Pages

Sila Klick

Saturday, October 29, 2011

BIRYANI




Salam sayang semua...

Menu apakah agaknya hari ini? Watchaaaa...Cik Sakura berhajat nak memasak NASI BIRYANI bersempena Perayaan Deepavali baru-baru ni. Masa Deepavali haritu, Cik Sakura tak sempat nak masak so, hari ini kebetulan cuti hujung minggu maka Cik Sakura gunakan kesempatan untuk memasak NASI BIRYANI. Kebetulan pulak nak jemput beberapa orang kawan datang makan kat umah. Nak suruh diaorang test power ke tak power BIRYANI SAKURA ni. Meh lerrr, kita ke dapur Sakura...


RAMUAN UNTUK MEMBUAT NASI BIRYANI
RAMUAN UNTUK MENUMIS

  • Seulas bawang besar dimayang
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • 3 sudu makan rempah baryani dijadikan pes
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 cawan yourgert
  • 1" halia

RAMUAN UNTUK DIKISAR HALUS
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 3 tangkai daun saderi
  • 3 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai daun pudina

  • 3 cawan basmati Sakura
  • Sedikit pewarna kuning


PERHATIKAN GAMBAR DIBAWAH


CARA-CARA MEMBUAT NASI BIRYANI
  • Tumis ramuan yang telah diblend bersama ramuan yang dimayang hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan daging dan masak hingga empuk
  • masukkan yourgert dan kacau lagi
  • Kemudian, matikan api dan ketepikan dahulu

Sementara itu:-
  • Basuh beras dan rendam seketika
  • Rebus air dalam periuk kemudian masukkan beras
  • Rebus hingga nasi masak
  • keluarkan dan tapis nasi
  • Masukkan rempah yang telah ditumis tadi ke dalam ricecooker
  • berselang seli dengan nasi hingga proses selesai
  • Renjiskan sedikit pewarna
  • kemudian masak lebih kurang 15minit
  • Bolehla dihidangkan

Inilah rupa paras Nasi Biryani

RAMUAN UNTUK MENBUAT ACAR TIMUN

  • 1 batang timun dibuang bijinya dan dipotong memanjang
  • 2 batang carrot dipotong memanjang
  • 3 tangkai cili merah dipotong memanjang

BAHAN UNTUK DITUMIS
  • Seulas bawang besar dimayang
  • 3 Ulas bawang Putih dimayang
  • 5 ulas bawang kecil dibuang kulitnya
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • 2 sudu makan cili kering dikisar
  • 2 sudu makan serbuk kari dijadikan pes
  • 1 sudu makan udang kering ditumbuk halus
  • 3 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukupnya
PERHATIKAN GAMBAR DIBAWAH




CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
  • Tmunis kesemua bahan di atas hingga garing
  • Masukkan sedikit air biarkan mendidih
  • Masukkan cuka dan gula biarkan seketika
  • Masukkan timun, carrot, lada dan kacau rata
  • Sesuaikan rasa masin
  • Angkat dan hidangkan

Inilah dia ACAR TIMUN resepi Cik Sakura

Selamat menjamu selera

babaiiii

No comments:

Post a Comment