Pemandangan dari Depan
Salam Sayang Semua...
Destinasi seterusnya yang ingin Cik Sakura promosikan di sini ialah LOK KAWI WILDLIFE PARK atau dalam bahasa melayu TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI yang merupakan taman perlindungan yang terletak di Sabah, Malaysia negaraku tercinta. Taman ini terletak di PUTATAN dengan hanya kira-kira 25KM dari bandaraya KK.
Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana taman seluas 112 hektar itu ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa, RM5.00 (kanak-kanak), manakala bagi pelancong asing, dewasa dikenakan RM20 dan kanak-kanak (RM10) (kadar pada tahun 2007).
Bagi Sabah, taman berkenaan berpotensi dijadikan tarikan baru kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan haiwan-haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan spesies Borneo yang ditempatkan di situ. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesies badak yang hampir pupus - Badak Sumbu Sumatera dan sebagainya yang dipamerkan di zoo di situ. Sumber ini saya perolehi dari EN WEKEPEDIA.
Eksplorasi dari team kami yang tidak mandi pagi malah tidak juga dijangka-jangka ini telah tersimpan rapi memorinya dalam lipatan sejarah masing-masing. Program yang asalnya hanya bertujuan untuk menghabiskan minyak kereta yang masih berbaki telah menemukan kami kepada satu tempat yang sangat cantik dan mesra alam. Jom kengkawan, ikut saya mengenali tempat ini dengan lebihdekat lagi...
bergambar di hadapan pintu masuk.
boleh plak uniform dah nak sama dgn yang kat atas tu..
cehhh...sib baik yak dia wane pekat sikit
Gajah-gajah di sini jinak
kami sempat memberi gajah-gajah diblakang makan
aktiviti memberi gajah makan
seronok gituuuu
pahhh
noii
wang dan isteri (ann)
damia yang kaku berposing
kami yang tak mandi pagi
ann sorang jew yang mandi pagi
kami
antara flora yang menghiasi Taman Botani
kami yg memang suka berposing
Berakhir sudah episod cuti di Sabah. Pada sebelah petangnya kira-kira jam2 petang kami berangkat pulang ke Semenanjung dengan harapan bahawa satu hari nanti kami akan berkunjung semula ke sini. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Sabah ini untuk dikunjungi.
dahhhhh dulu
sampai jumpa lagi.
babai semua...
No comments:
Post a Comment