Pages

Sila Klick

Sunday, December 18, 2011

CIK SAKURA BALIK KAMPUNG

Salam Sayang semua...

Semalam Cik Sakura balik ke kampung halaman. Ingatkan nak balik awal pagi tapi biasalah "janji sakura" biasanya meleset dekat jam 11.00 tgh barulah perjalanan pulang ke kampung bermula. Ingatkan nak pecut laju-laju biar cepat sampai tapi apalah malang semalam jalan jem dari tol skudai sampailah ke senai. Eeeee bosan betul lah. Dahle nak cepat jadi semakin lambatlah pulak. Rupa-rupanya ada kemalangan membabitkan lori membawa muatan kayu yang terbalik. Dalam pada kesesakan lalulintas semalam sempat jugak cik sakura mengambil gambar. Nengoklah kat atas tu kesesakan semalam.

Dekat pukul 1.30 barulah Cik Sakura tiba di kampung halaman. Sampai kat rumah jer terus ajak ayah dan bonda Cik Sakura pergi ke rumah jemputan kahwin kat Pekan Parit Yaani dan Tongkang Pecah. Alhamdulilah perjalanan lancar jer.


Ini ialah sebuah bas persiaran yang mencuri pandangan Cik Sakura Semalam. Nak tahu kenapa? Ngeeeee.... tak sangka si Aisar anak Najwa tu ada bas persiaran sendiri. Nampak tak? tertera nama AISAR KAT situ.


LAWATAN KE KG BATU PUTEH

Kebetulan masa balik kampung semalam musim buah-buahan sudah menjelma lagi. Ada pelbagai buah-buahan seperti durian, jambu bertih dan jambu air kat kampung, opssss tapi bukan kampung Cik Sakura ea... sebaliknya kampung tempat kakak Cik Sakura duduk dekat Batu Putih area batu pahat jugak. Dekat kawasan sekeliling rumah kakak Cik Sakura ni bayak betul tumbuhan herba dan sayur-sayuran kampung menghiasi lanskap tepi rumah chewahhha..nanti jika ada kesempatan Cik Sakura akan tunjukkan kat kengkawan semua. Sementara itu, nengokla dulu yang ni gambar-gambar yang sempat Cik Sakura potretkan semalam:-

jambu bertih

jambu air madu

abang Cik Sakura tengah kopek durian

kucing tido, katanya...

Durian Musang king

No comments:

Post a Comment