Pages

Sila Klick

Thursday, January 19, 2012

FALAFEL Makanan Negara Timur Tengah


FALAFEL adalah makanan dari Negara Timur Tengah seperti Lebnon dan Mesir. Pernahkah anda makan makanan ini? Cik Sakura pun baru pertama kali dikenalkan dengan menu dari Negara Timur Tengah ni sewaktu kunjungan ke Arabic Restaurant dekat Taman Universiti. Orang Lebnon misalnya makan FALAFEL dengan Roti Pita atau salad. FALAFEL sejenis makanan yang diperbuat daripada Kacang Kuda yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran dan ramuan lain. Menu ini sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan Vegeterian.

Apabila menyentuh tentang rasa, makanan ini mempunyai rasa lemak dan campuran sayur-sayuran mampu menerbitkan aroma yang enak. Rasanya boleh dikatakan sedap dan lebih mirip dengan makanan kat Malaysia ni iaitu "magelek@Vadee", tetapi bagi pengamal vegeterian menu ini mampu mengenyangkan sekaligus dapat menambahkan variety dalam hidangan.

Mari kita tengok serba sedikit proses pembikinan FALAFEL dari A hingga Z yang telah dihasilkan sendiri oleh Cik Sakura petang tadi juga merupakan hasil pencarian resepi di youtube. Resepinya juga ada Cik Sakura titipkan di bawah. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu meningkatkan ilmu masakan kita...


Ramuannya
250g kacang kuda direndam semalaman
sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
5 tangkai daun ketumbar dimayang halus
5 tangkai daun sup juga dimayang halus
3 tangkai cili hijau dipotong dadu
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan jintan dikisar haus
2 sudu makan ketumbar dikisar halus
1 camt soda bikarbonat
sedikit lada hitam
garam secukup rasa




Cara Menyediakannya
Basuh kacang kuda dan rendam semalaman kemudian toskan airnya hingga kering. Kisar kacang kuda dengan pengisar kering hingga lumat. Keluarkan dulu dan masukkan ke dalam mangkuk. Guna kisar yang sama untuk mengisar sayur-sayuran yang dipotong dadu seperti daun ketumbar, daun sup, bawang besar, bawang putih dan lada hijau. Cmpurkan dengan kacang kuda tadi bersama dengan jintan, ketumbar, tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan lada hitam. Gaulkan hingga adunan menjadi sebati seperti gambar di atas...


Gentel adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kecil dan susun di dalam dulang macam yang Cik sakura buat kat gambar tu hingga habis semuanya. Tutup dulang dengan plastik rapping kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dari peti sejuk kemudian goreng dalam minyak yang penuh hingga keperang-perangan. Angkat dan boleh dihidang...





Inilah hasilnya FALAFEL buatan orang melayu, kalau nak tahu rasanya bagaimana? kenelah cuba buat sendiri. Apa yang penting, masak kene ikhlas barulah hasilnya menjadi.

Sekian dulu kengkawan, sampai jumpa lagi...

daaahhhh

babaiiii...

Wednesday, January 18, 2012

KACANG BUNJIS AGOGO

Salam Sayang Semua... Menu makan malam cik Sakura hari ini ialah KACANG BUNJIS AGOGO. Nak buat resepi ni takdelah susah sangat campak-campak jer pastu dah jadi. Bumbu takyah susah-susah nak tumbuk semuanya dimayang dan diketuk sahaja. tak sampai 10 minit dahpun siap. Memang sangat mudah terutama kepada ibu-ibu yang bekerja kerana Menu ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan selain dari mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi.

Selain dari menu ini, ada jugak Cik Sakura buat Asam pedas Ikan Temenung untuk makan malam tadi. Resepi asam pedas ni sama jer dengan resepi asam pedas yang pernah Cik Sakura buat sebelum ni. Walaupun begitu, fokus utama entry malam ini bukanlah Asam pedas sebaliknya SAYUR KACANG BUNCIS AGOGO. Takper, nengoklah jugak gambar asam pedas kat bawah tu...




RAMUANNYA

20 tangkai kacang bunjis
7-8 ketul bunga kobis
1 batang karot dipotong panjang
2 ulas bawang merah dimayang
seulas bawang putih dimayang
7 ekor udang dibuang kepala
7 tangkai cili padi diketuk aje
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk cukup rasa
minyak untuk menumis









Cara Menyediakannya
potong kacang bunjis lebih kurang 2 1/2" panjang, ketepikan dulu. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang hingga naik bau. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Masukkan bunga kobis dan karot, biarkan sekejap. Masukkan kacang bunjis dan serbuk cukup rasa. Sesuaikan rasa masin. Padamkan api dan boleh dihidang...





Ok lah kemgkawan, selamat mencuba...


babai
...

BISKUT GORENG SAKURA

Salam Sayang Semua... ermmmmm... dekat 3 hari Cik Sakura cuti memasak, tak tahulah kenapa?. Tetiba hari ini mood memasak tu datang menjelma. Cik Sakura seolah-olah mendapat hidup kembali mana tidaknya memasak adalah "jiwa" Cik Sakura, cuba bayangkan kalau hidup tanpa "jiwa" apa akan jadi? Sementara "jiwa" sudah bersatu dengan "jasad" lebih baik kita manfaatkan anugerah yang dititpkan oleh Allah swt ni dengan menyediakan hidangan minum petang untuk hari ini.

Menunya ialah, BISKUT GORENG SAKURA. Fullamak, namanya pun sudah boleh membuat jiwa teruntun, cheeewahhhh... Sebenarnya resepi ni Cik Sakura dapat dari seorang teman "CIKGU MAT NOR". Dia telah memperkenalkan menu ini kepada Cik Sakura pada Ramadhan dua tahun lepas. Kebetulan, masa buat blog walking kat blog "Sinar Kehidupanku" milik KakYati aritu, Cik Sakura terjumpa resepi yang seakan menyamai resepi ni kalau tak silap kak yati namakan dia MURTABAK LAPIS KREKAR. Walaupun terdapat beberapa perbezaan namun kedua-dua resepi ini menggunakan bahan asas yang sama iaitu BISKUT KREKAR. Walau bagaimanapua, Cik Sakura ada membuat sedikit perubahan dan pembaharuan sehingga mewujudkan BISKUT GORENG SAKURA. Untuk kedua-dua insan ini (Cikgu Mat Nor & Kak Yatie), terima kasih yang tidak terhingga dan izinkan saya kongsikan resepinya...



Diantara ramuanya ialah, Gunakan inti karipap yang masih berbaki haritu dan beberapa keping biskut kraker serta sebiji telur. Minyak untuk menggoreng...

Cara menyediakannya...
Lecek inti karipap hingga hancur. Ambil sekeping biskut kraker, sapukan inti karipap tadi ke atas lapisan biskut krekar lebih kurang 1/4" tebal kemudian tutup lapisan inti tadi dengan sekeping lagi biskut kraker. Sementara itu, Pukul telur sebentar kemudian celupkan biskut ke dalamnya. Biarkan selama lebih kurang 5 minit kemudian goreng dalam minyak yang penuh sehingga bewarna golden brown kemudaian angkat. Potong biskut menjadi bentuk segitiga.Bolehlah dihidangkan...

Sekian dulu titipan untuk kali ini. Semoga bertemu dilain masa...

bababiii...

Saturday, January 14, 2012

KARIPAP TELUR


Salam Sayang Semua...

Petang-petang macam ni pekene karipap dengan Teh O panas sedap eak, nak-nak KARIPAP TELUR perghhhhh... meleleh air liuq. Lama beno Cik Sakura tak buat karipap, dulu-dulu tu rajinlah jugak tapi sekarang ni dah malas sejak-sejak dah meningkat tua ni, maklumlah...

Takpe, hari ni Cik Sakura ada sedikit rajin dan rasa nak share pulak dengan kengkawan semua resepi KARIPAP TELUR yang diinspirasikan oleh KARIPAP TELUR Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Dulu ada sorang supplier stationery kat opis yang kenalkan dengan version KARIPAP TELUR ni, bila cik Sakura makan jer terus jatuh cinta. Tapi karipap dia ada rasa manis sikit sebab dia guna keledek sebagai inti yang Cik Sakuranya gunakan kentang sebagai inti so.. takder rasa manis sebab Cik Sakura suka yang cenggini.... pedas berapi

Jomlah kengkawan kita layan dulu gambar-gambar kat bawah yang sempat Cik Sakura amik guna handphone chokia ni. Resepinya ada kat bawah tu. Kalau nak resepi kenelah nengok sampai bawah nun...

Ini dia intinya, Cik Sakura guna kentang yang ditumis bersama dengan bawang, cili, rempah kari dan daging kisar. Telur adalah optional kalau nak boleh taknak pun boleh tapi bagi Cik Sakura telur adalah wajib, kan ker nama karipap ni KARIPAP TELUR confirmlah ada telur...

Mula-mula Canai kulit karipap dulu atas papan pencanai. Kemudian letakkan inti kentang bersama dengan telur yang telah dikerat kepada empat bahagian (macam gambar di atas), gunakan satu bahagian untuk sebijik karipap yeaaa. Cantumkan dan kelimlah tepi karipap mengikut citarasa anda samada manual ataupun auto...achehhhh macam kereta lah pulak

Susun cenggini supaya tidak melekat antara satu sama lain.. "eee gemok-gemok karipap ni macam tuan dia jugak.."hahahahhaha. Entahler, setiap kali bikin karipap tak pernahnya karipap Cik Sakura ni jadi kecik-kecik mesti gedebab-gedebab, tak tau kenapa dan dimana silapnya?



RESEPINYA dulu...

UNTUK INTI KARIPAP
3 biji telur direbus kemudian dikupas dan dipotong empat
3 biji kentang dipotong dadu
300g daging kisar
2 susu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
sebiji bawang besar potong dadu
Sebiji bawang putih diketuk
garam secukup rasa

Method (cakap inggeris konon)
Tumiskan bawang putih+bawang merah+cili+rempah kari hingga garing. Masukkan daging kisar dan kentang seta sedikit air. Masak hingga kentang empuk dan menjadi kering. Sesuaikan rasa masinnya kemudian sejukkan...

UNTUK KULIT KARIPAP

*** yang ni ada masalah sikit, sebab jak dari dulu lagi Cik Sakura belum dapat resepi yang betul-betul ngam. Setiap kali buat mesti tak pernah sama dengan yang sebelumnya, lagipun kulit karipap Cik Sakura ni bila panas-panas memang sedap dimakan tapi bila dah lama sikit contohnya 5-6 jam mesti jadi lembik. Kekadang tu teringin nak buat karipap yang bila sampai esok pagi masih stady jer kulitnya, ada sape-sape yang tau tak ajarkan Cik Sakura bolehhhh??? Bukannya lokek resepi ya, tapi kalau nak jugak resepi Cik Sakura ni, bolehhhh ajer...

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (agak-agak lau kurang tambah sikit) ditaruk garam sikit
minyak masak yang dipanaskan (yang ni pun agak-agak jugak)

Mula-mula ayak tepung kemudian curahkan dengan minyak panas. Gaulkan sampai jadi seakan serbuk roti. Pastu Curahkan air sedikit demi sedikit, bukannya apa takut doh jadi terlembik pulak. Uli doh hingga menjadi licin. Bentukkkan doh menjadi bulat-bulat kecil. Rehatkan doh kejap hingga berminyak pastu boleh canai.

Amacam, ada bran nak buat ker?.. Boleh lah try style Cik Sakura ni manalah tau kot-kot menjadi... air tangan orang ni berbeza-beza kekadang tu kita buat sama sebijik cam orang lain tapi jadinya berbeza yang penting masak kene IKHLAS barulah menjadi hasilnya...

dah dulu yea...

sampai jumpa lagi

babaiii..

Friday, January 13, 2012

NASI AYAM RAMPAI


Salam Sayang semua

Tengahari ni Cik Sakura nak buat NASI AYAM RAMPAI. Hidangan makan tengahari yang begitu simple jer. Kenapa Cik Sakura namakan nasi ni dengan nama NASI AYAM RAMPAI? sebab ulamnya Cik Sakura hiris macam bunga rampai. Haaaa..haaaa... dah takder idea lah tu...

Kekadang bila dah slalu sgt masak sampai dah kering idea... Tu yang kuar tajuk masakan merapu-rapu. Kekadang tu... macam tak kene jer dengan temanya.

Kisah hari ni sebenarnya ialah Cik Sakura nak menghabiskan stok lauk yang dah lama sangat duk dalam peti sejuk. Bila diamati hanya ini saje yang boleh dijadikan hidangan makan tengahari. Apa lagi, buat setakat yang ada ajer janji boleh makan. Nakker resepinya? takyah lah, sbb bahan tak cukup lain kali kita share eaaaa...

Thursday, January 12, 2012

KUIH CARA MANIS


Salam Sayang Semua...


Taraaaaaa... kalau semalam KUIH CARA PEDAS hari ini KUIH CARA MANIS. Bukannya apa, Cik Sakura nak menghabiskan stok tepung gandum yang telah dibuka paketnya. Kalau lama-lama nanti takut berkutulah pulak. Kebetulan Kuih cara ni senang dibuat dan tidak memerlukan masa yang lama. Ramuannya pun dah ada kat dapur, takyah susah-susah nak pegi kedai.

Jom lah, Cik Sakura ajar macam mana nak buat kuih cara ni. Sama jer macam kuih cara berlauk yang Cik Sakura buat semalam cuma bezanya semalam intinya pedas hari ini intinya manis... semanis wajah Cik Sakura ahak3...ahak3..ahak...


Ramuannya untuk Better
2 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
2 sudu makan minyak masak
**gula pasir untuk inti


Cara Menyediakannya
Satukan kesemua ramuan di atas melainkan gula kemudian blendkan
Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api kecil
kemudian sapukan dengan minyak masak
tuang adunan ke dalam acuan
taburkan gula pasir ke dalamnya
tutup acuan dengan tudung periuk
biarkan hingga masak
keluarkan kuih dari acuan apabila sudah masak
ulangi proses ini hingga selesai


Wednesday, January 11, 2012

CARA BERLAUK

Salam Sayang semua...

Tadi masa waktu lunch hour sempat Cik Sakura ke The Store Pandan cuci-cuci mata. Banyak betul barangan offer bersempena Chinese New Year yang tak lama lagi akan disambut oleh segelintir masyarakat berbangsa Tiong Hwa kat Malaysia ni. Cik Sakura mengambil peluang mencari keperluan barang dapur. Dalam pada window-window tu ternampaklah pulak Ramly Daging Kisar. Terdetik dalam hati "sedapnya kalau dapat makan KUIH CARA BERLAUK, lama betul Cik Sakura tak menikmati kuih tradisional ni.

Mulalah dah terbayang-bayang akan keenakkan KUIH CARA ni. Apa lagi, Cik Sakura pun belilah barang keperluan untuk membuat kuih ini. Dia antara ramuanya ialah:-

Untuk Better
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
2 cawan air
1 camt garam
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakannya
Campurkan kesemua ramuan di atas kemudian kacau rata dan pastikan better tidak bergentel. Sesuaikan rasa masinnya, ketepikan dulu...

UNTUK INTInya
200g daging kisar
1 sudu rempah kari dijadikan pes
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan cili giling ditumbuk
1/4" halia ditumbuk
1 tangkai cili merah dimayang
minyak masak
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumis kesemua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan daging kisar masak hingga kering. Taburkan dengan hirisan cili merah.

Panaskan minyak loyang pembakar. Sapu rata acuan loyang pembakar dengan minyak masak. Tuang better kedalam acuan loyang tersebut dan masukkan juga inti daging tadi ke dalamnya. Tutup acuan loyang pembakar dengan tudung periuk. Bakar dengan api perlahan hingga masak. Angkat dan hidangkan...








Sekian dulu bingkisan kali ini...

babai semua...