Pages

Sila Klick

Showing posts with label kuih cara. Show all posts
Showing posts with label kuih cara. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

KUIH CARA MANIS


Salam Sayang Semua...


Taraaaaaa... kalau semalam KUIH CARA PEDAS hari ini KUIH CARA MANIS. Bukannya apa, Cik Sakura nak menghabiskan stok tepung gandum yang telah dibuka paketnya. Kalau lama-lama nanti takut berkutulah pulak. Kebetulan Kuih cara ni senang dibuat dan tidak memerlukan masa yang lama. Ramuannya pun dah ada kat dapur, takyah susah-susah nak pegi kedai.

Jom lah, Cik Sakura ajar macam mana nak buat kuih cara ni. Sama jer macam kuih cara berlauk yang Cik Sakura buat semalam cuma bezanya semalam intinya pedas hari ini intinya manis... semanis wajah Cik Sakura ahak3...ahak3..ahak...


Ramuannya untuk Better
2 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
2 sudu makan minyak masak
**gula pasir untuk inti


Cara Menyediakannya
Satukan kesemua ramuan di atas melainkan gula kemudian blendkan
Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api kecil
kemudian sapukan dengan minyak masak
tuang adunan ke dalam acuan
taburkan gula pasir ke dalamnya
tutup acuan dengan tudung periuk
biarkan hingga masak
keluarkan kuih dari acuan apabila sudah masak
ulangi proses ini hingga selesai


Wednesday, January 11, 2012

CARA BERLAUK

Salam Sayang semua...

Tadi masa waktu lunch hour sempat Cik Sakura ke The Store Pandan cuci-cuci mata. Banyak betul barangan offer bersempena Chinese New Year yang tak lama lagi akan disambut oleh segelintir masyarakat berbangsa Tiong Hwa kat Malaysia ni. Cik Sakura mengambil peluang mencari keperluan barang dapur. Dalam pada window-window tu ternampaklah pulak Ramly Daging Kisar. Terdetik dalam hati "sedapnya kalau dapat makan KUIH CARA BERLAUK, lama betul Cik Sakura tak menikmati kuih tradisional ni.

Mulalah dah terbayang-bayang akan keenakkan KUIH CARA ni. Apa lagi, Cik Sakura pun belilah barang keperluan untuk membuat kuih ini. Dia antara ramuanya ialah:-

Untuk Better
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
2 cawan air
1 camt garam
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakannya
Campurkan kesemua ramuan di atas kemudian kacau rata dan pastikan better tidak bergentel. Sesuaikan rasa masinnya, ketepikan dulu...

UNTUK INTInya
200g daging kisar
1 sudu rempah kari dijadikan pes
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan cili giling ditumbuk
1/4" halia ditumbuk
1 tangkai cili merah dimayang
minyak masak
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumis kesemua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan daging kisar masak hingga kering. Taburkan dengan hirisan cili merah.

Panaskan minyak loyang pembakar. Sapu rata acuan loyang pembakar dengan minyak masak. Tuang better kedalam acuan loyang tersebut dan masukkan juga inti daging tadi ke dalamnya. Tutup acuan loyang pembakar dengan tudung periuk. Bakar dengan api perlahan hingga masak. Angkat dan hidangkan...








Sekian dulu bingkisan kali ini...

babai semua...