Pages

Sila Klick

Wednesday, May 16, 2012

MASAK LEMAK REBUNG DENGAN UDANG

tu dia....masak lomak rebung dengan udang air tangan fadhilah

Ini adalah menu masakan yang dah lama sangat terperap dalam draft. Masa terlalu mencemburui Cik Sakura untuk menulis di blog sejak akhir-akhir ini. Jika berkesempatan dan punya banyak masa terluang barulah Cik Sakura dapat compeletekan kisah di sebalik gambar ini.

sedikit info ya, rebung berasal daripada pokok buluh yang baru tunas. Kaedah pengambilannya perlu dilakukan dengan sangat teliti kerana rebung mempunyai bulu-bulu kecil yang juga dipanggil "miang buluh" dan jika terkena pada kulit boleh menyebabkan si pemegang berasa gatal-gatal.

Cara untuk membersihkan rebung ialah dengan membuang kulit luarnya terlebih dahulu sehingga menampakkan isi lembut di dalamnya. Walaubagaimanapun tidak semua keluarga pokok buluh boleh diambil rebungnya. Buluh yang telah disiang tadi haruslah dipotong-potong dan direbus bagi tujuan menghilangkan rasa saki baki gatal apabila kita memakannya. Selepas direbus, barulah rebung tadi boleh dimasak mengikut citarasa masing-masing. Baki Cik Sakura rebung enak kalau di masak lemak dengan udang seperti gambar di atas...

Untuk resepinya, kita semak kat bawah ni:-

  • 500g rebung
  • 300g udang basah
  • 5ulas bawang merah
  • 3ulas bawang putih
  • segenggam cili padi(boleh kurangkan kalau nak)
  • 1" kunyit hidup
  • 1/2" halia
  • sebatang serai dititik
  • sebijik kelapa diperah santannya
  • garam secukup rasa
  • pak aji (kalau nak)

Cara Menyediakannya

  • bersihkan rebung kemudian rebus sekejap
  • angkat dan toskan terlebih dahulu kemudian ketepikan
  • perah santan ambil patinya
  • tumbuk bawang merah+bawang putih+halia+kunyit+cili padi hingga lumat
  • masukkan ke dalam pati santan tadi
  • masak dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak pecah
  • apabila sudah mendidih masukkan rebung dan udang kemudian kacau lagi
  • sesuaikan rasa masinnya
  • angakat dan bolehlah dihidang

Selamat mencuba...

babaiiii...




No comments:

Post a Comment