Pages

Sila Klick

Sunday, May 19, 2013

BUBUR OAT DENGAN BEBOLA DAGING

bubur Oat dengan Bebola Daging

Salam Sayang Semua...

Malam minggu yang lalu Cik Sakura duduk kesorangan di rumah. Ditemani kepanasan golabal ketika ini terdetik di kepala untuk menghasilkan satu lagi menu berasaskan oat yang sememangnya menjadi kegemaran. Sangat dal kalau makan bubur oat dengan susu jadi kelainan harus dicipta. Walaupun sebealum ini Cik Sakura pernah menghasilkan menu bubur oat dengan bayam tapi kali ini Cik Sakura ciptakan lagi kelainannya dengan menambahkan bebola daging sebagai nutrisi tamabahan dalam hidangan kali ini.

mari kita check kat bawah ini resepinya...

Oat
Bayam
Bebola daging

Seulas Bawang putih
2 Ulas bawang merah
Cili Padi ikut suka
Air Secukupnya
Garam Secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Panaskan  sedikit minyak dan tumiskan bawang tadi. Apabila tumisan garing masukkan air dan biarkan mendidih. masukan bebola dagin kemudian biarkan seketika. sesuaikan rasa masinya kemudian masukkan oat. Akhir sekali masukkan sayur bayam. Angkat dan hidangkan...

Sekian dulu ea kengkawan titipan untuk kali ini
semoga bertemu di lain kali...

babai semua






No comments:

Post a Comment