Pages

Sila Klick

Friday, October 28, 2011

BUBUR OAT

Sejak kebelakangan ini, di kalangan kawan-kawan satu opis dengan Cik Sakura sedang hangat (bahkan lebih hangat dari biasa) memperkatakan tentang keinginan mereka untuk menurunkan berat badan. Pelbagai cara telah mereka lakukan ada diantaranya yang berpuasa, makan jamu, makan fito fiber dan bayak lagi cara lain yang kesemuanya menemui jalah HAMPA. Tak kurang juga yang mengambil jalan pintas dengan memakan pil diet yang pada mulanya membuahkan hasil tetapi tidak bertahan lama selepas berhenti mengambil pil diet tersebet.

Dalam pada keghairahan menurunkan berat badan ada yang mencadangkan kami memakan oat bagi menggatikan nasi selain kita juga dapat menjaga JANTUNG kita. Umum kita sedia maklum bahawa, untuk menjaga jantung kita hanya perlu makan 70g oat setiap hari. Persoalannya, menu penyediaan oat adalah terhad kerana rata-rata dari mereka tidak bole memakan oat dengan susu kerana tekak mereka "kembang" bila memakan campuran tersebut.

Jadi, Cik Sakura mencadangkan mereka menukar gaya penyediaan oat dari menggunakan susu kepada penyediaan BUBUR OAT. Selain enak dimakan ia juga mudah dihidangkan tanpa perlu menumis dan boleh dimasak dengan menggunakan "rice cooker" sahaja. Yang paling best sekali adalah, boleh dimasak waktu opis hour. Apa tunggu lagi...


Ramuannya
3 ulas Bawang Merah
2 ulas bawang putih
sedikit Ikan bilis mengikut kesesuain
5 tangkai Cili padi, kalau nak pedas tambah lagi
(boleh juga ditukar dengan Black Papper)

(Tumbuk lumat kesemua bahan di atas)



Sayur Bayam


Carrot dipotong dadu


Mr Oat




SERBA SEDIKIT LANGKAH PENYEDIAAN


Rebus air dalam rice cooker hingga mendidih, kemudian masukkan ramuan yang ditumbuk seperti bawang merah + bawang putih + Ikan Bilis dan Cili ke dalam air rebusan tadi.Tutup dan biarkan sekitika hingga mendidih sekali lagi. Masukkan carrot kemudian tutup semula.



Masukkan daun bayam ke dalam air rebusan tadi dan kacau perlahan. Jangan biarkan terlalu lama kerana daun bayam mudah menjadi layu. pada tahap ini, elakkan dari menutup periuk dan biarkan sahaja beberapa ketika...




Kemudian, masukkan oat ke dalam periuk sedikit demi sedikit. Jangan masukkan oat sekaligus untuk mengelakkan dari terpekat kerana keperluan kandungan oat dalam hidangan ini bergantung kepada jumlah air (kuah). Sesuaikan rasa masin pada bubur oat ini.




Bubur Oat yang sudah masak telah ready untuk dimakan. Nikmati makanan ini ketika ia masih panas lagi, barulah kickkkk.. Selain dari mudah dihidangkan menu Cik sakura yang diberi ilham dari Cik Fadhilah ni sangat berkhasiat dan mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan kita. Dah dulu eaa kengkawan, sampai jumpa lagi

babai....

No comments:

Post a Comment