Salam Sayang semua...
Malam sudah mula melabuhkan tirainya. Perlahan-lahan kereta perodua Viva milik Cik Sakura bergerak menelusuri highway EDL petang tadi. Keadaan trafik mula sesak dengan pelbagai kenderaan yang masing-masing pastinyna mahu pulang ke rumah. Tersangkut pada kesesakan lalulintas begini sangatla membosankan apatah lagi masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar jam sudah mula menunjukkan pukul 7.30malam dan nampak gayanya termisslah drama rindu bertamu di Abu Dhabi hari ni. Seketika perut Cik Sakura berlagu kelaparan. Sempat jugak memikirkan apakah juadah yang bakal dihidangkan malam ini.
Malam ini menunya sangat ringkas iaitu MEE SEGERA ala Sakura. Janji perut kenyang sudah betul tak kengkawan? Ok, untuk resepinya:-
Mee Segera brand CINTAN
Bawang Besar dimayang*
Bawang putih jugak dimayang*
Cili padi sudah semestinya*
Pati Ayam Maggie*
Bunga kobis
baby jagung
sawi
telur
***kalau nak taruk ayam, udang, sotong pun boleh lagi sedap la gamaknya
Cara Menyediakannya:-
Rebus air di dalam kuali
masukan kesemua ramuan yang bertanda*
biarkan mendidih kejap
Pecahkan telur dan biarkan telur masak
Masukkan mee segera dan sayuran selebihnya
jangan masak terlalu lama nanti kembang
kalau kurang masin bole tambah garam
Angkat dan hidangkan
bolelah untuk mengalas perut hari ini.
dah dulu ya, Cik Sakura nak beradu
babai semua...
No comments:
Post a Comment