempah kerutuk yang berasal dari negeri Cik siti Wan Kembang ni. Kat bawah ni serba sedikit langkah penyediaan Nasi Serai.







Ramuanya
2 cawan beras dibasuh
3 batang Serai dititek
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
sedikit garam dan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
Tumis Kesemua ramuan di atas hingga naik bau
Masukkan ke dalam beras y
ang telah dicuci
Masuukkan air dan garam secukup rasa
Tanak nasi hingga masak
siap untuk dihidang



Ramuan untuk Kerutup Daging
1/2 kilo daging dipotong nipis dan direbus separuh empuk
1 peket rempah kerutup kelantan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi kalau nak pedas tambah lagi
1 batang serai dititek dan 1" halia
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan pekat
minyak untuk menumis
sedikit gula melaka

Cara Menyediakannya
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serai dan rempah kerutup hingga garing kemudian masukkan santan dan daging masak sekejap. Masukkan kerisik dan gula melaka. Sesuaikan rasa masin dan manisnya kemudian masak hingga kuah menjadi sedikit pekat atau mengikut selera masing-masing
taraaaa... dah siap dan boleh dimakan

Selamat mencuba...

babaiiiii kengkawan...



Tuesday, November 29, 2011

NASI BIRYANI GAM Benteng, Batu Pahat Johor

Salam Sayang Semua...

Minggu lepas adalah minggu cuti bagi Cik Sakura. Lepas habis bekerja petang jumaat hari tu Cik Sakura bergegas pulang ke kampung halaman. Kebetulan kawan Cik Sakura nak tumpang sampai Bandar Yong Peng. Sekurang-kurangnya adalah jugak teman untuk Cik Sakura berbicara dalam kereta dan takdelah membisu ajerrr.

Kat bawah ni adalah moment-moment indah bersama Ayah Bonda masa Cik Sakura bercuti. Sempat jugak bawak kedua orang tua berjalan dan menikmati hidangan Nasi Biryani Gam kat Gerai di Benteng, Batu Pahat Johor. Nasi Biryani ni memanglah tak boleh nak lawan kehebatan Nasi Biryani Mat Shah tapi apa boleh buat dah takder rezeki petang tu sebab Nasi Biryani Mat Shah telah habis dijual. Kesian nengok reaksi Ayah bonda ketika diberitahu yang Nasi Biryani sudah habis... Terpaksa makan kat Gerai sebelah. Ok jer Nasi Biryani Gam diorang.


Comment Pengunjung: "Ermmmm...Rasa nasi ni ok jer tapi Nasi Biryani ni agak keras sedikit mungkin kurang air kottt. Lauknya pulak biasa-biasa ajer dan acar tidak disediakan sekali. Secara keseluruhannya boleh lah dapat markah 70 atau B."




BON APETIT
**Gambar-gambar Ayah Bonda yang sempat Cik Sakura abadikan ketika mereka menikmati hidangan Nasi Biryani Gam. Cik Sakura telan air liur jek petang itu sebab berpuasa. Tapi sempat jugak beli bungkus untuk berbuka puasa petang itu

AKSI PELANGGAN
Antara pelanggan yang datang

pelanggan yang tidak mengira usia

licin pinggan Ayah Cik Sakura ni. Sedap kottt

Jelas terpancar kekecewaan di raut wajah kedua Ayah Bonda Cik Sakura kerana tidak berkesempatan menikmati Nasi Biryani Mat Shah yang telah sekian lama diidam-idamkan.

Ermmmm...yang ni pelanggan tetap kot

Terfikir sejenak, kenapa kawasan ini agak kotor sedangkan makanan yang dijual boleh dikatakan enak dan mampu menggamit kehadiran pelanggan untuk menjamu selera saban hari.
Mari kita saksikan apakan fenomena ini adalah sikap segelintir masyarakat kita yang tidak mahu menjaga kebersihan dengan membuang makanan di lanatai atau sikap tukang punya kedai yang malas untuk membersihkan lantai selepas pengunjung siap menjamu selera? Sama-sama kita bermuhasabah diri dan semoga kita mendapat jawapannya...

**kepada pelangga yang dihargai, jagalah kebersihan ketika berada di tempat awam manakala kepada tuan punya kedai perihatinlah sedikit tentang kebersihan premis anda. Kerjasama dari kedua belah pihak amatlah dialu-alukan. Sama-samalah kita menjadi rakyat Malaysia yang bertanggung jawab serta mengamalkan kebersihan.

babaiiii

Sunday, October 30, 2011

NASI TOMATO

Salam sayang semua...

Hari ini hari Ahad 30hb Oktober 2011. Rasanya takder aper-aper sejarah yang pernah berlaku pada tarikh ini so, tak perlulah membuat apa-apa event tuk hari ini. Seperti hujung minggu yang biasa, Cik Sakura bangun awal pagi. sudah menjadi rutin bila celik mata jer terus buka tinggkap. "Mudah-mudahan melimpah ruah rezeki masuk" (doa Cik Sakura pagi ini), selalu orang tua-tua cakap kalau kita bangun pagi dan terus buka tingkap insyaallah rezeki akan masuk.

Perkara pertama yang terlintas difikiran adalah nak buat NASI TOMATO sebab lauk semalam ada lebih tapi nasi sudah habis. Datanglah pulak idea, tak pasal-pasal pagi ni Cik Sakura ke kedai ane (mamak) beli tomato dan susu. Nak dijadikan cerita tersalah lah pulak beli susu. Konon nak beli susu sejat tuk buat yourgert sebab kedai mamak tu takde yourgert sampai-sampai kat rumah jer terus tebuk ( sbb excited sangat ) pastu "Alaamakkkkkk" susu pekat manis darrrrr... terus feeninggg, malasnya nak pegi kedai lagi. Tapi yang lucunya tu boleh lah pulak tukar susu sejat kepada susu tepung. Tak sangka lah pulak boleh rupanya. Jadi jugak yourgert aku...


UNTUK TIPS/PETUA
Tidak semestinya kita harus membeli yourgert di kedai. Yourgert boleh juga dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan Susu yang dicapur dengan perahan limau. Buat macam Cik Sakura pun boleh, kalau takder susu sejat boleh juga guna susu tepung...ngeeeee

RAMUAN UNTUK MEMBUAT NASI TOMATO

  • 1 cawan Basmati ( cuci dan rendam 10minit )
  • 5 biji Tomato (3 biji diblend 2 biji potong )
  • Seulas Bawang Besar ( dimayang )
  • 3 ulas Bawang Putih ( dimayang )
  • kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 cawan Yourgert
  • 1 susu makan kismis
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Panaskan kuali dengan Marjerin Planta
  2. Tumis bawang, kismis dan 4 sekawan hingga naik bau
  3. Masukkan tomato yang dipotong, kacau rata
  4. Masukkan bahan yang diblend dan biarkan sekejap
  5. Masukkan yourgert kemudian kacau sampai kering
  6. Sesuaikan rasa masinnya
Sementara itu:-
  1. Basuh Beras kemudian rendam 10minit
  2. Toskan dan masukkan ke dalam rice cooker
  3. Masukkan juga bahan tumis tadi
  4. Tambahkan air mengikut paras beras
  5. masak hingga tanak
  6. Angkat dan hidangkan


Gambarajah di bawah adalah contoh memasak secara tertib



















Nampak, cantik tak Nasi Tomato Cik Sakura? Seronok kan bila kita buat sesuatu kemudian hasilnya menjadi. Berbunga-bunga hati dibuatnya. Ini adalah percubaan kali pertama menggunakan FAEZAH BASMATI. Selalunya Cik Sakura gunakan BASMATI SAKURA tapi kali ini saja jer nak tukar-tukar stail. Apapun breakfast pagi ini "TERBAEKKKKK"

Cubalah ea kengkawan...

Sampai jumpa lagi..

dahhh
dahhhh
dahhhhh

Saturday, October 29, 2011

BIRYANI




Salam sayang semua...

Menu apakah agaknya hari ini? Watchaaaa...Cik Sakura berhajat nak memasak NASI BIRYANI bersempena Perayaan Deepavali baru-baru ni. Masa Deepavali haritu, Cik Sakura tak sempat nak masak so, hari ini kebetulan cuti hujung minggu maka Cik Sakura gunakan kesempatan untuk memasak NASI BIRYANI. Kebetulan pulak nak jemput beberapa orang kawan datang makan kat umah. Nak suruh diaorang test power ke tak power BIRYANI SAKURA ni. Meh lerrr, kita ke dapur Sakura...


RAMUAN UNTUK MEMBUAT NASI BIRYANI
RAMUAN UNTUK MENUMIS

  • Seulas bawang besar dimayang
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • 3 sudu makan rempah baryani dijadikan pes
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 cawan yourgert
  • 1" halia

RAMUAN UNTUK DIKISAR HALUS
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 3 tangkai daun saderi
  • 3 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai daun pudina

  • 3 cawan basmati Sakura
  • Sedikit pewarna kuning


PERHATIKAN GAMBAR DIBAWAH


CARA-CARA MEMBUAT NASI BIRYANI
  • Tumis ramuan yang telah diblend bersama ramuan yang dimayang hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan daging dan masak hingga empuk
  • masukkan yourgert dan kacau lagi
  • Kemudian, matikan api dan ketepikan dahulu

Sementara itu:-
  • Basuh beras dan rendam seketika
  • Rebus air dalam periuk kemudian masukkan beras
  • Rebus hingga nasi masak
  • keluarkan dan tapis nasi
  • Masukkan rempah yang telah ditumis tadi ke dalam ricecooker
  • berselang seli dengan nasi hingga proses selesai
  • Renjiskan sedikit pewarna
  • kemudian masak lebih kurang 15minit
  • Bolehla dihidangkan

Inilah rupa paras Nasi Biryani

RAMUAN UNTUK MENBUAT ACAR TIMUN

  • 1 batang timun dibuang bijinya dan dipotong memanjang
  • 2 batang carrot dipotong memanjang
  • 3 tangkai cili merah dipotong memanjang

BAHAN UNTUK DITUMIS
  • Seulas bawang besar dimayang
  • 3 Ulas bawang Putih dimayang
  • 5 ulas bawang kecil dibuang kulitnya
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • 2 sudu makan cili kering dikisar
  • 2 sudu makan serbuk kari dijadikan pes
  • 1 sudu makan udang kering ditumbuk halus
  • 3 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukupnya
PERHATIKAN GAMBAR DIBAWAH




CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
  • Tmunis kesemua bahan di atas hingga garing
  • Masukkan sedikit air biarkan mendidih
  • Masukkan cuka dan gula biarkan seketika
  • Masukkan timun, carrot, lada dan kacau rata
  • Sesuaikan rasa masin
  • Angkat dan hidangkan

Inilah dia ACAR TIMUN resepi Cik Sakura

Selamat menjamu selera

babaiiii