Pages

Sila Klick

Tuesday, January 21, 2014

PERKAMPUNGAN BUDAYA MONSOPIAD



Salam Sayang Semua

Masih lagi mood bercuti dua tiga hari ini. Memori Kota Kinabalu masih lagi segar bermain difikiran sehinggakan dapur Cik Sakura sudah beberapa hari tidak berasap. Kali ini jom ikut Cik Sakura melawat PERKAMPUNGAN BUDAYA MONSOPIAD menyingkap kisah di sebalik kuasa kekebalan yang di miliki oleh Pahlawan terbilang suku kaum Kadazan Dusun yang diberi nama MONSOPIAD.

Sedikit Kisahnya...

Monsopiad merupakan seorang pahlawan kaum Kadazan yang sangat digeruni pada masa dahulu. Beliau dikatakan tinggal di suatu kawasan kampung berdekatan ibukota Sabah.

Monsopiad dikatakan sebagai pahlawan gagah yang tinggal 250 tahun yang lalu dan menjalankan aktiviti pemburuan kepala yang sudah diberhentikan kini. Di dalam Perkampungan Kebudayaan Monsopiad (Monsopiad Cultural Village) terdapat 42 tengkorak kepala yang merupakan mangsa Monsopiad. Kepala-kepala tengkorak ini adalah tanda keberanian serta kegagahan beliau dalam mata kaumnya. Kebanyakkan tengkorak kepala ini dipancung daripada lanun-lanun serta perompak yang sememangnya berleluasa pada masa lalu. Monsopiad juga pernah dicabar pahlawan di kalangan kaumnya sendiri daripada kawasan lain serta juga kaum lain juga. Pahlawan-pahlawan yang pernah mencabarnya kesemuanya telah menemui ajal dan tengkorak kepala mereka telah diletakkan di dalam rumah beliau sendiri.

Di dalam perkampungan Monsopiad terdapat satu batu besar beratnya 2 tan serta setinggi 4 meter  yang dinamakan Monolit. Batu besar ini diletakkan pada tempatnya kini oleh para penduduk kampung tersebut pada masa dahulu setelah diperintah Monsopiad. Masyarakat kampung tersebut telah diarahkan agar membina satu tugu bagi memperingati jasa beliau sendiri dengan bantuan bobohizan (bomoh Pagan) serta roh-roh yang diseru bomoh-bomoh ini.

Batu besar granit tersebut telah diukir daripada permukaan sebuah bukit dari pulau berdekatan. Batu ini diletakkan pada 2 buah rakit besar dan diangkut sejauh 10 batu melalui laut terbuka sehingga ke sungai Moyog sebelum diletakkan di tempatnya kini. Peristiwa ini boleh dikatakan agak menakjubkan memandangkan belu ada teknologi canggih 250 tahun yang lalu.

Monsopiad menggunakan batu ini untuk mengeringkan kepala mangsa yang telah dipenggalnya. Upacara ini sering dilakukan sambil para bobohizan membaca mantera serta diiringi nyanyian gadis-gadis muda. Pahlawan-pahlawan yang lain pula akan berteriak dengan suara lantang seperti dalam peperangan.

persembahan Drama Tari Monsopiad menyambut kedatangan kami
kaki seakan bergoyang mendengar irama muzik mereka
sungguh mengasyikkan


bergambar bersama pelakon-pelakon KG BUDAYA MONSOPIAD


Mereka memulakan persembahan

seksi gituuuu











mencuba budaya mereka yang memang berbeza dengan kita
Suku Kaum Kadazan Dusun menggunakannya utk menyeberangi sungai
sehingga hari ini masih lagi digunakan


antara tempayan untuk menyimpan TUAK
sejenis arak dari tapai

Gambar Salahsilah Keturunan MONSOPIAD
sehingga kini keturunan mereka masih ada lagi di Sabah


Bukti Ketangkasan dan keberanian Pahlawan MONSOPIAD
Tenggorak yang pernah dipenggal oleh MONSOPIAD masih lagi tersimpan hingga kini
Ritual memuja tengkorak ini kali terakhir dilakukan pada tahun 2002








Merasai pengalaman melintasi sungai dengan Jambatan Gantung


Batu yang dikatan mempunya gambaan Wanita Kadazan Dusun








WAJAH MALAM KOTA KINABALU





Sekian dulu untuk kali ini

bertemu pada entry seterusnya

babai semua

No comments:

Post a Comment