Pages

Sila Klick

Tuesday, January 10, 2012

SATAH oh SATAH

Salam Sayang Semua...

Apabila bercerita tentang Terengganu Darul Iman pastinya kita sudah terbayangkan tempat-tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Istana Maziah, Masjid Kristal dan Pulau Perhentian. Negeri Terengganu juga kaya dengan pelbagai menu Masakan yang mampu membuatkan perut kita terasa lapar seperti Laksam, Nasi Dagang, Laksa Terengganu dan banyak lagi.

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang satu menu di negeri Terengganu yang juga tidak kurang polpulernya khususnya di daerah Kemaman iaitu SATAH (orang Terengganu, betulker? maaf kalau info ni salah). Sebelum ini, cik Sakura pernah menitipkan entry tentang SATAH yang dibelikan oleh sahabat Cik Sakura yang berkunjung ke Mersing beberapa bulan lepas. Walau bagaimanapun hari ini Cik Sakura berpeluang menghasilkan sendiri SATAH ini dengan citarasa SAKURA iaitu pedas dan kurang manis...

SATAH yang diperbuat dari isi ikan dan pelbagai lagi ramuan lain sangat sedap di makan dan juga merupakan makanan feberet Cik Sakura. Penghasilanya tidaklah susah cuma memerlukan sedikit kesabaran dan kepakaran. Mana tidaknya bermula dari proses pengasingan isi ikan dengan tulangnya hingga kerja-kerja mencari daun pisang yang agak sukar diperolehi di bandar besar seperti JOHOR BAHRU serta proses pembakaran, sudah cukup untuk menduga kesabaran...

Mari kita ikuti kisah pembuatan SATAH ini selanjutnya:-


Isi ikan yang dicampurkan dengan remuan lain seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, halia dan kelapa parut digaul sebati sehingga menjadi kental seperti gambar di atas





SATAH yang telah siap dibungkus dengan daun pisang yang dicucuk dengan lidi akan melalui proses pembakaran selam lebih kurang 15 minit. Cik Sakura guna oven jerrrr ahak3

taraaaa... inilah SATAH yang Cik Sakura buat tadi sudah ready untuk dimakan

amacam kengkawan, bila nak buat?
Apa? nak resepinya?
bolehhhh


500g Isi ikan (Cik Sakura guna ikan Selayang)
1/2 bijik Kelapa parut (kalau dapat yang muda)
Sebijik Bawang Besar ditumbuk
3 bijik Bawang Putih ditumbuk
Segenggam Cili Padi (cik Sakura suka pedas)
1" Halia ditumbuk
Gula dan Garam secukupnya

Cara Menyediakanya
Asingkan isi ikan dengan tulang kemudian campurkan dengan ramuan yang ditumbuk dan kelapa parut lalu digaul hingga sebati. Lapkan daun pisang kemudian bentukkan seperti kun. Masukkan isi ikan ke dalamnya dengan potongan cili padi. Bungkus rapat kemudian cucuk dengan batang lidi. Bakar hingga masak selama lebih kurang 15 minit.
boleh dihidangkan.

ok...

selamat mencuba

3 comments: