Pages

Sila Klick

Saturday, December 10, 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Pagi ni Cik Sakura bangun awal walaupun hari sabtu tidak bekerja, agaknya sebab dah terbiasa bangun awal pagi. Selesai solat subuh baring jap atas katil tetiba terlena lagi. Sedar-sedar jer jam dah pukul 9.20 pagi terus jer Cik Sakura bangun. Semalam tekak Cik Sakura bengkak sebab kene tonsil tapi bangun pagi ni alhamdulilah dah kurang sikit sakit dan bengkaknya. Ermmmmm...nampaknya boleh teruskan aktiviti seperti yang dirancang minggu lepas. Jom kengkawan nengok Cik Sakura berkebuan... Agaknya pandai ke tak pandai.

Mestila pandai, kan ker Cik Sakura ni Super Women. Semua kerja bole dibuat asalkan "Nak seribu daya taknak seribu dalih" Sementara angin rajin masih bayak ni jomlah, jangan berlengah lagi. Ayuh kita ke lantai depan rumah...

sian pokok-pokok ni dah lama terabai...

memberi nafas baru....

Ini adalah koleksi pokok bunga Cik Sakura

Seronok jugak menghabiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti mengemas kawasan rumah. Ni baru jer bermula dengan kawasan depan dalam dan belakang rumah belum lagi. Walaupun penat tapi berbaloi. Sedap mata memandang bila nengok pokok pokok tu tersusun. Cantik jugak ea..

perhatikan dua gambar ini. Satu gambar adalah sebelum dikemas dan satu lagi setelah siap dikemas. Dari minggu lepas lagi Cik Sakura dah berangan nak mengemas kawasan tempat letak kereta ni. Tapi minggu lepas Cik Sakura demam dan terlantar atas katil jer. Kalau nak diikutkan hari ni pun masih demam lagi tapi mata Cik Sakura serabut nengok kawasan depan rumah ni tak terurus. Tu yang nak tak nak buat jugak hari ini. Treng teng teng...dah siap pun. Kan cantik tu bila rak kasut tersusun rapi dengan tiada sampah disekeliling kawasan. Bukannya apa kekadang tu tak sempatla lagi pulak bila sakit "M" datang melanda semua kerja tak jadi...


Inilah hidangan makan tengahari Cik Sakura, roti kosong dengan scremble eggs ditambah dengan Orenge Jus. Siap mengemas tadi pun dah lewat tu yang tak sempat nak prepare untuk menu makan tengahari. Kalau ikut plan asal hari ni nak masak Nasi Serai dengan Daging kerutup tapi apa kan daya tangan tak sampai. Jadi makan ni jer lah dulu. Menu berat nanti petang-petang sikit, ngeeeee... Jemput makan semua.

babaiii

No comments:

Post a Comment