Pages

Sila Klick

Tuesday, July 17, 2012

KABSA @ NASI MANDHI


Salam Sayang Semua...

yihaaaaaa... lama kan Cik Sakura tidak menitipkan resepi untuk dikongsi bersama. ahaaaaa, hari ini Cik Sakura sangat berbesar hati untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang budiman. Resepi dari negara timur tengah masih mencuri hati Cik Sakura sejak kebelakangan ini, justeru hari ini Cik Sakura ingin mempersembahkan kepada anda KABSA atau lebih dikenali dengan panggilan Nasi Mandhi atau Nasi Arab di kalangan orang Malaysia.

KABSA adalah istilah dari bahasa Arab yang membawa maksud sejenis makanan yang berasaskan nasi dimasak bersama daging atau ayam dan dihidang bersama sos salatha. Makanan ini boleh dianggap sebagai makanan utama orang arab selain dari roti naan. Penyediaan KABSA sedikit berbeza mengikut citarasa kebanyakan negara-negara arab yang lain malah di Kuwait, Qatar, UAE dan Bahrin KABSA juga dikenali sebagai MACHBUS. Namun begitu, rempah ratus untuk menyediakan KABSA ini tidak banyak berbeza. Untuk kali ini, Cik Sakura memilih  untuk mempromosikan resepi KABSA dari negara Arab YAMAN. Yuk tohh, kita ke dapur sakura melihat sendiri bagaimana KABSA ini dihasilkan...



lihat di atas kengkawan, tomato, bawang besar, bawang putih dan halia dipotong dadu dan memanjang. Kat dalam pinggan kecil tu pulak kayu manis, bunga lawang buah pelaga, cengkih, serbuk jintan manis, ketumbar, sebuk kunyit, lada hitam dan rempah asli kabsa yang dibeli dari negara arab.
semua ramuan di atas hendaklah ditumis terlebih dahulu


mula-mula panaskan minyak sapi dalam kuali. Kemudian tumis dulu bawang besar, bawang putih, halia dan tomato hingga kekuningan. Arghhhhhh harum betul baunya....cehhhh


kemudian masukkan rempah dalam pingga kecil yang di atas tu. Tumis lagi hingga warana keperangan. Wahhhhh, masa ni baunya sudah ada bau arab daaaa...


lepas tu barulah masukkan en ayam. Kacau rata kecap yek


pastu barulah masukkan air. Masaklah hingga isi daging ayam menjadi separuh masak dan jangan lupa masukkan garam yek...


 keluarkan daging ayam tadi. Air rebusan jangan dibuang sebaliknya digunakan untuk memasak nasiknya nanti.


letakkan ayam pada kepingan alumunium foil. Sapukan daging ayam dengan perahan air lemon dan griskan dengan madu...


panggang kejap dalam oven lebih kurang 15 minit. Kalau takde oven guna toster macam Cik Sakura.....pun bolehhhh.


sementara itu....


gunakan beras moghul Faiza basmati untuk menyediakan nasiknya


rendamkan dua cawan beras selama lebih kurang 20 minit. Toskan airnya dan bilas sekali lagi. Masukkan ke dalam rice cooker. Sukat air mengikut kadar 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air. Ting tongggggg...Jagan lupa yek gunakan air rebusan ayam tadi....


tanaklah sehingga nasi masak. Untuk info, jangan sesekali membuka periuk sewaktu proses memasak  berlangsung bagi tujuan nasik masak dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. ini petua tau...


sementara itu jugak...


sediakan bahan bagi membuat salatha seperti bawang besar, tomato, cili merah, perahan lemon dan daun ketumbar. kalau nak pedas lagi gunakanlah cili padi, barulah umphhh...


mayang kesumua ramuan diatas kecuali daun ketumbar . campurkan dengan perahan lemon dan sedikit gula kemudian blend dengan menggunakan food prosessor yek bukan blender tau.


tuang ke dalam manggkuk, haaaa.... masa ni barulah masukkan potongan daun ketumbar. sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya. hidang bersama dengan nasik dan ayam tadi macam gambar kat  bawah ni....

taraaaaaa...dah siappun hiddangan lengkap KABSA ni


kami nikmati KABSA ini berdua sahaja. Sebenarnya hari ini merupakan birthday seorang insan yang pernah hadir di dalam hidup Cik Sakura. Walaupun dia sudah jauh meninggalkan Cik Sakura namun hari lahirnya masih tetap Cik Sakura ingati. Sebagai tanda ingatan terhadapnya hari ini Cik Sakura turun ke dapur untuk menyediakan menu ini. HAPPY BIRTHDAY "N" semoga Allah merahmatimu dunia dan akhirat, amin ya rabbal alamin...

Ok...mood sedey sudah habisssss, kembali kepada mood asal. "barang yang lepas jangan dikenang"... biarkan dia pergi jauh-jauh sejauh mata memandang. Kepada kengkawan semua selamat mencuba...

babai semuaa...

daaaaa...



3 comments:

  1. Pandainya masak. Saya pernah makan sekali je masa buat umrah dulu. Sedap...

    ReplyDelete
  2. Xdela pandai sgt...sy pun masih blaja. Samala sy pun mkn ms buat umrah dulu. Sedapkan?

    ReplyDelete