Pages

Sila Klick

Saturday, March 10, 2012

KARIPAP MINI


Salam Sayang Semua...

hari ini hari sabtu 10hb Mac 2012. Owhhhh!!! hari ini birthday Najwa, kepada sahabatku Najwa Harun diucapkan Selamat Hari Lahir... Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya...

Pagi ini Cik Sakura bangun awal pastu tidur balik. Ngantuk betul, maklumlah malam tadi balik lewat sebab menghadiri kursus Umrah. Selesai solat subuh pagi tadi jer terus tidur balik. Tapi disebabkan Cik Sakura ni dah selalu sangat bangun awal jadi mata ni takboleh tidur lama sikit. Pukul 8.30pg jer Cik Sakura dah tersedar...

Ok, pagi ni Cik Sakura nak kurangkan kandungan makanan dan kandungan tupperware dalam peti sejuk kat dapur tu... Penuh sangatla, dah sesak jadinya. Nak cari barang pun susah sebab terlalu bayak dengan makanan...

Menu pertama pagi ini ialah KARIPAP MINI. Intinya dah lama Cik Sakura buat dan disimpan dalam peti sejuk ni. Penyediaan inti yang menggunakan Udang kering, cili kering, bawang, serai dan gula sangat mudah untuk disediakan. Nak ke resepinya, boleh ajerrrr...

Intinya:-
300g udang kering dikisar halus
1 biji bawang merah digoreng*
1 batang serai diracik halus*
7 tangkai cili kering digoreng*
gula secukup rasa*

Cara menyediakannya:-
Tumbuk halus ramuan bertanda *
kemudian campurkan dengan udang yang telah dikisar halus
gaul rata jangan sampai berketul
sangan sekejap di dalam kuali tanpa minyak
hasilnya adalah seperti gambar di bawah ni..



Untuk dohnya
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
secubit garam
1/4 cawan minyak masak dipanaskan

Cara menyediakannya:-
Panaskan minyak masak
campurkan bersama tepung kemudian jadikan seperti serbuk roti
adun bersama air yang telah dibancuh bersama secubit garam tadi
uli hingga licin kemudian rehatkan kejap
canai adunan karipap kemudian masukkan intinya
gunakan citak karipap kecik
ikuti langkah di bawah hingga selesai










Selamat mencuba...

babaiii...

1 comment: