Pages

Sila Klick

Sunday, October 30, 2011

POPIA VIETNAM


Salam sayang semua...


Petang-petang macam ni makan apa agaknya yang sedap. Memangler perut tu masih kenyang, tapi mulut ni terasa nak mengunyah. Masih tercari-cari apakah gerangan untukminum petang....adeyyyy

"Haaaa...tetiba terfikir nak buat Popiah Ala Vietnam. Sedap woooo, resepi dari Fadhilah dia copy masa kunjungannya ke negara komunis tu. Lagipun boleh buat lebey sikit sebab popia tu boleh difrozenkan. Ermmmm, kira jadilah ek menu ini.

Apa tunggu lagi, dapur pun dah memangil-mangil. Jom kita terus ke dapur Sakura untuk beraksi...

Mulakan dulu lah dengan resepinya:-
  • 500g Daging kisar
  • 300g Udang (dipotong dadu)
  • 1 batang carrot dipotong dadu)
  • sebiji Bawang holland (dipotong dadu)
  • 200g Cendawan itam (rendam dan potong dadu)
  • 300g Cendawan Shitake (rendam dan potong dadu)
  • 100g Soo hoon (direndam)
  • 3 tangkai daun bawang (dimayang)
  • 3 sudu teh Lada hitam
  • Kulit Popia
  • Garam secukup rasa
Resepi ni Cik Sakura dah ubah mengikut citarasa sendiri. Kalau ikut resepi asalnya segala ramuan tidak perlu disangan. Segalanya dicampur mentah-mentah kemudian dibalut terus dengan kulitnya. Menurut kata Fadhilah, orang vietnam makan popia mentah-mentah tanpa digoreng dan sebab itulah orang Vietnam kurus-kurus. Kulit Popiah Vietnam juga berbeza dengan kulit popiah Malaysia. Sayang, Cik Sakura tidak sempat mempotret kulit sebenar popia kerana telah dibaham habis oleh si Fadhilah.

Kita terus dengan langkah pembuatannya:-


Untuk Inti Popia
  • Keringkan daging kisar dalam kuali tanpa minyak
  • Masukkan Udan
  • Masukkan sayuran lain dan kanacau rata
  • Masukkan lada hitam dan garam
  • Masukkan soo hoon dan bawang
  • kacau sebentar dan angkat
  • Gulung inti dalam kulit Popia
  • Pastu dah boleh goreng
  • hidangkan

**macam biasalah, gambar-gambar dibawah tu






















No comments:

Post a Comment