Pages

Sila Klick

Tuesday, February 7, 2012

CHICKEN BOXING

Salam Sayang Semua...

yeahhhh"Mood memasak sudah kembali". Cik Sakura sudah ready untuk ke dapur dengan resepi-resepi baru. Kalau nak tahu resepi apakah saban hari, kenelah selalu menjengok entry-entry Cik Sakura selepas ini. Ada banyak resepi yang ingin Cik Sakura kongsikan cuma menunggu masa dan kesempatan.

Tetapi untuk kali ini jom nak kite try resepi ringkas macam mana nak buat Chicken Boxing. Haritu, masa berjalan kat rumah Maslinda sempat jugak Cik Sakura mencuba resepi Chicken Boxing ala-ala Sakura. Senang ajer arr cara buat dia, takyah susah rupanya seperti yang dibayangkan. Kalau tak caya nengok kat bawah ni:-


ramuannya:-
7-9 ketul drumet ayam
1/2 camb serbuk maggie cukup rasa
sebijik telur
tepung goreng ayam
minyak untuk menggoreng
(sukatan tepung tu agak-agak ajelah ye..)




cara menyediakannya:-
basuh dan bersihkan ayam
tarik kulit ayam dan isinya hingga turun ke bawah
gaulkan dengan sebuk maggie cukup rasa
perapkan sekejap lebih kurang 15 minit
pecahkan telur kemudian pukul kejap dengan garfu
celupkan ayam ke dalam telur
kemudian golekkan kat tepung goreng ayam
kemudian goreng dalam minyak yang penuh
hingga golden brown...
sudah boleh angakat dan hidangkan

eee... senangnya. Selamat mencuba...

babaiiii


KERUTUP AYAM

Salam Sayang Semua...

Agak lama Cik Sakura menyepikan diri dari dunia bloger ni kan... Bukannya merajuk atau berpatah arang berkerat rotan, sebaliknya kesihatan Cik Sakura sejak akhir-akhir ini sedikit terganggu lantaran itu Cik Sakura memerlukan sedikit rehat bagi mengembalikan kesihatan yang semakin berkurangan.

Jomlah, kite terus kepada tajuk asal entry kali ini. Dalam pada sakitpun Cik Sakura masih mampu beraksi di dapur. Kalau tak percya tengok tu gambar di atas. Sempat Cik Sakura menyediakan menu KERUTUP AYAM yang di makan bersama dengan NASI BIRYANI permintaan Najwa Harun minggu lepas. Untuk resepinya, sila lihat kat bawah ni:-

RESEPINYA
1/2 ekor ayam dipotong 6 bahagian
3 sudu makan rempah kerutup ayam kelantan*
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
5 tangkai cili hijau*
1" halia*
1 batang serai dititik
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
gula melaka dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya

Basuh dan bersihkan ayam. toskan dan ketepikan dulu
Tumbuk lumat ramuan bertanda * kecuali serai
kemudian tumiskan ramuan tadi bersama dengan serai yang dititik
masukkan rempah kerutup kemudian tumis lagi hingga pecah minyak
masukkan ayam dan kacau rata
kemudian masukkan santan, kerisik dan gula melaka
sesuaikan rasa manis dan masinnya
masak hingga kuah menjadi pekat
matikan api dan boleh dihidangkan

Selamat mencuba...

babaiiii....

Sunday, January 29, 2012

MEE REBUS

Salam Sayang Semua... Salam kerinduan dari Cik Sakura yang masih lagi dilanda demam selsema, tetapi kondisi tubuh hari ini sudah semakin pulih. Seperti semalm, rutin harian masih juga dilaksanakan biarpun badan masih terasa kurang sihat. Aktiviti memasak Cik Sakura hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Hari ini Cik Sakura menyediakan MEE REBUS untuk makan tengahari, boringla kengkawan makan nasik hari-hari tambah-tambah pulak haritu nengok blog DTS terliuqla nak makan MEE REBUS. Tapi untuk entry kali ini resepi adalah inspirasi Cik Sakura sendiri, sedap ke tak sedap nanti kita tanya tetamu yang hadir.

Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Liza, Cik Sakura ada dibekalkan dengan beberapa bijik TELUR PINDANG. Sayang kalau dibiarkan lama-lama takut nanti rosak pulak. Daripada rosak dan terbuang lebih baik dimanfaat sebagai sumber makanan. Ingatkan nak buat NASI LEMAK tapi pagi tadi bangun lewatla pulak tu yang bertukar jadi MEE REBUS.

Untuk kali ini juga Cik Sakura ada menambahkan bebola daging sebagai rencah tambahan bagi mencipta kelainan. Bila dah dimasak sekali ok jugak rasanya dan yang paling penting meriahhhhh nokkk. Ilmu masak memasak ni kene kreatif barulah sesuatu yang dihasilkan tu taklah nampak janggal.

yuklah, kita terus ke dapur sakura menjenguk resepi dan tips-tips menyediakan MEE REBUS ala-ala Sakura. Mudah-mudahan ilmu yang akan dikogsi dapat dimanfaatkan bersama.



ini dia rempah yang Cik Sakura gunakan dalam menghasilkan MEE REBUS hari ini. Produk keluaran AGROMAS ni dibeli di PASAR MINI MAIMON dengan harga RM5.oo henggit sahaja. Walaubangaimanapun, rempah ini tidak dapat berdiri dengan sendirinya bagi menghasilkan MEE REBUS yang betul-betul enak justeru Cik Sakura telah melakukan sedikit penambah baikkan dengan mencampurkan REMPAH RAHSIA bagi menambahkan rasa KICK pada MEE REBUS ni. Ini bukan "masuk bakul angkat sendiri ea.." tapi ini ialah tips untuk menambah keenakan rasa MEE REBUS kita. Pasal REMPAH RAHSIA tu nanti Cik Sakura citerkan kat bawah dan kalau nak tahu kene baca entry ni sampai habis...ahak2

RESEPI TIME...
UNTUK KUAH MEE REBUS
1 peket rempah mee rebus Agromas
500g daging lembu direbus dengan 1" halia
2 biji keledek direbus bersama daging
3/4 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar kering
300g bebola daging
sebijik bawang besar*
5 bijik bawang putih*
7-9 tangkai cili besar*
segenggam cili padi (boleh dikurangkan)*
11 ekor udang basah*
2 camb udang kering*
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya
Rebus daging dengan keledek hingga empuk
Asingkan keledek dan dikisar halus, ketepikan dulu

tumis ramuan yang bertanda * hingga garing
masukkan daging dan air rebusanya sekali
masukkan juga rempah pes mee rebus Agromas, biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan keledek yang telah dikisar tadi bersama dengan bebola daging. sesuaikan rasa masin dan manisnya
akhir sekali masukkan kacang tanah kisar
biarkan mendidih kecap, pastu angkat
boleh lah dihidang

hidang bersama...
sebungkus mee kuning dicelur
taugeh juga dicelur
4 keping tauhu digoreng
hirisan lada hijau
limau kasturi
telur pindang atau telur rebus
bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan


Untuk tips
Kuah mee rebus seharusnya berperisa manis dan sedikit pedas. Untuk mendapatkan rasa manis yang betul-betul ngam dengan kepedasannya kita harus berani dan pandai mengimbangkan rasa manis dan pedasnya kalau tidak, kuah mee rebus anda pasti kurang menyengat. Untuk kuantiti seperiuk besar seperti resepi di atas, Cik Sakura gunakan lebih kurang 6 sudu makan gula walau bagaimanapun rasa manisnya bergantung kepada citarasa masing-masing
...

diantara tetamu yang hadir...



selamat mencuba kengkawan...

babaiii..

Saturday, January 28, 2012

PARJERI TERUNG ala-ala SAKURA

Salam Sayang Semua...

Salam penuh barokah pada hari sabtu yang hening ini. Cik Sakura kurang sihat hari ini disebabkan demam selsema. Walaubagaimanapun, beraksi di dapur masih menjadi rutin harian walaupun kesihatan agak tertanggu sedikit. Agaknya menu ape ye hari ini? Alhamdulilah, hari ini Cik Sakura nak share satu resepi simple iaitu PARJERI TERUNG. Pernah makan ker? Takpe, kalau nak tahu apa itu PARJERI TERUNG ala-ala sakura jom kita nengok bingkisan kali ini:-

diantara Ramuannya
5-7 batang terung dipotong dua atau empat
2 cmb serbuk kari babas dijadikan pes
5
bulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
7 tangkai cili kering*
sedikit ikan bilis (agak-agak jer)*
1 1/2 cawan santan
2 cmb kerisik
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya
Kisar halus ramuan yang bertanda * kemudian tumiskan
masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
masukkan terung dan santan biarkan mendidih.
Masukkan kerisik kemudian sesuaikan rasa masinnya.
biar hingga kuah menjadi pekat.
matikan api, dan boleh dihidangkan

Jom nengok jap gambar kat bawah ni. Lokasinya adalah belakang rumah Cik Sakura tempat Ayahnda bercucuk tanam. Tenang jer bila berada kat kawasan ni maklumlah sekelilingnya berwarna hijau. Alhmdulilah boleh juga merehatkan mata.

Orang kata berbudi kepada tanah banyak faedahnya. Tengokla, pokok-pokok hasil tanaman ayahnda, subur dan gemok-gemok belaka. PARJERI TERUNG yang Cik Sakura masak kat atas tu pun hasil dari tanaman ayahda.








dah dule ea kenkawan, semoga bertemu lagi di lain masa dengan resepi lain pulak. babaiii semua...

Thursday, January 26, 2012

LADA SOLOK

Salam Sayang Semua...

Taraaaaaa.... "dapur Cik Sakura sudah kembali berasap". Kat dalam kepala ni ada banyak menu yang ingin Cik Sakura kogsikan dengan kengkawan semua. Salah satu daripadanya ialah LADA SOLOK masakan populer di negeri Cik Siti Wan Kembang...

LADA SOLOK biasanya dihidang bersama-sama dengan NASI KERABU sebagai penambah pakej hidangan. Ia juga merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran isi ikan, kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang disumbat ke dalam lada hijau kemudian dikukus bersama santan pekat.

Alhamdulilah, hari ini Cik Sakura berkesempatan menyediakan menu ini untuk dikongsi bersama-sama dan mudah-mudahan ianya mampu menambahkan ilmu masakan kita. Apa lagi, jomlah kita terus ke dapur Sakura...


di antara RAMUANNYA ialah
3 ekor ikan kembung dibersihkan dan diasing tulangnya
1/2 cawan kelapa muda diparut
1/2 cawan santan pekat
7 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah*
Seulas bawang putih*
1/4" halia*
1camt lada hitam*
sedikit gula
garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA
belah cili ditengah-tengahnya kemudian buangkian bijinya
rendam cili di dalam air cuka lebih kurang 15 minit, ketepikan
Bersihkan ikan kemudian asingkan tulangnya, ketepikan
Tumbuk lumat ramuan yang bertanda *
kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk lagi hingga hancur
campurkan isi ikan tadi dengan kelapa parut dan gaul sebati
masukkan gula mengikut citarasa manis anda
garam secukup rasa

toskan cili hijau tadi hingga kering
kepal isi ikan tadi hingga menjadi bujur
sumbatkan adunan isi ikan ke dalam cili hijau
ulang proses ini sehingga selesai
susunkan di dalam loyang
curahkan dengan santan pekat
kukus selama 15 minit
boleh di hidang

inilah hasilnya



Selamat mencuba...

babai...

Tuesday, January 24, 2012

ASAM PEDAS HIJAU IKAN KITANG

Salam Sayang Semua...

Dua tiga hari kebelakangan ini Cik Sakura asyik makan luar jer. Rasa macam dah teringin nak makan masakan dari air tangan sendiri. Kebetulan bonda tersayang baru balik dari Endau Mersing dan ada membeli IKAN KITANG. Soalnya pernah ke anda dengar atau kenal dengan ikan ini? Cik Sakura sendiri masih baru dalam mengenali spesis ikan ini, itupun dari sahabat Cik Sakura iaitu Maslinda yang pernah menitipkan ikan ini hasil dari tangkapan abangnya.

kat bawah ini ada Cik Sakura tunjukkan gambar ikan Kitang untuk tatapan umum. Pada sesiapa yang kenal nengok ajelah bagi yang belum kenal mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan. Info tentang ikan ini tak sempat Cik Sakura nak google...

Ikan Kitang sedap digoreng atau boleh juga di masak asam pedas. Kalau kengkawan nak tahu KAK YATIE "Sinar Kehidupanku" yang telah berjaya mengecurkan Cik Sakura dengan resepi Asam Pedas Hijaunya. Jadi hari ini Cik Sakura nak cuba resepi KAK YATIE dengan memasak ikan Kitang ni. Untuk KAK YATIE, terima kasih banyak-banyak...



RESEPINYA
5 ekor ikan kitang disiang dan dibersihkan
segengam cili padi kalau nak pedas lagi*
7 tangkai cili hijau*
1" halia*
1" kunyit hidup*
sebijik bawang besar*
3 bijik bawang putih*
1 batang serai
5-6 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA
Blendkan kesemua ramuan yang bertanda * diatas hingga hancur. Panaskan minyak tumis ramuan yang dblend tadi bersama serai yang diketuk hingga garing. Masukkan air biarkan mendidih kejap. Masukkan asam keping dan sesuaikan rasa masam dan masinnya. Masukkan ikan birakan hingga masak kejap pastu masukkan daum kesum.
bolehlah dihidangkan.

selamat mencuba kengkawan...

babaiii...



Monday, January 23, 2012

SATEY PEKAN PARIT YAANI,

Salam Sayang Semua...

Lepas maghrib tadi tetiba ayah Cik Sakura mengajak makan SATEY kat Pekan Parit Yaani. Katanya dia lapar, Cik Sakura pun apa lagi terus jer bersiap panaskan enjin kereta, dalam hati dah berdetik "malam ni nak makan Mee Rebus kat Warung Ali" kebetulan warong Satey ni behadapan dengan kedai Ali.

Sampai-sampai ajer, frustla kedai Ali tutup. Mereka tidak meniaga hari ni sebab cuti Tahun Baru Cina. Ermmmmm... melepas lah lagi. Takpelah, teman ayah makan Satey ajer, sok-sok pun boleh pergi per...

Sebenarnya Satey kat warong Pakcik ni biasa ajer tapi kekuatannya adalah pada kuah kacangnynya. Teksture kuahnya yang lembut dan tidak terlalu berminyak serta keseimbangan rasa masam, manis dan masinnya menjadikan kuah Satey ini adalah yang Terbaekkkk. Kalau tak percaya cubalah datang dan rasakan sendiri. Lokasinya adalah di tengah-tengah Pekan Parit Yaani dan masa operasinya bermula dari jam 6.00 0petang hingga malam hari bergantung kepada cepat atau lambat Sateynya habis. Secucuk RM0.50, ok kot dalam zaman sekarang ni, ahak3...

BON APPETITE
kekuatan satey ni sebenarnya pada kuah kacangnya, kami tambah tadi...


ketupat sebagai hidangan sampingan


AKSI AYAHNDA CIK SAKURA





hidangan lenkap satey


habis licin kami makan tadi...


antara pelanggan yang datang


kedudukan warong satey ini di tengah-tengah pekan Parit Yaani

selesai makan kami pun beransur pulang..

dahhhhh

babaii