Pages

Sila Klick

Thursday, October 6, 2011

UDANG GORENG KUNYIT

Cuaca petang ni agak sedikit redup. Di dada langit kelihatan awan hitam sedang memenuhi ruang sementara sang matahari sudah mula perlahan-lahan hilang dari pandangan. Apakah maknanya semua ini? Owhhhh...hari nak ujah da...

Boring jugak rupanya duduk rumah sorang-sorang dah rasa bagai nak gila. Macam rasa nak kelua rumah pun ada, tapi nak gi mana, nak g rumah saper? Ada xder duduk rumah mengadap TV jer lah petang ni. Tetiba Perut ni berkeroncong lah pulak. Rasa macam lapar jek dan teringin lah pulak nak makan udang. Jomlah kita ke dapur masak udang...

Sedap jugak ek

Ni antara bahab2 untuk menyediakan udang goreng kunyit. Alamak lupalah pulak masukkan gambar cik kunyit. Jangan lupa bubuh yek kengkawan....


Ni dia udang Galah yang sudah dibersihkan dan dipotong misainya. Lumurkan udang dengan garam dan kunyit idup yg telah ditumbuk hancur terlebih dahulu


Pastu goreng dalam kuali dengan sedikit minyak (tp jgn sikit sangat dan jgn byk sangat)


Kemudian, masukkan bawang holand yang telah dipotong bersama dengan Cili padi yang telah diketuk tadi. Tumis sekita sampai bawang layu...


Taraaaaaaaaaaaa.....dah siappun. Boleh lah dihidang

Selamat Menjamu selera

No comments:

Post a Comment