Salam Sayang Semua...
'Keropok Lekor' sinonim dengan negeri Terengganu Darul Iman. Berkesempatan berkunjung ke sana awal Januari tahun lalu pastinya dapat membangkitkan keinginan untuk mengetahui bagaimana Keropok Lekor dihasilkan. Tak banyak info yang diperolehi ketika kunjungan ke negeri penyu itu tetapi bekesempatan membeli ramuan utamanya iaitu 'Tepung Sagu' yang agak sukar didapati di negeri Johor.
Tanpa berlengah lagi marilah kita bersama-sama mempelajari teknik-teknik pembuatan keropok Lekor' hasil sentuhan air tangan Cik Sakura...
jomlah,
Yang Pertama....
Bersih dan asingkan ikan dengan tulangnya terlebih dahulu. Tumbukan isi ikan tadi dengan ketulan ais hingga hancur. Sukat kuantiti tepung dengan 1 cawan ikan = 1/2 cawan tepung sagu kemudian ulikan hingga adunan lembut dan licin. Ingat!!!!! jangan gunakan air ketika proses menguli.
Yang Kedua...
taburkan tepung sagu pada papan pencanai terlebih dahulu. ambil sedikit adunan tepung kemudian bentukkan adunan tepung (lekor) seperti gambar di bawah hingga adunan tidak melekat pada papan pencanai. Seksi gituw ea jadinya huhuhu
Yang ke tiga...
Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih. Rebuskan keropok lekor tadi hingga masak. untuk tips mengetahui sama ada ia sudah masak ialah keropok lekor akan timbul ke permukaan atas air rebusan.Kemudian anggkat dan toskan hingga kering.
Yang Terakhir Sekali...
Potong-potongkan kerepok lekor kemudian goreng hingga masak. Taraaaa... beginilah hasil 'keropok lekor' yang telah siap digoreng. Nikmatilah dengan sos pencicah kesukaan masing-masing. Boleh cuba resepi ini kerana ia sangat mudah.Untuk resepinya sila semak kat bawah ni:-
Ramuanya:-
Ikan Selayang
Tepung Sagu
Air batu
Garam
Ok kengkawan...nak cuba tak? mudah je, lepas ni takyah dah beli keropok lekor kat luar tu buat je sendiri kat umah...boleh guna isi ikan banyak sikit sebab lagi banyak ikan lagi sedap gitu...
babai semua....
No comments:
Post a Comment