Pages

Sila Klick

Monday, June 4, 2012

LEMPENG GETAH CICAH KARI SARDEN

Salam Sayang Semua...

Salam penuh kerinduan untuk pembaca setia SBL yang dikasihi. Minggu ini Cik Sakura masih lagi meneruskan ibadah puasa bersempena bulan REJAB. Sudah pasti, pelbagai menu masakan yang bermain-main di minda Cik Sakura untuk dijadikan santapan berbuka puasa.

Untuk hari ini, menunya ialah LEMPENG GETAH CICAH KARI SARDIN permintaan dari adik Cik Sakura yang katanya akan berbuka puasa bersama-sama dengan Cik Sakura petang ini. Kebiasaanya kalau hidangan LEMPENG ni, dia boleh makan sampai 5-6 keping seorang. Kita tengok hari ini berapa keping yang dia boleh telan...

Penyediaan LEMPENG GETAH tidaklah susah manapun, cuma ia memerlukan sedikit kesabaran semasa kita menggorengnya kerana api perlu kecil bagi memastikan lempeng kita tidak hangus. Sudah tentu jika menggunakan api yang kecil proses penggorengan akan mengambil masa yang agak lama. Untuk tips supaya lempeng cepat masak ialah tutupkan kuali ketika menggoreng lempeng, jadi lempeng akan cepat masak. Kalau tak percaya cubalah sendiri dan anda akan dapat hasilnya nanti...

Mari kita semak resepi LEMPENG GETAH air tangan Cik Sakura ini. Sebelum tu, mungkin kengkawan semua berasa pelik kenapa LEMPENG ini dipanggil LEMPENG GETAH? Sebenarna ayah Cik Sakuralah yang gelarkan LEMPENG ini dengan nama LEMPENG GETAH bagi membezakan dengan LEMPENG-LEMPENG yang lain seperti LEMPENG KELAPA, LEMPENG SAGU dan sebagainya.



Ramuan untuk LEMPENG GETAH

2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air (kalau pekat tambah lagi)
1camt garam
2camb minyak masak

Cara Menyediakannya:-
Satukan kesemua ramuan di atas
kacau hingga tidak bergentel
panaskan kuali yang tidak melekat
gunakan senduk bulat untuk menyukat batter
masukkan 2 senduk besar ke dalam kuali
canai dengan belakang senduk hingga menjadi sedikit tebal
tutup kuali sekejap kemudian terbalikkan lempeng
goreng jangan sampai angus macam gambo kat atas tu
ulangi proses ini hingga selesai



Untuk menyediakan Kari Sardin jugak tidaklah susah mana. Cuma bila terpandang sardin jer, mulalah Cik Sakura terkenang kepada keluarga aruah Cikgu Majid bapa Azihan sahabat Cik Sakura. Masakan sardin diberi jolokkan nama "SAADIAH" bagi keluarga mereka. Tatkala menu sardin menjadi hidangan pastinya aruah akan berkata "ermmmmm masak "SAADIAH" hari ini. Kelucuan aruah sentiasa bermain di ingatan Cik Sakura walau aruah sudah tiada. Terkadang Cik Sakura rindukan panggilan "ANAK GEMUK AYAH" jolokkan untuk Cik Sakura setiap kali datang berkunjung ke rumahnya. Semoga roh aruah dicucuri rahmat...

1 tin sardin cap ayam (mackeral)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1" halia
sebatang serai dititik
3 sudu makan serbuk kari
sebijik kelapa dijadikan santan
2 biji ubi kentang
rempah penumis
sebatang serai
daun kari
garam secukupnya

Cara Menyediakannya:-
Blendkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga hancur. Panaskan minyak kemudian tumis ramuan tadi bersama dengan rempah penumis dan serai yang telah dittitek tadi hingga garing.
Masukkan serbuk kari kemudian tumis lagi bersama dengan daun kari
apabila sudah pecah minyak masukkan santan dan ubi kentang.
kemudian masukkan sardin dan sesuaikan rasa masinya.
pastikan ubi kentang empuk ya kengkawan
bolehlah dihidang...


hrgggghhhh..kenyang kami dua bradik menikmati hidangan Lempeng Cicah Kari Sardin ni. Suhaimi cuma makan 3 keping sahaja. lepas tu dia sambung dengan nasik pulak..

Selamat mencuba...

babai semua...

No comments:

Post a Comment