Pages

Sila Klick

Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

SIAKAP STIM vs KAILAN IKAN MASIN


Salam sayang semua...

Agak lama jugak yek Cik Sakura tidak memaparkan entry mengenai masakan. Bukannaya apa, sejak akhir2 ini tiada menu yang dapat membangkitkan selera ditambah pula dengan kepergian Cik Sakura berkunjung ke Baitullah Al-Haram tempohari sangat-sangat memerlukan persediaan yang rapi serta membataskan pergerakan kerana lebih menumpukan persediaan ke Tanah Suci sebagai TetamuNya. Alhamdulilah, setelah hampir tiga minggu pulang ke tanah air, nampaknya Cik Sakura sudah bersedia untuk kembali beraksi di dapur...

Bagi mengubat rindu para pembaca semua, entry kali ini akan dimulakan dengan masakan berasaskan ikan. Tiga hari sebelum berkunjung ke Baitullah Al Haram, Cik Sakura sempat menyediakan hidangan Siakap Stim atas permintaan saudara WAN RIDUAN bestpren si FADHILAH housemate Cik Sakura tu...

Resepinya adalah seperti berikut:-


  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 20 tangkai cili padi
  • 1/2" halia
  • 1 biji limau nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

  • basuh dan bersihkan ikan kemudian toskan airnya. Lumurkan ikan dengan air limau nipis dan garam kemudian ketepikan dulu
  • mayang halus bawang besar, serai, halia, cili padi dan bawang putih
  • masukkan ikan ke dalam loyang pengukus
  • taburkan dengan ramuan yang dimayang halus tadi
  • masukkan jugak daun limau purut dan sedikit air
  • kukus lebih kurang 15 minit
  • bolehlah dihidangkan

inilah dia siakap stim tu...

Selain dari Siakap stim, Cik Sakura jugak sempat menyediakan menu Kailan ikan masin sebagai pelangkap hidangan makan malam haritu. Resepinya ada Cik Sakura titipkan di bawah ni.

  • Sayur kailan
  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili hijau
  • ikan masin jeruk
  • sos tiram

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. basuh dan bersihkan sayur kailan kemudian potongkan
  2. ketuk cili hijau dan mayang bawang besar serta bawang putih
  3. tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga naik bau
  4. masukkan jeruk ikan masin kemudian kacau kejap
  5. masukkan sos tiram dan sedikit air biarkan mendidih sekejap
  6. masukkan sayur kailan kemudian masak jangan terlalu lama
  7. angkat dan hidangkan

ni haa, cik kailan ikan masin tu...

Dah dulu yek kengkawan, sampai jumpa nanti di lain masa dengan resepi-resepi air tangan dari Cik Sakura. Selamat mencuba..

babai semua...



Friday, March 9, 2012

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Salam Sayang Semua...

Hari ini cik Sakura masak menu simple ajer iaitu Ikan Tongkol Masak Kicap. Ikan tongkol adalah ikan kegemaran Cik Sakura. Paling best kalau dimasak kicap atau kari..perghhhhh mesti bertambah-tambah Cik Sakura makan. Tapi ada jugak di kalangan orang tak berapa suka makan ikan ini sebab ikan ni keras katanya. Terpulang kepada selera masing-masing. Sape yang suka, yuk kita semak resepinya dulu:-

Seekor ikan tongkol dipotong sedeerhana
Rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1" halia*
7 tangkai cili padi, lagi banyak lagi best*
1 camt lada hitam*
sebuji bawang besar dimayang
1 tangakai cili mrah dibelah dua
kicap manis
garam secuku rasa

Cara Menyediakannya:-
Basuh dan bersihkan ikan kemudian garam kunyit dan goreng lembab kemudian ketepikan dulu
Tumbuk hancur ramuan bertanda *
panaskan minyak kemudian tumis rempah tumis dan bawang besar
masukkan ramuan yang ditubuk kemudian biarkan garing
masukkan kicap dan sedikit air kemudian biarkan mendidih kejap
masukkan ikan yang telah digoreng
masak hingga kuat pekat dan menjadi sedikit kering
sesuaikan rasa masin dan manisnya
hidangkan

Selamat mencuba..

babai..






Wednesday, March 7, 2012

ASAM PEDAS IKAN SELIAP@TALANG


Salam Sayang Semua...

Agak lama yek cik Sakura menyepi dari dunia memasak? Entahla, sejak akhir-akhir ni terlalu banyak betul dugaan Allah datang melanda. Kekadang Cik Sakura kuat melaluinya, terkadang Cik Sakura lemah berdepan dengan semua ini, sampaikan nak beraksi di dapur pun Cik Sakura tak mampu...Takpelah, mudah-mudahan semua ini hanya sementara sahaja.

Dalam keadaan gundah gulana ni sempat jugak Cik Sakura masak ikan Seliap atau juga dikenali dengan nama ikan Talang. Ikan ni adalah ihsan dari sahabat setia Cik Sakura iaitu sapa lagi kalau bukan Maslinda Yahaya. Dialah tempat Cik Sakura berkongsi suka duka, terima kasih Mas...

Ikan Seliap dikenalkan kepada Cik Sakura melalui anak saudara Maslinda dari blog herneenazir.com. Dialah yang memperkenalkan Ikan ni kepada Cik Sakura secara tidak langsung apabila Cik Sakura membaca salah satu daripada entrynya. Katanya, aruah ibunya Kak Kasmah pandai betul memasak ikan ni... Ermmm, sayang seribu kali sayang kalaulah aruahnya masih ada tentu Cik Sakura dapat menikmati keenakkan masakan Ikan Seliap dari air tangannya. Ya Allah, rindu betul dengan masakan Asam Pedas ikan terubuk yang pernah dia masakan untuk Cik Sakura setiap kali berkunjung ke rumahnya. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dan mudah-mudahan rohnya tenang di sana.

Hari ini Cik Sakura berkesempatan menyediakan hidangan Asam Pedas Ikan Seliap untuk sama-sama dikongsikan resepinya. Walaupun tidaklah sesedap masakan aruah Kak Kasmah, sekurang-kurangnya terubat jugak rindu pada aruah. Jom kengkawan, Cik Sakura kenalkan dengan rupa paras Ikan Seliap ni dan resepi Asam pedas Ikan Seliap hasil dari air tangan Cik Sakura...

inilah dia wajah IKAN SELIAP @ IKAN TALANG. Di kalangan orang Utara, ikan ini biasanya dijadikan ikan masin kerana isi ikan ini sangat tawar...


untuk resepinya:-
Seekor ikan Seliap @ Talang dipotong sederhana
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
20 tangkai cili kering*
1" halia*
1" kunyit hidup*
5 tangkai daun kesum
Air asam jawa
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:-
basuh dan bersihkan ikan kemudian ketepikan dulu
blend hancur ramuan bertanda * kemudian tumiskan hingga garing
masukkan ikan seliap ke dalam tumisan tadi
gaul rata masak dengan api perlahan
masukkan air dan air asam jawa
sesuaikan rasa masam dan masinya
masukkan daun kesum dan biarkan sekejap
angakat dan hidangkan

Senangkan kengkawan? cubalah, anda pasti tertawan

sampai di sini dulu yek..

nanti jumpa lagi...

babaiii...







Thursday, January 26, 2012

LADA SOLOK

Salam Sayang Semua...

Taraaaaaa.... "dapur Cik Sakura sudah kembali berasap". Kat dalam kepala ni ada banyak menu yang ingin Cik Sakura kogsikan dengan kengkawan semua. Salah satu daripadanya ialah LADA SOLOK masakan populer di negeri Cik Siti Wan Kembang...

LADA SOLOK biasanya dihidang bersama-sama dengan NASI KERABU sebagai penambah pakej hidangan. Ia juga merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran isi ikan, kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang disumbat ke dalam lada hijau kemudian dikukus bersama santan pekat.

Alhamdulilah, hari ini Cik Sakura berkesempatan menyediakan menu ini untuk dikongsi bersama-sama dan mudah-mudahan ianya mampu menambahkan ilmu masakan kita. Apa lagi, jomlah kita terus ke dapur Sakura...


di antara RAMUANNYA ialah
3 ekor ikan kembung dibersihkan dan diasing tulangnya
1/2 cawan kelapa muda diparut
1/2 cawan santan pekat
7 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah*
Seulas bawang putih*
1/4" halia*
1camt lada hitam*
sedikit gula
garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA
belah cili ditengah-tengahnya kemudian buangkian bijinya
rendam cili di dalam air cuka lebih kurang 15 minit, ketepikan
Bersihkan ikan kemudian asingkan tulangnya, ketepikan
Tumbuk lumat ramuan yang bertanda *
kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk lagi hingga hancur
campurkan isi ikan tadi dengan kelapa parut dan gaul sebati
masukkan gula mengikut citarasa manis anda
garam secukup rasa

toskan cili hijau tadi hingga kering
kepal isi ikan tadi hingga menjadi bujur
sumbatkan adunan isi ikan ke dalam cili hijau
ulang proses ini sehingga selesai
susunkan di dalam loyang
curahkan dengan santan pekat
kukus selama 15 minit
boleh di hidang

inilah hasilnya



Selamat mencuba...

babai...

Tuesday, January 10, 2012

SATAH oh SATAH

Salam Sayang Semua...

Apabila bercerita tentang Terengganu Darul Iman pastinya kita sudah terbayangkan tempat-tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Istana Maziah, Masjid Kristal dan Pulau Perhentian. Negeri Terengganu juga kaya dengan pelbagai menu Masakan yang mampu membuatkan perut kita terasa lapar seperti Laksam, Nasi Dagang, Laksa Terengganu dan banyak lagi.

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang satu menu di negeri Terengganu yang juga tidak kurang polpulernya khususnya di daerah Kemaman iaitu SATAH (orang Terengganu, betulker? maaf kalau info ni salah). Sebelum ini, cik Sakura pernah menitipkan entry tentang SATAH yang dibelikan oleh sahabat Cik Sakura yang berkunjung ke Mersing beberapa bulan lepas. Walau bagaimanapun hari ini Cik Sakura berpeluang menghasilkan sendiri SATAH ini dengan citarasa SAKURA iaitu pedas dan kurang manis...

SATAH yang diperbuat dari isi ikan dan pelbagai lagi ramuan lain sangat sedap di makan dan juga merupakan makanan feberet Cik Sakura. Penghasilanya tidaklah susah cuma memerlukan sedikit kesabaran dan kepakaran. Mana tidaknya bermula dari proses pengasingan isi ikan dengan tulangnya hingga kerja-kerja mencari daun pisang yang agak sukar diperolehi di bandar besar seperti JOHOR BAHRU serta proses pembakaran, sudah cukup untuk menduga kesabaran...

Mari kita ikuti kisah pembuatan SATAH ini selanjutnya:-


Isi ikan yang dicampurkan dengan remuan lain seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, halia dan kelapa parut digaul sebati sehingga menjadi kental seperti gambar di atas





SATAH yang telah siap dibungkus dengan daun pisang yang dicucuk dengan lidi akan melalui proses pembakaran selam lebih kurang 15 minit. Cik Sakura guna oven jerrrr ahak3

taraaaa... inilah SATAH yang Cik Sakura buat tadi sudah ready untuk dimakan

amacam kengkawan, bila nak buat?
Apa? nak resepinya?
bolehhhh


500g Isi ikan (Cik Sakura guna ikan Selayang)
1/2 bijik Kelapa parut (kalau dapat yang muda)
Sebijik Bawang Besar ditumbuk
3 bijik Bawang Putih ditumbuk
Segenggam Cili Padi (cik Sakura suka pedas)
1" Halia ditumbuk
Gula dan Garam secukupnya

Cara Menyediakanya
Asingkan isi ikan dengan tulang kemudian campurkan dengan ramuan yang ditumbuk dan kelapa parut lalu digaul hingga sebati. Lapkan daun pisang kemudian bentukkan seperti kun. Masukkan isi ikan ke dalamnya dengan potongan cili padi. Bungkus rapat kemudian cucuk dengan batang lidi. Bakar hingga masak selama lebih kurang 15 minit.
boleh dihidangkan.

ok...

selamat mencuba

Sunday, December 25, 2011

ASAM REBUS VS SAMBAL TEMPE

Salam Sayang Semua...

Agak-agaknya menu apa ea untuk makan tengahari di rumah anda hari ini? Cik Sakura tak nak fening-fening kepala memikirkan menu apa untuk santapan tengahari ni kerana menu yang bakal Cik Sakura masak hari ini sangat-sangatlah simple dan mudah disediakan iaitu Asam Rebus IKan.

Ramuannya mudah saja iaitu Ikan Selar, Cili kering, Cili padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, kunyit, Asam jawa atau Asam Keping dan garam secukup rasa. Kalau nak lagi pedas lebihkan sikit Cili Apinya macam yang Cik Sakura buat ni.

Cara penyediaanya ialah basuh dan bersihkan ikan. Kemudian blend atau tumbukkan Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Kunyit sampai lumat. Kemudian rebus dengan air bancuhan tadi hingga mendidih dengan mencapurkan Cili padi yang diketuk terlebih dulu. Masukkan Asam Jawa dan garam sesuaikan rasa masam dan masinnya. Akhir sekali masukkan ikan, masak hingga mendidih. Kalau ada nenas boleh jugak dimasukkan sekali. Tapi kali ini nenas tiada, jadi apa yang ada jerlah ea...


Haaaa... menu seterusnya adalah Sambal Tempe dengan Kentang ala Sakura. Ermmmmm....ni menu masakan orang jawa yang bole tahan populer. Sebut pasal tempe jer mesti dah terbayang orang jawa kan?

Ramuannya mudah jugak seperti Tempe, Kentang Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Ikan Bilis dan Garam secukup rasa.

Mudah aje nak buat hidangan ni. Mula-mula goreng tempe dan kentang yang telah dipotong nipis terlebih dahulu hingga garing ketepikan. Kemudia tumbuk lumat Cili Kering, Bawang Putih, Bawang Merah dan ikan bilis hingga garing. Masukkan sedikit air dan asam jawa. biarkan mendidih seketika kemudian masukkan kentang dan tempe kacau hingga mejadi kering. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan. Ngeeeee,, senangnya.

Selesailah sudah sessi untuk hari ini. Sampai juma lagi kengkawan...

babaiiiii semua...

Friday, November 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN BEBARU

Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua? dah dekat empat hari Cik Sakura tidak menitipkan entry untuk blog ini kan? Untuk tidak menghampakan, hari ini Cik Sakura bekesempatan memasak resepi Asam Pedas Ikan Bebaru. Walaupun "Asam Pedas" bukan resepi yang sukar untuk disajikan tetapi yang penting di sini adalah kegembiraan untuk dikogsi bersama dengan pembaca semua.

Lama sungguh tidak menikmati masakan Asam pedas air tangan sendiri. Kebetulan minggu lepas kawan Cik Sakura ada bawakkan Ikan Bebaru yang dijala sendiri oleh abang iparnya (abang Mat) kat laut Gelang Patah.

Rasa teruja itu telah berakhir petang tadi apabila Cik Sakura degan rela hatinya ke dapur untuk menyediakan menu Asam Pedas ni.

Memang Sedap Ikan Bebaru ni... Maklumlah ikan baru naik dari laut, pastu dimasak dengan penuh rasa kasih sayang. Wallllahhhh... memang sedap pun.

Ermmmm...bertambah-tambah, tetamu yang makan malam ni. Sedap gaknya.haaahahaaa




Ramuannya:-

  • Ikan Bebaru
  • Cili Kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Serai
  • Asam Jawa
  • Garam Secukupnya
  • Daun Kesum
**Kuantiti tidak dinyatakan kerana ramuan berbeza mengikut keperluan hidangan. Sayur-sayuran lain boleh juga di masukkan mengikut citarasa dan selera masing-masing seperti terung, bendi bunga kantan dan lain-lain lagi.



Cara Menyediakannya:-

Tumiskan bahan yang dikisar (Cili kering, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit) bersama serai yang diketuk hingga garing.
Masukkan ikan dan biarkan seketika dengan api sederha. Masukkan air kemudian biarkan medidih.

Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan ini sangat lembut takut nanti jadi hancur.

Akhir sekali, masukkan Daun Kesum. Matikan api. Angakat dan hidangakan.






Inilah dia raut wajah IKAN BEBARU yang dikirim oleh Pak Anjang a.k.a Abang Mat dari Gelang Patah tu. Ikan ni ditangkap sendiri oleh beliau. Rasa ikan ni perghhhhh...memang sedap, maklumlah ikan baru. Rupa ikan ni lebih kurang rupa ikan cermin tapi ikan ni mempunyai sisik. Ini adalah pengalaman pertama Cik Sakura dengan ikan ini. Sebelum ini Cik Sakura tak kenalpun dengan ikan ni. Terima kasih ya Pak Anjang atas kiriman ini. Lain kali bole lah kenalkan dengan spesis laut yang lain ea..

Balik dari kerja tadi Cik Sakura terus ke kendai Ane (mamak) yang terletak tak berapa jauh dari rumah Cik Sakura. Mula-mula tu rasa nak makan sayur Bendi tapi bendi kat kedai ane tu dah tua sangat. Mula la terpinga-pinga mencari idea nak makan sayur ape petang ni.

Tetiba ternampak Cik Taugeh duduk dihujung meja. Sian pulak nengok muka sedey taugeh tu, maka dengan rela hati Cik Sakura pun belilah. Rasa macam tak berserilah pulak kalau masak taugeh sorang-sorang jer ape kata kite campur dengan sawi, ceriahlah sedikit.

Kat umah dah ada cendawan shitake dan cendawan Hitam...ermmm boleh lah buat sayur campur-campur petang ni. Jumlah perbelanjaan petang ini RM1.40. bole tahan murah jugak.


Ramuannya

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Ikan Bilis

  • Sawi
  • Taugeh
  • Cendawan Shitake
  • Cendawan Hitam
  • Garam Secukup rasa








Cara Menyediakannya


Tumis kesemua bahan tumbuk seperti (Bawang Merah, Bawang Putih,Ikan bilis, Cili padi) hingga garing.

Masukkan sedikit air dan biarkan seketika. Masukkan Cendawan Shitake, Cendawan Hitam dan Batang Sawi. Kacau sekejap.

Masukkan Daun Sawi dan Taugeh. Sesuaikan rasa masin. Jangan masak terlalu lama. Angkat dan hidangkan









Inilah hidangan makan malam kami Asam Pedas Ikan Bebaru dan Sayur Campur Sakura.
Alhamdulilah syukur, dengan rezeki Allah malam ini....

Friday, October 28, 2011

PAIS IKAN

Salam Sayang Semua....

Baru sebentar tadi Cik Sakura mendapat panggilan telefon daripada bonda kesayangan Pn Siti Hendon yang bertanyakan khabar Cik Sakura. Rindu agaknya dia pada anak daranya yang dah lama tidak pulang ke kampung halaman. Cik Sakura bukan tak nak balik kampung, cuma cuti Deepavali tahun ini jatuh pada hari rabu yang mana hanya satu hari sahaja. Lagi pula minggu depan dah nak raya haji jadi Cik Sakura lebih memilih untuk menyambung cuti masa adiladha nanti. Sempat jugak Cik Sakura bertanyakan menu apa yang dimasak oleh bonda hari ini. Mak cakap dia masak PAIS IKAN. Ermmmmm...teringin nak rasa air tangan mak, apakandaya duduk diperantauan macam ni lah. Sebenonya, Mak telah mencetuskan idea untuk Cik Sakura memaski PAIS IKAN hari ini. Kebetulan semua ramuan ada kat dapur, apa lagi jom kita jengah dapur sakura....




Untuk mendapatkan tekture Pais Ikan yang menarik dan berbau wangi apabila siap dimasak adalah bergantung kepada pemilihan ikan yang segar a.k.a baru naik dari laut. Sebagai tips untuk memilih ikan pastikan insang ikan masih belum berwarna merah kelebaman dan mata ikan juga tidak merah. Basuh dan bersihkan isi perut ikan kemudian toskan airnya.


Ini adalah sambal (pais) yang diperbuat daripada (cili kering + bawang merah + bawang putih + serai + air asam jawa + halia + kunyit + Garam) dan ditumis hingga garing. Ada jugak dikalangan orang yang suka mencapurkan sambal ini dengan kelapa parut untuk menambahkan lagi rasa lemak pada isi ikan. Walaubagaimanapun, untuk edisi kali ini Cik Sakura lebih gemar tidak menggunakan kelapa parut. Terpulanglah pada selera masing-masing sama ada suka atau tidak. Apapun ikutlah selera anda ea...


Potong aluminium foil mengikut saiz ikan. Untuk mendapatkan rasa tradisional pada isi dan bau ikan boleh juga dilapiskan dengan daun pisang. Letakkan ikan ditengah-tengah kemudian curahkan dengan sambal (pais) ke atasnya seperti dalam gambar di sebelah.



Balut ikan dalam aluminium foil tadi dengan kemas. Pastikan balutan tidak bocor kerana apabila proses pembakaran berlaku, sambal (pais) tidak akan menitiskan sebarang minyak di dalam oven dan sekaligus kebersihan oven adalah terjamin dan tak payahlah kita bersusah payah membersihkan kesan minyak di dalam oven.


bakar di dalam oven dengan suhu sederhana mengikut kesesuaian oven masing-masing lebih kurang 180c selama 15minit. Jika ikan masih belum masak lagi tambah sedikit masa lagi sehingga ikan benar-benar masak. Tengoklah oven Cik Sakura ni, kecik ajer. Oklah tu, asalkan bole membako dengan sempurna pun dah cukup bagus.



Inilah hasilnya Pais Ikan resepi Cik Sakura. Resepi kali ini pun sangat sehat untuk dimakan dimana ikan dibakar di dalam oven dengan menggunakan aluminium foil bagi mengelakan asap melekat pada makanan. Sian ikan tu kene bako sampai terbeliak mata dia kan?

Perutpun sudah berkeroncong. Apa lagi sudah tiba masa untuk menikmati hidangan ini. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba...

babaiiiiii




Saturday, August 13, 2011

ASAM PEDAS KEPALA IKAN

Salam Sayang Semua...

Cuaca hari ini sangat panas. Sang suria Melebarkan sayapnya ke seleruh pelusuk dunia. Terasa bahang sampai kering tekak dibuatnya. Pun begitu semangat untuk meneruskan ibadah puasa masih tetap berkobar-kobar biarpun terik mentari membakar keringat. Di satu sudut kelihatan seorang wanita sedang termenung memikirkan juadah apakah untuk santapan berbuka puasa nanti. ""Yes!!! tiba-tiba wanita itu berteriak diselangi degan sekuntum senyuman. Ermmmm...rupa-rupanya dia telah mendapat idea untuk memasak petang ini iaitu ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH. Tapi, siapakah wanita itu? Sapa lagi kalau bukan Cik Sakura.Kah..kah..kah...

Jomlah, kita terus ke dapur Cik Sakura...



BAHAN-BAHANYA
ADALAH SEPERTI BERIKUT

Asam Jawa


Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Kunyit



Blend kesemua bahan di atas hingga lumat



Ketuk serai kemudian tumis bersama bahan yang telah diblend tadi hingga garing. Kemudian masuukkan sedikit air biarkan mendidih seketika...



Cuci dan bersihkan kepala Ikan



Apabila kuah telah mendidih Masukkan Kepala Ikan tadi ke dalam kuali. Jangan lupa masukkan garam dan air asam jawa kemudian sesuaikan rasa masam dan masinnya.



Jangan lupa pada Cik Kesum ni...



Siaplah sudah Asam Pedas ni. Tenang betul Kepala Ikan tu dalam pingga yer...

Selamat Menjamu Selera

babai...

Monday, July 25, 2011

PEPES IKAN

Salam Sayang Semua....

Seperti yang kita sedia maklum negeri JOHOR terkenal dengan kepelbagaian masakan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai keturunan di antaranya Orang Jawa, Orang Banjar, Orang Bugis, Orang Boyan, Orang Melayu dan bayak lagi orang (huhuhuhu). Kewujudan pelbagai keturunan semestinya mewujudkan pelbagai tradisi dan adat resam yang kadangkala juga tanapa disedari telah mewujudkan pertembungan budaya. Walaubagaimanapun melalui pertembungan budaya inilah maka wujud pelbagai aneka bentuk hidangan dan masakan yang rata-ratanya digemari oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Johor. Sebagai contoh, Nasi Ambeng terkenal di daerah Batu Pahat di mana ilham penciptaan Nasi Ambeng ini dimonopoli oleh masyarakat JAWA. Walaubagaimanapun Nasi Ambeng ini sangat terkenal di daerah JOHOR BAHRU di mana kebayakkan masyarakatnya adalah Orang Melayu. Resepi Orang Jawa telah diadaptasi oleh Orang Melayu cuma perbezaannya di daerah Batu Pahat, Nasi Ambeng hanya boleh didapati ketika orang mengadakan Kenduri Doa Selamat atau bacaan Yasin manakala di daerah Johor Bahru Nasi Ambeng boleh didapati pada pagi hari dan dijadikan menu sarapan pagi yang boleh didapati di gerai-gerai (yg sedap ada dijual di Gerai Aruah Pak Ali kat KG. BENDHARA) . Sebenarnya Nasi Ambeng bukanlah tajuk utama yang Cik Sakura nak ceritakan sebaliknya menu yang ingin Cik Sakura kongsikan dengan kengkawan hari ini ialah PEPES IKAN atau juga dikenali sebagai OTAK-OTAK IKAN oleh segelintir masyarakat di negeri Johor.

Gambar yang sempat Cik Sakura potretkan di atas namanya PEPES IKAN yang Cik Sakura beli di kedai dan bukanlah yang Cik Sakura buat sendiri. Entah kenapalah sejak dari hari Ahad lagi Cik Sakura telah dilanda PENYAKIT M (malas) untuk ke dapur. Jadi untuk dua hari ini Cik Sakura tidak masak sebaliknya hanya membeli makanan di luar dan di tapau balik ke rumah (huhuhuhu). Dalam pada leka mentapau makanan Cik Sakura terbau aroma yang enak dari bungkusan daun pisang yang aapabila dihampiri ia adalah PEPES IKAN. Apa lagi, terus belilah...Sedap betul rasa PEPES IKAN ni. Cik Sakura tau jugak macam mana nak menghasilkan PEPES IKAN ni. Nak tau macam mana, jom salin resepi ni:-

Bold
RAMUANNYA
1 ekor Ikan Tenggiri sederhana besar
5tangkai Cili kering (Kalau nak pedas tambah lg)
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
3 biji Buah Keras
Sebijik Telur
Garam Secukup Rasa
beberapa helai Daun selasih
Daun Pisang untuk membungkus

CARA MENYEDIAKANNYA
Asingkan isi ikan dengan tulangnya. Tumbuk bawang putih, bawang merah, Cili kering dan buah keras hingga hancur kemudian tumiskan hingga garing. Campurkan ramuan yang ditumis bersama isi ikan kemudian masukkan sebijik telur. Sesuaikan rasa masinnya. Potong daun pisang berbentuk empat segi dan bungkus adunan isi ikan tadi bersama dengan sehelai daun selasih. Ulangi proses ini sehingga selesai. Bakar di atas api yang kecil.Angkat dan hidangkan.

Amacam, senang tak?

Selamat mencuba.


Saturday, July 23, 2011

NASI KERABU & GULAI IKAN SARDIN


Salam Sayang Semua...

Setiap kali hujung minggu pasti semua orang sudah ada agenda masing-masing. Ada yang balik kampung ada yang bekerja dan ada jugak yang cuma duduk kat rumah bergelimpangan contohnya macam Cik Sakura. Tapi hujung minggu kali ini awal-awal lagi Cik Sakura dah ada planning nak buat NASI KERABU ("jgn marah org kelantan yek sbb mencedok resepi negeri Cik Siti Wan Kembang"). So, xderlah bosan sangat duk kat umah sbb ada aktiviti kan? Pencarian ramuan untuk menyiapkan nasi kerabu bermula jam 9.30pg. Walaupun agak lewat alhamdulilah semua ramuan dapat dibeli di kedai Zahri (Maimon mini market) kat Kampung Bendahara.Tepat jam 10.00pg Cik Sakura mula beraksi di dapur. Jom kita tengok macam mana Cik Sakura menyediakan NASI KERABU mengikut citarasa dia sendiri...



Ini adalah gambar bunga TELANG iaitu bunga yang dipertanggungjawabkan untuk mewarnakan NASI KERABU tanpa menggunakan sebarang pewarna tambahan yg sudah pasti mempunyai bahan-bahan yg mungkin membahayakan kesihatan kita. Penggunaan bunga ini adalah yang terbaik untuk mewarnakan nasi kerabu selain dari menggunakan kunyit. Cik Sakura memilih warna biru untuk NASI KERABU tengahari ini selain dapat membangkitkan selera untuk menikmati makan tengahari. Tekniknya mudah sahaja iaitu dengan merendamkan bunga ini di dalam air beberapi minit sebelum meramaskan bunga tersebut. Rona warna biru seperti nila akan kelihatan seperti gambar di bawah ini.




Gunakan air perahan bunga ini untuk memasak nasi


Mengikut kebiasaan orang-orang Pantai Timur, NASI KERABU biasanya dimakan bersama Solok Lada, Daging Bakar, Ayam Percik, Budu dan Telur Masin tetapi bagi Cik Sakura penduduk Selatan tanahair (Johor, jawa lagi) Cukuplah sekadar menikmati NASI KERABU dengan Gulai tak kiralah Gulai apapun. Untuk tengahari ni, Cik Skura memilih untuk menikmati NASI KERABU dengan Gulai Ikan Sardin, nampak agak pelik kan?... Kalau nak tahu sedap atau tak sedap Gulai Ikan Sardin ni, kenelah cuba, betul tak PN NAJWA BINTI HARUN?. Jomlah, kita terus dengan membuat GULAI IKAN SARDIN.....



Ini adalah diantara ramuan untuk meyediakan Gulai Ikan Sardin. Tumbuk kesemua bahan di atas selain daripada kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.



Kemudian, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang dititik sehingga naik bau dan kekuningan kemudian.........



Masukkan pes kari dan tumis hingga garing. Lepas tu masukkan santan masak dengan api sederhana kemudian masukkan ubi kentang dan masak sampai empuk. Apabila ubi kentang empuk barulah kita boleh masukkan ikan sardin dan masak dengan api sederhana kecil.




Sayur-sayur lain seperti terung dan bendi boleh jugak dicampurkan




Apabila sayuran sudah dimasukkan jangan masak terlalu lama nanti sayuran akan jadi lodoh iaitu dalam bahasa inggerisnya (over cook)



Inilah dia wajah Gulai Ikan Sardin Cik Sakura


Siap sudah Gulai Sadin mari kita menyediakan Sayur-sayuran dan serunding ikan untuk dijadikan kerabunya. Antara sayuran yang digunakan ialah Kacant Panjang, Taugeh, Daun Kesum, Kobis dan Bunga Kantan. Untuk ikan pula hari ini Cik Sakura gunakan anak Ikan Tongkol ( juga dikenali sebagai ikan aye bg org2 Pantai Timur). Bagi yang tidak gemarkan Ikan Tongkol boleh jugak gunakan ikan mengikut citarasa masing-masing. Jangan berlengah lagi mari kita tengok langkah seterusnya:-



Antara ramuan untuk menyediakan Serunding Ikan ialah isi ikan yang telah direbus terlebih dahulu, kelapa parut, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan Cili api. kemudian, Sangan atau goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga warna kekuningngan dan pastikan tidak hangus. Gunakan api kecil sahaja




Tumbuk kesemua ramuan tadi hingga lumat (hancur)




Beginilah hasilnya...




Tengok tu, segar betul ulam-ulaman ini kan? Di antara aksesori NASI KERABU




Dari kiri Cik Timun, Cik Kesum, Cik Kobis, Cik Kantan, Cik Kacang dan Cik Taugeh
hendaklah dimayang halus....



kemudian gaulkan semua sekali hingga MESRA




inilah dia NASI KERABU SAKURA


Ermmmmm...bukan penat memasak tapi penat memblog sbb byk sgt gambo, dekat sejam gak baru siap. Oklah kengkawan sampai di sini dulu yek untuk entry kali ini. Cik Sakura nak tido jap petang karang macam nak pegi rumah PN SURYANY nak ziarah dia yang baru kematian ibunya. Semoga roh ibunya dicucuri Rahmat, al-fatihah...

babai semua.