Salam Sayang Semua...
Second menu untuk 2014 dicipta khas untuk majlis minum petang hari ini. Menunya ialah MURTABAK MINI kegemaran Ayah Cik Sakura. Bila makan murtabak ni mesti ingat ngan ayah....eeee rindunya ngan ayah tengah buat apelah dia sekarangkan....
MURTABAK MINI selain dari mudah dihasilkan, penggunaa kulit Popiah menggantikan kulit yang dicanai daripada tepung dapat membantu mengurangkan pengambilan kolestrol yang banyak dalam tubuh badan seseorang. Kulitnya yang kering tidak akan menyerap minyak ketika proses penggorengan berlaku. Jom, yang ni mesti try ea...
RAMUANNYA
Kulit Popiah
Daging Kisar
Bawang besar dipotong dadu
cili merah dipotong dadu
sedikit serbuk kari
Sedikit Jintan
Garam secukupnya
beberapa bijik telur
sedikit daun kucai/daun sadri
RAMUANNYA
Kulit Popiah
Daging Kisar
Bawang besar dipotong dadu
cili merah dipotong dadu
sedikit serbuk kari
Sedikit Jintan
Garam secukupnya
beberapa bijik telur
sedikit daun kucai/daun sadri
CARA MENYEDIAKANNYA
Tumiskan bawang merah, lada merah, jintan dan serbuk kari hingga garing. Kemudian masukkan daging kisar masak sampai daging menjadi kering. Sesuaikan rasa masinnya kemudian angkat dan biarkan sejuk.
Pecahkan 2biji telur, kemudian pukul sedikit. Ambil beberapa sudu inti daging campurkan dengan telur. Boleh juga ditambah dengan potongan daun kucai jika suka. Ualangi proses membancuh telur sehingga semua inti habis diguna. Sementara itu panaskan kuali dengan sedikit sahaja minyak
Ceraikan kulit popiah satu persatu kemudian let
akkan sedikit inti tadi ditengahnya kemudian bungkus rapi keduanya berbentuk empat segi dan teruslah digoreng dalam kuali yg telah dipanaskan tadi. Ulangi proses ini sehingga selesai.
Sekian dulu kengkawan. Semoga bertemu dilain masa
daaaaaah duluuuuu
babai semua
No comments:
Post a Comment