Pages

Sila Klick

Thursday, February 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Usiaku kini makin meningkat

Hari ini 23hb Februari 2012 adalah hari yang sangat bersejarah buat diri Cik Sakura di mana 35 tahun yang lalu seorang bayi perempuan comel telah dilahirkan di Hospital Batu Pahat kira-kira jam 1.oo petang. Kelahiran bayi comel pasangan bahagia Mohamad Hod bin Arsat dan Siti Hendon Haji Samsi merupakan anak ke limanya dan telah diberi nama SAFIZAH BINTI MOHAMAD HOD juga lebih dikenali di kalangan bloger sebagai CIK SAKURA telah menambah seri kehidupan keluarga mereka.

Kini setelah 35 tahun berlalu, 23hb Februari muncul lagi dan masih lagi disambut setiap tahun bagi mengingati kelahiranku... cuma bezanya tahun ini 23hb Februari merupakan hari yang paling sedih dalam lembaran hidup Cik Sakura... kepada Allah jua Cik Sakura berserah semoga ada ruang kebahagian yang menanti hari esok.

Kepada kedua orang tuaku diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah melahirkanku ke dunia ini serta mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Juga ucapan terima kasih kepada kesemua adik beradikku Shamsuddin, shahaibah, Sabariah, Sarinah, Suhaimi, Sabrizan dan kesemua anak saudaraku yang sentiasa menyanyagiku serta memberi dorongan dan menjadi kekuakatan bagiku setiap kali aku rebah dan patah. Sesungguhnya kalian semua adalah insan-insan istimewa di dalam kehidupanku. Moga kasih sayang kita akan kekal buat selamanya dalam ikatan kekeluargaan

Kepada kengkawan seperti Fadzilah, Lizawati, Zaini, Wan, Kak Nik, Kak Mah, Kak Sal, Rozana, Kak Zah, Kak Timah, Kak Ila, Reen dan Man diucapkan bebanyak Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sudi mengingati tarikh ini dan sudi menjadi teman setia Cik Sakura di saat berduka lara. Kenangan indah ini akan sentiasa Cik Sakura pahatkan di dalam hati sanubari. Sokongan dan dorongan dari anda semua adalah kekuatan Cik Sakura bagi meneruskan kehidupan hari esok...

kenangan di usia 35

jamuan makan malam ditaja oleh Ila dan Liza





adiah dari BOSS

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua. Terima kasih kerana menggembirakan Cik Sakura...

babaiii...

2 comments: