Pages

Sila Klick

Tuesday, March 12, 2013

CUCUR BADAK




Salam Sayang semua...

Agaknya petang-petang macam ni makan apa yang sedap? Nengok dalam peti sejuk masih ada berbaki serunding kelapa lebihan nasi ambeng haritu. Kalau dibuat kuih cucur badak mesti sedap lagi pulak tidaklah serunding kelapa tu terbiar begitu saja dan daripada rosak lebih baik kita manfaatkan....kan ke membazir tu kawan ???? paham-paham ajelah ea...

Apa tunggu lagi...yuak kita ke dapur sakura memerhati bagaimana cucur badak dihasilkan. Selain boleh dijadikan menu minum petang cucur badak ni jugak tahan kalau dibuat frozen.



ni dia serunding kelapa yang telah sedia ada di dalam peti sejuk Cik Sakura digunankan sebagai inti cucur badak kita. Cara pembikanannya akan Cik Sakura upload pada entry akan datang. Untuk kali ini lihat dulu yang ini ea kengkawan...


Keledek haruslah dibersihkan kemudian dikukus ea bukan direbus kerana apa? supaya kandungan air di dalam keledek tidak berlebihan dan sekaligus dapat mengurangkan kuantiti kandungan tepung yang digunakan bagi mengekalkan rasa keledeknya...


apabila kukusan sudah masak dan lembik keluarkan keledek kemudian lenyekkan keledek bersama dengan 1sudu makan gula hingga hancur. Kalau takde pelenyek boleh gunakan cawan je macam yang Cik Sakura buat..hahahaha


kemudian masukkan tepung dengan nisbah 1cawan keledek = 1/2cawan tepung. Uli hingga sebati..


sebelum membentuk cucur badak sapukan telapak tangan anda dengan sedikit minyak masak bagi mengelakan adunan tepung melekat di telapak tangan. ambil sedikit adunan tepung bentukan leper-leper kemudian masukkan inti serunding kelapa di dalamnya dan tutupkan hingga menjadi bentuk seperti gambar di atas. Ulangi proses ini hingga selesai

*** apabila proses membentuk telah selesai, cucur badak boleh terus disimpan di dalam peti sejuk sebagai makanan frozen di rumah kerana ia tahan lama. 



bolehlah digoreng dan dijadikan santapan minum petang hari ini...

sekian dulu para pembaca budiman, semoga bertemu di lain masa

babai semua....

Monday, February 25, 2013

23 febuari datang lagi.....

Salam Sayang Semua....


Hari ini genaplah usiaku 36 tahun. Terlalu banyak suka duka pahit manis jerih  perih yang Cik Sakura lalui sepanjang tempoh ini. Syukur cik sakura panjatkan kepadaNya kerana memberi ruang dan kesempatan menikmati keindahan duniawi sebelum dijemput pulang nanti. Terima kasih yang tidak terhingga  kepada kedua ayah bonda yang telah membesarkan cik sakura sehingga menjadi begitu besar kini. jom kita saksikan Potret kenang-kenangan di usia 36...













Sunday, February 10, 2013

KOTA KINABALU


Salam Sayang semua...
Kali ini Cik Sakura nak berkongsi dengan anda semua tentang keindahan KOTA KINABALU dari sudut pandangan dan lenser camera Cik Sakura. Berkesempatan melawat Kota Kinabalu November tahun lalu sangat megujakan dan semestinya keriangan serta kegembiraan ingin Cik Sakura kongsikan bersama anda semua  para pembaca budiman.

Perjalanan yang dirancang seawal bulan Januari 2012 menjadi realiti pada 22hb November 2012. Dengan menaiki penerbangan tambang murah Air Asia kami berenam selamat sampai mendarat di KOTA KINABALU, SABAH. Kalau mengikut jadual asalnya rombongan kami adalah seramai 29 orang tetapi kami hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukan.

Jom ikuti moment-moment indah aktiviti kami sepanjang berada di bumi Sabah negeri di bawah bayu...

sebelum berlepas sempat jugak kami berposing kat sini


peace..dapat duk tepi padahal seat orang lain. Sib baik dia pun xkisah seatnya ku ambil. ketat jgk muka dia aritu, sape suruh naik lambat kan tempat duduk di ambil orang..huhuhu



HOMESTAY pilihan kali ini
Untuk percutian kali ini Cik Sakura memilih konsep 'homestay'. Ingin lari dari konsep penginapan dan makan di hotel konsep homestay pastinya memudahkan lagi aktiviti memasak serta memberikan kami kepuasan menikmati hasil laut negeri Sabah yang boleh dikatakan murah dan segar-segar belaka. Kebetulan di Hawani Homestay kelengkapan dapur ada disediakan justeru itu, sepanjang berada di sini kami sempat memasak hidangan makanan laut dengan citarasa kami sendiri.

HAWANI HOMESTAY terletak di Taman Pasir Putih di daerah Putatan lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kedudukannya yang strategik di pinggir bandar memudahkan lagi pergerakan kami sepanjang berada di sana. Untuk kawan-kawan yang ingin ke negeri Sabah Cik Sakura cadangkan menginaplah di Hawani Homestay.Kata orang tak kenal maka tak cinta...ehemmmm, jom ngok gambar homestay dulu

Hawani Homestay





Terdapat banyak KEMUDAHAN SEWA KERETA di negeri Sabah khususnya di Kota Kinabalu. Sewaktu berada di sana Cik Sakura menggunakan khidmat EN ARIEF penduduk tempatan. Oleh kerna rombongan kami seramai enam orang maka AVANZA adalah yang paling sesuai. Dengan kadar RM150.00 sehari semalam sewanya adalah sangat berpatutan. Untuk menghubungi EN ARIEF taliannya ialah 019-812 7837
inilah dia kereta AVANZA yang membawa kami sepanjang berada di KK
Mengimbau kembali kenangan di Putatan sangat-sangat membangkitkan rindu pada daerah ini. Terdapat 'Tamu Pagi' pada setiap awal pagi hujung minggu dengan pelbagai jenis dagangan penduduk tempatan dengan hasil jualan masing-masing. Tidak banyak perbezaan diantara Sabah dan Semenanjung tetapi apa yang menakjubkan kuih muih di Putatan masih murah lagi di mana dijual dengan harga RM1.00 untuk 3bijik yang bersaiz agak besar berbanding dengan Semenanjung. 

TAMU PAGI DI PUTATAN




ini dia Buah Tarap yang di jual di "Tamu Pagi" Putatan. Isinya bewarna putih macam buah cempedak tetapi dia berbau wangi sikit.


#HARI PERTAMA DI KOTA KINABALU
YUK KELILING PULAU



Orang kat sini panggil tempat ni degan nama TODAK. 
Nampak tak kat belakang tu ada replika todak yang menghiasi roundboard... Dihujung sana terletaknya Jeselton yang sangat populer pada zaman penjajahan British dulu

kalau tak silap ni Pulau Manukan. Katanya kat sini dulu banyak manok (ayam) yang berkeliaran di sekitar pulau ini dan disebabkan itulah namanya dipanggil PULAU MANUKAN. Subhanaulah...cantik betul air lautnya, nyesal tak bawak baju mandi kalau tidak pasti kami tidak melepaskan peluang bermandi-mandian di pulau ini...



sedikit info sejarah...yang ni plak kawasan perkuburan penduduk peribumi pulau ini pada zaman dahulu. Pada mulanya Cik Sakura berasa sedikit hairan dengan binaan petak-petak berbentuk segi empat apabila di amati rupanya ia adalah perkuburan zaman dahulu kala..


posing sikit-sikit..

Pintu masuk ke Pulau Manukan


minah saleh yg tak tau malu



adik-adik angkat..huhhuuhu


 seronok naik boat..

Ok berenti di sini dulu nanti ada masa kita berkongsi cerita lagi. Rasanya dah tak tahan menaip, rupanya banyak betul cerita yang hendak dikongsikan. Ikuti cerita selanjutnya pada entry akan datang..

babai semua










Tuesday, September 25, 2012

NASI MANDHI KAMBING


Salam Sayang Semua...

Malam yang masih muda sesuai untuk mengupdate blog. Menu NASI MANDHI menjadi pilihan untuk dinner malam ini. Tetamu macam biasalah PN NAJWA sekeluarga dan tambah seorang lagi iaitu UNCLE FIRDAUS.

Alhamdulilah, saat mengupdate blog ini, Cik Sakura sudah sangat kekenyangan setelah menikmati hidangan makan malam. Entah angin apa yang merasuk dalam badan sehinggakan sangat rajin untuk turun ke lantai dapur berkasi dengan menu masakan negara Timur Tengah yang sangat pupuler di Malaysia.

Resepi tidak pulak Cik Sakura sertakan sebab sebelum ini sudah ada satu entry mengenai NASI MANDHI ni. So, kalau ada sape-sape nak kenelah tilek mukasurat lama dalam blog ini ya. Resepinya tidak ada sebarang perubahan cuma dulu Cik Sakura guna ayam kali ini guna kambing... alamak!!! lagi sedap la pulak. Kalau tak caya cuba yek.

Dalam pada leka menikmati hidangan NASI MANDHI ni teringatlah pulak masa makan nasi ni di Restoran Istanbul Kebab kat Kota Mekah dulu dengan kawan-kawang yang lain seperti Cik Niah dan Cik Midah... "ya Allah, rindunya dengan Baitullah" bila agaknya Cik Sakura akan menjadi tetamuNya lagi. "Ya Allah, jemputlah daku kembali mengunjungi KAABAH Mu.

Sampai di sini dulu yek, Cik Sakura macam dah ngantuk la. Jika ada kesempatan lain kali Cik Sakura nak share resepi MURTABAK dengan kengkawan semua. Tengoklah malam esok kalau tidak ada aral yang melintang. Tungguuuuu

babai semua...

Sunday, September 23, 2012

Syawal yang sudah berlalu pergi...

Salam sayang semua...

Syawal sudah beberapa hari berlalu pergi meninggalkan kita. Banyak kenangan yang tertinggal sebagai lipatan sejarah bagi setiap orang, pastinya  kisah suka duka pahit manis berbeza-beza menghiasi lembaran sejarah kehidupan. tidak ketinggalan jugak halnya dengan Cik Sakura, Syawal tahun ini tidak banyak berbeza seperti tahun-tahun terdahulu. Segalanya disambut sederhana sahaja cuma, entah mengapa baru sekarang Cik Sakura rasa terpanggil untuk berkongsi cerita Ramadhan dan Syawal kelmarin...

Kemenangan sebulan berpuasa bagi umat islam akhirnya dirayakan dengan kemunculan 1 Syawal. Walaupun ramai yang menangis hiba kerana Ramadhan telah jua berlalu pergi namun 1 Syawal tetap meriah disambut. Begitu juga halnya dengan Cik Sakura.... apabila laungan takbir berkumandang hari itu, rasa sayu mula menyelubungi diri di dalam hati terdetik "apakah akan bertemu dengan Ramadhan akan datang?" kepada Allah jua kita berserah mudah-mudahan kita diberi kesempatan seterusnya...

Tahun ini persiapan diri sangatlah SEDERHANA. Namun begitu Cik Sakura sedikit excited dalam menghias rumah. Entah dari mana datangnya "mood" yang di luar jangkaan. Tahun ini jugak menyaksikan Cik Sakura berhempas pulas menjahit langsir dan sarung bantal baru. Tema MERAH HITAM menjadi pilihan tahun ini. Di kalangan rakan-rakan mereka kelihatan pelik dengan perubahan Cik Sakura tahun ini.

Jom kita saksikan bagaimana Cik Sakura menata rias susun atur kediaman di Taman Sri Amar rumah yang diberi sentuhan baru...ahakssss. Sebenarnya takdelah cantik manapun, cik Sakura ajer yang PERASAN hahahahahahha



kita mulakan dengan Langsir ala Inggeris inspirasi dari MAMA ALONG n MURNI. Dulu mama yang memperkenalkan langsir ini kepada Cik Sakura dia pun dapat pesen lagsir ni dalam buku langsir hadiah dari MAKTAM adiknya yang menetap di KOTA LONDON. Masa kali pertama terpandang pesen langsir ni terus jer Cik Sakura berkenan dan try buat sekali lagi untuk tahun ini. Cik Sakura pasang langsir ni di tingkap ruang tengah rumah menuju ke ruang dapur jadi takdelah serabut sangat bila kita pasang langsir yang singkat kat ruangan ni. Ramai jugak tetamu cik Sakura yang berkenan dengan pesen langsir ni dan ada jugak yang menempah... chewahhhh


haa... kat sini lah ruang lagsir ala inggeris tu dipasang. hodohnya umah aku dalam gambar yek, takperlah apa nak buat 


yang ni plak langsir kat ruang makan omputih cakap "dining room". Cik Sakura guna kain lain sebab kain yang sedia ada tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, Cik Sakura masih mengekalkan elemen warna sedondon supaya tidak nampak janggal. Langsir yang ni panjang sampai ke bawah supaya ruang tampak lebih luas. ermmmm entak iya entah tidak..huhuhuhu


yang ni langsir kat tingkap hadapan. Cik Sakura juga kenekan dengan iner putih supaya tampak lebih eklusif walaupun sebenarnya ia cuma tingakap biasa-biasa ajer. Sepatutnya tingkap ni dah ditukar kepada "sliding door" tetapi apakan daya tuan rumah xder budget nak tukarkan. Masa ni sofa baru Cik Sakura belum sampai jadi dibiarkan kosong ajer dulu...


beginilah keseluruhannya bila sofa baru sudah sampai. Tapi yang xbestnya, bila masuk sofa jer umah jadi sempit, kadang tu nyesal jugak beli sofa ni tapi tuntutan cik ponggong yang dah naik kematu duk kat bawah sesekali nak rasa jugak duk kat sofa walaupun sofa murah jew...


eh... ni kenapa plak tetiba klua gambar pelamin cam dah lari tajuk jew.. Opsss!!! bukannya apa yek kengkawan semua, ada cerita di sebalik pelamin ini. Kalau kita peratikan betul-betul nampak tak kain merah belakang pelamin tu sama dengan langsir Cik Sakura? Sebenarnya, langsir Cik Sakura berasal dari pelamin ini lah. Dulu masa adik lelaki Cik Sakura kawen langsir inilah yang Cik Sakura gunakan sebagai pelamin hadiah untuk hari perkahwinanya. Setelah majlis tu selesai Cik Sakura pun potong kain tu hingga jadi langsir rumah sekarang ni. Haaaa, kreatif kan??? boleh diguna pakai jadi takdelah membazir... lawa lah pulak yek pelamin rekaan Cik Sakura ini, perasan lah pulak chehhhh


Bunga ros merah putih sebagai hiasan diletakkan di sisi penjuru rumah. Pasu bunga ini pun hasil dari pemikiran kreatif Cik sakura. Pasu yang berasal dari telap @ balang plastik yang sudah kehilangan tutupnya  dibalut pulak dengan alumunium foil bagi menyembunyikan bentuk asalnya cantik digayakan dengan jambangan bunga ros merah yan boleh membangkitkan semangat pada setiap mata yang memandang. Alangkah indahnya kalau reben yang dililit kat keliling pasu tu warna merah kan??? apa nak buat warna tu jew yang ada kat rumah ini, takyah membazir gunakan ajer mana yang ada sama macam pasu tu, takyah sibuk-sibuk nak pegi air itam beli pasu...


yang ni plak segmen jahit sarung bantal dua hari sebelum menjelang syawal. "Pecutan Terakhir" ni, last minute  beli kain polkadot kat nagoya untuk dibuat sarung bantal. Alhamdulilah, segala persiapan menjelang aidilfitri selesai. Lepas jahit langsir ni siap jer, Cik Sakura bergegas pulang ke kampung halaman beraya di sana dengan bonda dan ayahnda tercinta. Punyalah pulun bersiap untuk rumah sendiri tapi raya kat kampung. Takpelah, berada di sisi keluarga lebih penting dari segala-galanya. Inilah cerita Hari Raya Cik Sakura yang lalu...

sampai jumpa lagi babai semua...





Wednesday, September 19, 2012

Sayu hati...

Salam Sayang semua...

Salam penuh kerinduan kepada para pembaca semua. Terlalu lama rasanya tiada entry menghiasi blog Cik Sakura kan?  sebenarnya, terlalu banyak cerita dan kisah yang ingin dikogsikan bersama namun cukuplah sekadar mempersembahkan lagu " TAK INGIN SENDIRI" bagi menterjemahkan perasaan tika ini. 

Malam-malam begini tetiba hati menjadi sayu...