Pages

Sila Klick

Friday, October 28, 2011

PUCUK UBI REBUS DENGAN AIR ASAM

Salam Sayang semua...

Seminggu telah berlalu, Aidiladha telah meninggalkan kita. Jauh di sudut hati terfikir "apakah agaknya pengorbanan yang dilakukan bagi tahun hijrah kali ini". Mudah-mudahan semuaya diredhai oleh Allah swt. Bagi Cik Sakura pula, pengorbanan tahun ini begitu besar sekali maknanya walaupun bukan lembu atau kambing yang dikorbankan.

Tahun ini, ramai jugak orang kat kampung Cik Sakura yang melakukan ibadah korban. Ada lebih kurang 7 ekor lembu semuanya. Alhamdulilah, rezeki daging lembu tahun ini agak lumayan. Pagi petang siang malam asyik dengan hidangan berasaskan daging lembu. Sampai dah rasa jemu lah jugak. Meh lorrrr kita bertukar selera...



Inilah dia hidagan yang Cik Sakura cakapkan tadi. PUCUK UBI REBUS DENGAN AIR ASAM. Sedap, terangkat betul kuah air asam ni.Biasanya orang buat Air Asam degan mencampurkan Air Asam jawa, Cili potong, bawang potong. Tapi resepi Cik Sakura berbeza sedikit. Meh lorrr nengok, kot la...berkenan

Ramuannya

Bawang Goreng
Cili Padi digoreng jugak
Belacan dibako
Asam jawa extra
Limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air

**Kisar kesemua bahan di atas melainkan limau nipis
kemudian masukkan perahkan air limau nipis ke dalam adunan tadi
sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya.
siap untuk dihidangkan.


Try ea..

babaiiii




No comments:

Post a Comment