Pages

Sila Klick

Saturday, January 14, 2012

KARIPAP TELUR


Salam Sayang Semua...

Petang-petang macam ni pekene karipap dengan Teh O panas sedap eak, nak-nak KARIPAP TELUR perghhhhh... meleleh air liuq. Lama beno Cik Sakura tak buat karipap, dulu-dulu tu rajinlah jugak tapi sekarang ni dah malas sejak-sejak dah meningkat tua ni, maklumlah...

Takpe, hari ni Cik Sakura ada sedikit rajin dan rasa nak share pulak dengan kengkawan semua resepi KARIPAP TELUR yang diinspirasikan oleh KARIPAP TELUR Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Dulu ada sorang supplier stationery kat opis yang kenalkan dengan version KARIPAP TELUR ni, bila cik Sakura makan jer terus jatuh cinta. Tapi karipap dia ada rasa manis sikit sebab dia guna keledek sebagai inti yang Cik Sakuranya gunakan kentang sebagai inti so.. takder rasa manis sebab Cik Sakura suka yang cenggini.... pedas berapi

Jomlah kengkawan kita layan dulu gambar-gambar kat bawah yang sempat Cik Sakura amik guna handphone chokia ni. Resepinya ada kat bawah tu. Kalau nak resepi kenelah nengok sampai bawah nun...

Ini dia intinya, Cik Sakura guna kentang yang ditumis bersama dengan bawang, cili, rempah kari dan daging kisar. Telur adalah optional kalau nak boleh taknak pun boleh tapi bagi Cik Sakura telur adalah wajib, kan ker nama karipap ni KARIPAP TELUR confirmlah ada telur...

Mula-mula Canai kulit karipap dulu atas papan pencanai. Kemudian letakkan inti kentang bersama dengan telur yang telah dikerat kepada empat bahagian (macam gambar di atas), gunakan satu bahagian untuk sebijik karipap yeaaa. Cantumkan dan kelimlah tepi karipap mengikut citarasa anda samada manual ataupun auto...achehhhh macam kereta lah pulak

Susun cenggini supaya tidak melekat antara satu sama lain.. "eee gemok-gemok karipap ni macam tuan dia jugak.."hahahahhaha. Entahler, setiap kali bikin karipap tak pernahnya karipap Cik Sakura ni jadi kecik-kecik mesti gedebab-gedebab, tak tau kenapa dan dimana silapnya?



RESEPINYA dulu...

UNTUK INTI KARIPAP
3 biji telur direbus kemudian dikupas dan dipotong empat
3 biji kentang dipotong dadu
300g daging kisar
2 susu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
sebiji bawang besar potong dadu
Sebiji bawang putih diketuk
garam secukup rasa

Method (cakap inggeris konon)
Tumiskan bawang putih+bawang merah+cili+rempah kari hingga garing. Masukkan daging kisar dan kentang seta sedikit air. Masak hingga kentang empuk dan menjadi kering. Sesuaikan rasa masinnya kemudian sejukkan...

UNTUK KULIT KARIPAP

*** yang ni ada masalah sikit, sebab jak dari dulu lagi Cik Sakura belum dapat resepi yang betul-betul ngam. Setiap kali buat mesti tak pernah sama dengan yang sebelumnya, lagipun kulit karipap Cik Sakura ni bila panas-panas memang sedap dimakan tapi bila dah lama sikit contohnya 5-6 jam mesti jadi lembik. Kekadang tu teringin nak buat karipap yang bila sampai esok pagi masih stady jer kulitnya, ada sape-sape yang tau tak ajarkan Cik Sakura bolehhhh??? Bukannya lokek resepi ya, tapi kalau nak jugak resepi Cik Sakura ni, bolehhhh ajer...

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (agak-agak lau kurang tambah sikit) ditaruk garam sikit
minyak masak yang dipanaskan (yang ni pun agak-agak jugak)

Mula-mula ayak tepung kemudian curahkan dengan minyak panas. Gaulkan sampai jadi seakan serbuk roti. Pastu Curahkan air sedikit demi sedikit, bukannya apa takut doh jadi terlembik pulak. Uli doh hingga menjadi licin. Bentukkkan doh menjadi bulat-bulat kecil. Rehatkan doh kejap hingga berminyak pastu boleh canai.

Amacam, ada bran nak buat ker?.. Boleh lah try style Cik Sakura ni manalah tau kot-kot menjadi... air tangan orang ni berbeza-beza kekadang tu kita buat sama sebijik cam orang lain tapi jadinya berbeza yang penting masak kene IKHLAS barulah menjadi hasilnya...

dah dulu yea...

sampai jumpa lagi

babaiii..

No comments:

Post a Comment