Salam Sayang Semua...
"Mood" berblog dah mula sedikit demi sedikit hadir. Dah lama sangat Cik Sakura nantikan kehadiran "mood" ini sekurang-kurangnya dapat jugak meredakan hati yang sedang berduka lara, kerana kelangsungan hidup harus diteruskan. Semoga Allah memberikan Cik Sakura kekuatan dan kesabaran untuk terus berblog pada masa akan datang...
Cumanya kali ini, entry mungkin akan berubah sedikit dari tajuk-tajuk sebelumnya kerana tanpa Cik Sakura sedari hobi yang telah lama cik Sakura tinggalkan muncul kembali. Selain dari gemar memasak, Cik Sakura juga meminati bidang jahit-menjahit ni. Tak sangkakan...
Bagi memulakan entry jahit menjahit ni apa kata kita tengok bingkisan kali ini iaitu BEG TELEKUNG ilham dari BEG TELEKUNG LAMA yang telah TAMAT perkhidmatannya. Cik Sakura menggunakan bahan-bahan terpakai seperti lebihan kain pelamin adik dan Tangkai beg telekung lama yang masih lagi berfungsi sayangkan kalau nak dibuang? apa kata kita rebondingkan dia...ahaksss
Untuk tempahan, boleh saja.... cehhhhhh cam ada masa jek nak buat? Sayang sekali kengkawan semua gambar Beg Telekung lama tu Cik Sakura tak teringat pulak nak amik. Kalau ada kan ker bagus boleh tenngok before n after...Takpelah, apapun Cik Sakura sangat berpuas hati dengan hasil kerja kali ini.
Sekian dulu yek, babai semeua...
No comments:
Post a Comment