Pages

Sila Klick

Tuesday, December 20, 2011

KUNJUNGAN KE JOHOL, NEGERI SEMBILAN

PERJALANAN PERGI


Salam Sayang Semua...

Cuaca yang sangat baik pagi ini. Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 8.30 pagi melewati lebuh raya utara selatan bermula dari Plaza Tol Yong Peng menuju ke exit Plaza Tol Simpang Ampat Negeri Sembilan seterusnya menuju ke Pekan Tampin dan terus ke daerah Johol lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan menaiki Perodua Viva kesayangan Cik Sakura.


Daerah atau luak Johol yang terletak di antara Tampin dan Kuala Pilah adalah meliputi kawasan Gemenceh, Gemas, Pasir Besar, Air Kuning, Kepis, Dangi, Selaru, Johol dan Palong. Daripada segi pentadbiran Luak Johol ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah, Tampin dan Jempol. Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan. Anak muda ramai yang telah berhijrah ke bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur. Info ini Cik Sakura perolehi dari hasil pencarian google di Wikipedia. Mari kita ikuti perjalanan Cik Sakura merentas bumi Johol ini:-

Suasana Kampung




Suasana kampung yang benar-benar kampung di mana ada sungai kat depan rumah. Panorama kawasan sekeliling yang sempat Cik Sakura potretkan. Lihat saje gambar rumah di atas, senibinanya mengikut ciri-ciri binaan minangkabau iaitu ciri-ciri rumah orang Nogori. Sayang seribu kali sayang rumah ini tidak lagi didiami oleh keluarga kakak ipar cik Sakura kerana kesemua adik beradik mereka telah berhijrah ke bandar setelah aruah bapa mereka meninggal dunia. Rumah pusaka ini hanya dikunjungi oleh mereka sesekali sahaja dalam setahun. Pengawasan rumah ini telah diberikan sepenuhnya kepada jiran sebelah ketika ketiadaan mereka semua.

Sayang seribu kali sayang rumah yang dahulunya berdiri kukuh kini semakin mereput di mamah anai-anai dek kerana tidak lagi dihuni. Dahulu, Cik Sakura pernah bertandang ke rumah ini sewaktu perkahwinan abang Cik Sakura di mana keadaannya begitu berbeza sekali dengan sekarang. Dahulu juga menyaksikan rumah ini berseri dengan gelak tawa adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga tetapi kini semua itu telah menjadi kenangan buat mereka semua.

Pastinya rumah ini menyimpan sejarah dan rahsianya yang tersendiri buat keluarga mereka. Mudah-mudahan satu hari nanti rumah ini akan kembali ceria seperti satu waktu dahulu. Apapun Cik Sakura sangat seronok berada di rumah usang ini.


Lauk Pauk hidangan makan tengahari
Masak Lomak Cili Padi
Asam pedas orang Nogori. Ermmmm ada jugak ea igatkan orang johor jer

sambal tempoyak

Tak sah rasanya kalau setiap entry Cik Sakura tidak bercerita tentang makanan dan masakan yang sudah sinonim dengan kehidupan Cik Sakura. Sewaktu kunjungan petang tadi, kami disajikan dengan hidangan makanan tengahari masakan orang Nogori iaitu "Masak Lomak Cili Padi" atau nama lainnya "Masak Lomak Kuning".

Penyediaan makanan ini yang menggunakan resepi asli orang Nogori memang sangat-sangat menyelerakan apatah lagi dimasak dengan air tangan orang Nogori Jugak. Perghhhh memang selera tengahari tadi Cik Sakura menjamah hidangan sampai 2 pinggan banyaknyer Cik sakura makan. Terima kasih kepada tuan rumah atas hidangan tadi.

AKSI KOPEK DURIAN




BUAH-BUAHAN TEMPATAN




POKOK-POKOK

Kepada sesiapa yang sudah terlupa atau belum pernah langsung melihat pokok buah-buahan di bawah ini, saksikanla ea. Semua gambar pokok buah-buahan ini Cik Sakura ambil masa kunjungan ke Johol petang tadi. Pokok buah-buahan ini hidup subur di sekeliling kawasan rumah aruah ayah kakak ipar Cik Sakura walaupun sudah tiada penghuninya.

Mudah-mudahan kepada sesiapa yang tidak pernah kenal dengan spesis pokok buah-buahan, gambar di bawah boleh memberi info yang sangat berharga.

Pokok Rambutan

Pokok Mata kucing

Pokok Manggis

PERJALANAN PULANG
Cuaca yang seakan tidak mahu bersahabat dengan Cik Sakura. Awan hitam memenuhi ruang langit menandakan yang sang hujan akan turun sebentar lagi. Sungguh benar bagai di kata, hujan turun dengan lebatnya petang tadi mengiringi perjalanan pulang Cik Sakura ke Johor. Keadaan Jalanraya yang licin menyebabkan perjalanan pulang menjadi lambat sedikit walau bagaimanapun "biar lambat asal selamat". Tepat jam 6.15 petang Cik Sakura selamat sampai di rumah syukur alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment