Pages

Sila Klick

Sunday, December 4, 2011

OMBAK RINDU DAN BESDAY AISAR

Salam Sayang Semua...

Semalam satu hari Cik Sakura tidak bole bangun akibat diserang demam dengan tiba-tiba. Syahdunya bila duk rumah sorang-sorang pastu sakitlah pulak. Rasa macam nak nangis ajer. Mujur ada Panadol Activefast dapatlah demam cik Sakura kebah. Tapi tak tahulah kenapa kebahnya sekejap jer. Kepala Cik Sakura rasa berat tekak pula rasa loya macam nak muntah, kenapa yek? Ya Allah sembuhkanlah penyakitku ini... Alhamdulilah, menjelang malam demam Cik Sakura pun baik. Maka bolelah senyum kembali. Malam ni Cik Sakura mendapat kunjungan dari Najwa sekeluarga. Siap bawakkan lagi makanan. Syukur, rezeki Allah.

Esoknya, yeahhhhh penyakitku sembuh. Banyak aktiviti tergendala semalam. Hari ini nak balas dendam. Jika diikutkan plan asalnya, hujung minggu ini sepatutnya Cik Sakura gunakan untuk mengemas "all out" rumah tapi disebabkan baru baik demam cik sakura tukar plan B pulak. Agak-agak apa? ermmmm nak pegi tengok wayang cite Ombak Rindu.

ni dia tiket wayang Ombak Rindu. Nengok kat Golden Screen Cinema Pelangi LeisureMall dengan Najwa. Perggggghhh citernya sedap sampai boleh buat Najwa menagis teresak-esak. Pergilah menonoton ye kengkawan, saksikan sendiri kehebatan dan kelemahan cite ini dari sudut pandangan anda sendiri nanti bole buat post mortem sedap ke tidak...

lepas abis menonton kami ke kedai kek kat Bandar Baru Uda beli kek untuk Aisar dan celebrate birthday Aisar kat Mcdonald Ulu Tiram...


Heppy Besday to you

Hari ini genaplah usia budak ni 3 tahun. Teringat masa dia masih dalam kandungan ibunya dulu. Nampak susah jugak nengok ibunya masa mengandungkan dia. Tapi bila budak ni lahir jer, masyaAllah manisnya muka dia tambahan pulak budak ni tak banyak kerenah. Kurang menangis dan senang dibela. Ermmmm tapi bila dah beso tak sangkalah pulak bayak cakap yeop.... bole tahan lasak, maklumlah budak lelaki kan. Dahle tu pelat lah pulak... manis jer bila dia panggil Cik Sakura "untie pija" satu kedai bole dengar suara dia..

Auntie Pija doakan Ahmad Aisar dipanjangkan usia, dilimpah ruahkan dengan rezeki yang halal, diberikan kesihatan dan kesejahteraan serta mampu menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. Selamat Hari Lahir Aisar, auntie pija sayang aisar tauuuu





No comments:

Post a Comment