Pages

Sila Klick

Saturday, April 14, 2012

THE BEAUTIFUL JOURNEY TO BAITULLAH AL HARAM #Part1

Salam Sayang Semua...

Malam Jumaat tanggal 17hb Februari 2012 jam 2.30pagi Cik sakura bagaikan dikejutkan dengan satu suara yang mengajak Cik Sakura berkunjung Ke Baitullah Al Haram. Hati tiba-tiba menjadi sayu pada satu pertiga malam hari itu. Air mata yang tadinya mengalir deras tiba-tiba berhenti dan hati mula menjadi tenang. Bisikan untuk mengunjungi Baitullah Al Haram menjadi semakin kuat dan seolah-olah bisikan itu tidak mampu untuk dihentikan. "Suara siapaka itu yang memanggil" hati Cik Sakura mula berbisik... Apakah aku sedang bermimpi? Ohhh tidak, aku sedang berada di bumi nyata, mungkin sudah tiba masanya untuk aku menjadi Tetamu Allah dan jemputan ini memang ditujukan kepadaku...

"Bangunlah Wahai Saudari, sucikanlah dirimu dengan air wuduk, dirikanlah solat nanti kamu ketemui jawapannya" tiba-tiba bisikan ini pula yang memenuhi ruang telinga. Apakah maknya semua ini, mimpikah daku tanya hati kecil Cik Sakura lagi...

Cik Sakura terus bingkas bangun dari tidur untuk menyucikan diri. Setelah selesai bebrapa solat sunat Cik Sakura menadah tangan bermohon agar diberi petunjuk dan hidayah. Syukur Alhamdulilah, Maha Suci Allah rupanya telah menjemput Cik Sakura untuk mengunjungi Baitullah Al Haram Tanah Suci Makkah Al Mukaromah kota kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. "Ya Allah, akhirnya Engkau makbulkan jugak doaku untuk mengunjungi KaabahMu" bisik hati kecil Cik Sakura...

Keesokkan paginya, niat suci untuk berkunjung ke Baitullah Al Haram telah Cik Sakura khabarkan kepada sahabat baik tempat Cik sakura mengadu nasib iaitu Maslinda Yahya. Sepanjang tempoh berduka lara kepada dialah Cik Sakura meluahkan segala-galanya. Seminggu di rumahnya menemukan Cik Sakura dengan apa yang selama ini Cik Sakura nanti-nantikan... Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sahabat setiaku. Kepada sahabat-sahabat yang lain seperti najwa, shikin, zana, kakzah, reen, fadhilah, wan dan suryany terima kasih juga kerana menjadi teman penghibur di kala duka...

Seterusnya, urusan perjalanan ke sana mula diatur. Sesunggunhnya benar jika seseorang itu telah dijemput untuk menjadi tetamuNya, maka segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Alhamdulilah tidak sampai tempoh seminggu segala urusan berkaitan dengan perjalanan ke sana selesai. Dengan izin Allah, pada tanggal 1hb April 2012 melalui penerbangan MH8005 Cik Sakura bertemankan bonda tercinta bertolak dari KLIA terus ke JEDDAH dan menuju ke Kota suci MAKKAH. Alhamdulilah, selama menjadi tetamuNya hati begitu tenang sekali. Saat pertama kali menatap KAABAH air mata Cik Sakura berlinangan, denyutan jantung menjadi semakin kuat dan perasaan hiba menyelubungi diri. Ia bukan satu sandiwara tetapi ia berlaku dengan begitu natural sekali. "Ya ALLAH, aku tak layak masuk syurgamu namun tak upaya menghadapi api nerakaMu, terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu,..
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri."

Sampai setakat ini dulu ya kengkawan kisah perjalanan Cik Sakura ke Kota Suci Makkah. InsyaAllah, jika dizinkan nanti, Cik Sakura akan kongsikan moment-moment indah semasa berada di sana.

tunggu tauuuu....

babaiii

2 comments:

  1. Segala Puji Hanya Bagi Allah..Alhamdulillah..sahabatku telah selamat pergi dan balik..terima kasih tidak terhingga dengan doa2 yg telah dikirimkan...semoga kita memperoleh rahmat OlehNya...Terima kasih sekali lagi menjadi sahabat yang sejati dunia dan diakhirat Insyaallah...Disepanjang persahabatan ini, suka duka pahit getir kita kongsi bersama disamping kita tidak lupa akan tanggungjawab kepadaNya..

    ReplyDelete
  2. tenkui mas... semoga kita menjadi sahabat selamanya. Dunia dan akhirat, amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete