Salam Sayang Semua
Inilah 'Pot Luck' pertamaku sepanjang sebulan berada di tempat baru iaitu ROJAK MANIS yang sangat populer di daerah Batu Pahat. Kalau di daerah Johor Bahru pula, ia dikenali sebagai ROJAK ASMA tetapi kalau di sebelah utara Semenanjung Malaysia ia juga dikenali sebagai PASEMBOR. Tidak kisahlah apapun namanya sesungguhnya Malaysia kaya dengan kepelbagaian variasi makanan yang semuanya enak-enak belaka.
Kepenatan memasak hilang seketika ketika handai taulan begitu berselera menikmati hidangan ini. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada kawan-kawan yang turut membantu menyediakan ramuan rojak bagi melengkapkan hidangan hari itu. Untuk Nurul Ain, HAPPY BIRTHDAY.
Diantara ramuan ROJAK MANIS ini ialah:-
Timun, Taugeh, Tauhu, Telur Rebus, Cucur tepung, Tempe, Kentang dan kuah rojaknya macam gambar kat bawah ni...
CARA MENYEDIAKAN CUCUR TEPUNG
Ramuanya ialah:- tepung, sedikit gula, garam, mauripan dan air panas.
Caranya:- bancuhkan air panas dengan gula dan garam. Kemudian satukan tepung dengan mauripan dan dikacau rata. Masukkan masukkan air bancuhan tadi dan gaul rata. Adunan tepung adalah seakan-akan adunan cucur bawang. Rehatkan adunan seketika hingga adunan menjadi naik dua kali ganda. Bentukan gorengan dengan senduk nasi kemudian goreng dalam minyak yang penuh. setelah warna keemasan, angkat dan biarkan sejuk.
Sebenarnya, keenakkan ROJAK MANIS bergantung kepada tekstur dan rasa kuah rojaknya. Resepi Cik Sakura dalam menyediakan kuah rojak mungkin dapat membantu kengkawan semua dalam menghasilkan kuah yang enak dan tidak muak dimakan. Apa tunggu lagi...jom kita semak resepinya dulu,
20 tangkai cili kering (digoreng)**boleh dikurangkan
2 cawan kacang tanah (digoreng dan dikisar)
1 biji bawang besar (digoreng)
1" belacan (digoreng @ dibakar)
3 biji kentang rebus (dikisar)
7-8 sudu mkn gula
Garam secukupnya
sedikit jintan manis
Air asam jawa
sedikit bijan (disangan)
CARA MENYEDIAKAN KUAH
Tumbuk lumat cili kering, bawang merah dan belacan. Campurkan dengan kacang tanah yang telah dikisar terlebih dahulu. Masukkan air, gula, jintan dan garam. Masak di atas api sederhana. Sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya. Untuk memkatkan kuah, masukkan kentang rebus yang telah dikisar tadi. Jika masih belum pekat bolehla ditambah dengan bancuhan tepung gandum. Masak hingga menjadi pekat. Akhir sekali untuk hiasan masukkan bijan.
Berhenti setakat ini dahulu. Semoga bertemu di lain masa dan ketika dengan pelbagai resepi berbeza citarasa Cik Sakura. Semoga perkongsian ilmu ini mampu membantu kita menambah koleksi resepi harian. Sampai jumpa lagi...
babai semua...
No comments:
Post a Comment