Pages

Sila Klick

Friday, October 28, 2011

PAIS IKAN

Salam Sayang Semua....

Baru sebentar tadi Cik Sakura mendapat panggilan telefon daripada bonda kesayangan Pn Siti Hendon yang bertanyakan khabar Cik Sakura. Rindu agaknya dia pada anak daranya yang dah lama tidak pulang ke kampung halaman. Cik Sakura bukan tak nak balik kampung, cuma cuti Deepavali tahun ini jatuh pada hari rabu yang mana hanya satu hari sahaja. Lagi pula minggu depan dah nak raya haji jadi Cik Sakura lebih memilih untuk menyambung cuti masa adiladha nanti. Sempat jugak Cik Sakura bertanyakan menu apa yang dimasak oleh bonda hari ini. Mak cakap dia masak PAIS IKAN. Ermmmmm...teringin nak rasa air tangan mak, apakandaya duduk diperantauan macam ni lah. Sebenonya, Mak telah mencetuskan idea untuk Cik Sakura memaski PAIS IKAN hari ini. Kebetulan semua ramuan ada kat dapur, apa lagi jom kita jengah dapur sakura....




Untuk mendapatkan tekture Pais Ikan yang menarik dan berbau wangi apabila siap dimasak adalah bergantung kepada pemilihan ikan yang segar a.k.a baru naik dari laut. Sebagai tips untuk memilih ikan pastikan insang ikan masih belum berwarna merah kelebaman dan mata ikan juga tidak merah. Basuh dan bersihkan isi perut ikan kemudian toskan airnya.


Ini adalah sambal (pais) yang diperbuat daripada (cili kering + bawang merah + bawang putih + serai + air asam jawa + halia + kunyit + Garam) dan ditumis hingga garing. Ada jugak dikalangan orang yang suka mencapurkan sambal ini dengan kelapa parut untuk menambahkan lagi rasa lemak pada isi ikan. Walaubagaimanapun, untuk edisi kali ini Cik Sakura lebih gemar tidak menggunakan kelapa parut. Terpulanglah pada selera masing-masing sama ada suka atau tidak. Apapun ikutlah selera anda ea...


Potong aluminium foil mengikut saiz ikan. Untuk mendapatkan rasa tradisional pada isi dan bau ikan boleh juga dilapiskan dengan daun pisang. Letakkan ikan ditengah-tengah kemudian curahkan dengan sambal (pais) ke atasnya seperti dalam gambar di sebelah.



Balut ikan dalam aluminium foil tadi dengan kemas. Pastikan balutan tidak bocor kerana apabila proses pembakaran berlaku, sambal (pais) tidak akan menitiskan sebarang minyak di dalam oven dan sekaligus kebersihan oven adalah terjamin dan tak payahlah kita bersusah payah membersihkan kesan minyak di dalam oven.


bakar di dalam oven dengan suhu sederhana mengikut kesesuaian oven masing-masing lebih kurang 180c selama 15minit. Jika ikan masih belum masak lagi tambah sedikit masa lagi sehingga ikan benar-benar masak. Tengoklah oven Cik Sakura ni, kecik ajer. Oklah tu, asalkan bole membako dengan sempurna pun dah cukup bagus.



Inilah hasilnya Pais Ikan resepi Cik Sakura. Resepi kali ini pun sangat sehat untuk dimakan dimana ikan dibakar di dalam oven dengan menggunakan aluminium foil bagi mengelakan asap melekat pada makanan. Sian ikan tu kene bako sampai terbeliak mata dia kan?

Perutpun sudah berkeroncong. Apa lagi sudah tiba masa untuk menikmati hidangan ini. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba...

babaiiiiii




No comments:

Post a Comment