Pages

Sila Klick

Friday, September 16, 2011

TOMYAM


Salam sayang semua...


Sejak beberapa hari ni, Cik Sakura gemar beno makan makanan ala-ala Thai gitu. Salah satu daripada menu negara Thai kegemaran Cik Sakura ialah TOMYAM. Kebetulan tadi telefon berbunyi dan suara di hujung talian adalah milik NAJWA HARUN yang katanya akan berkunjung ke rumah Cik Sakura sebentar nanti. Apa lagi ibarat kata pepatah melayu "Sudah ngantuk disorongkan bantal". Ermmm....ssebearnya Cik Sakura berhajat untuk measak sendiri resepi TOMYAM ni, tapi dah si NAJWA tu dah nak datang apa kata kita suruh dia yang masak. Lagipun si NAJWA tu ada darah keturunan SIAM pastinya dia lebih arif dalam pembuatan TOMYAM ni. Macam biasalah, segala keperluan untuk menyediakan TOMYAM telah Cik Sakura prepare dari awal-awal lagi, tengok ajelah kat bawah tu:-



Tu dia...Ramuan untuk menyediakan TOMYAM. Untuk Tips, Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan semua kalau nak masak TOMYAM untuk 4 orang makan takyahlah beli banyak sangat. Sebagai contoh, belilah udang lebih kurang 6 ekor, sotong 3 ekor, sebijik tomato sudah mencukupi kemudian 2bijik limau nipis, beberapa helai daun limau purut kalau dapat tanam aje pokok limau purut kat belakang umah atau dalam pasu, jadi len kali takyahlah beli. Gunakan sebijik ajer bawang holad, 3bujik bawang putih, 7 tangkai cili padi, 2 ketul kepak ayam, 3 batang serai yang dititik pastu jangan lupa daun ketumbar kerana selain dari daun limau purut aroma TOMYAM terdapat pada daun ketumbar.


Mula-mula bersihkan ayam kenudian rebus bersama bawang putih yang telah diketuk terlebih dahulu. Masukkan serai dan masai hingga aroma serai terbit macam dalam gambar tu...


Pastu masukkan lain-lain sayuran seperti tomato bunga kobis, bawang besar, cili padi dan daun limau purut.


Masak hingga mendidih...


Perahkan Limau nipis ke dalam kuah tomyam tadi dan sesuaikan rasa masam dan masinnya. Kalau ikut resepi NAJWA dia ada masukkan sedikit sos cili dan kicap sotong dan biarkan seketika....


Masaklah tomyam sampai jadi macam ni...



Akhir sekali hidangkan bersama dengan daun ketumbar. Rupa paras daun ketumbar adalah menyamai daun sadri dan bagi yang tidak kenal dengan daun ketumbar hendaklah memetik sedikit sewaktu membeli dan hidulah aroma daun tersebut...

selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment