Pages

Sila Klick

Friday, June 29, 2012

Tuesday, June 26, 2012

BROOCH REKAAN TERKINI CIK SAKURA



Salam Sayang Semua....

Masih ingat tak lagi dengan entry Cik Sakura tentang BROOCH kain. haaaaa... sekarang ni Cik Sakura nak sambung cerita tentang hobi baru yang secara tak langsung mampu memberikan peluang perniagaan bagi menjana pendapatan kepada Cik Sakura menjelang hari raya nanti.

Sekarang ni, brooch rekaan Cik Sakura telah mendapat sentuhan terbaru melalui rekaannya. Edisi kali ini Cik Sakura menggunakan elemen manik dalam menata rias penampilan berbanding dengan  rekaan sebelumnya. Harga yang ditawarkan juga masih murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja iaitu RM5.oo bagi setiap brooch.

Jom kita layan dulu gambar  rekaan terkini brooch  Cik Sakura yang mendapat sambutan di kalangan pembelinya. Untuk tempahan boleh terus hubungi Cik Sakura ya...












Monday, June 18, 2012

ASAM PEDAS IKAN DURI RESEPI ARWAH TOKMOK




Salam sayang semua....

Asam Pedas adalah menu masakan yang terkenal di negeri Johor. Pelbagai teknik dan cara digunakan bagi menambahkan keenakkan rasa Asam Pedas mengikut citarasa masing-masing. Ada diantara mereka menambahkan lada hitam, sawi jeruk, daun berbuas dan macam-macam lagi bahan tambahan bagi menambah rasa "kick" pada asam pedas mereka.

Baru-baru ini, sahabat Cik Sakura Maslinda Yahaya telah menghasilkan Asam Pedas Ikan Duri yang agak berbeza dari sediakala. Asam Pedasnya kali ini dicampur dengan daun kari bagi membuang rasa hanyir pada ikan tersebut. Menurutnya, ini adalah resepi adaptasi dari arwah Bondanya HAJAH ZALEHA.

Ternyata, enak sungguh resepi ciptaan aruah TOKMOK ni sehingga mampu membuat Cik Sakura terpesona dengan keharuman bau daun kari yang sekaligus dapat membangkitkan selera. Bonda mertuanya juga tidak henti-henti memuji masakan Maslinda hari itu, katanya "enak Asam Pedas ni"...

Dikesempatan lain, sempat jugak Cik Sakura menyediakan menu yang sama dengan menggunakan resepi yang sama dan daun kari dari pokok yang sama agar rasanya jugak sama nanti. Cuma bezanya, air tangan kami yang tak sama... harap-harap menjadi lah yek...

Jom, kita ke dapur Sakura berkongsi resepi ni...



resepi Asam Pedas Cik akura macam biasalah bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili kering diblend sampai hancur. Lepas tu tumiskan bersama dengan serai yang dititek hingga garing. haa... jangan lupa kene masukkan daun kari masa menumis tadi. Kemudian masukkan ikan dan kacau rata beberapa minit selepas tu baru masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasa masam dan masinnya. kemudian bolehlah dihidangkan...


alhamdulilah, menjadik ko. Aroma daun kari rupanya mampu menghilangkan rasa hanyir pada ikan. Tak sangkalah pulak matching rupanya daun kari ngan asam pedas ni yek. Untuk pembaca semua, bolehlah cuba resepi ni..

sekian dulu untuk kali ini

babaiiii semua...

Monday, June 11, 2012

MEE CELUP


Salam sayang semua...

Program Jelajah makan Cik Sakura diteruskan lagi. Kali ini Cik Sakura mencuba menu masakan negara Thai yang lebih populer di kawasan Selatanya. Menunya ialah MEE CELUP. Macam mana dia dihasilkan tidaklah diketahui oleh Cik Sakura tetapi insyallah, jika ada masa dan kesempatan satu hari nanti Cik Sakura akan belajar dan pastinya resepi akan dikongsikan bersama dengan pembaca semua. Kepada NAJWA HARUN terima kasih banyak-bayak yek sebab belanja Cik Sakura makan kat sini.

Untuk kali ini, kita layan dulu gambar-gambar di bawah:-


Isi kandungan MEE CELUP ni adalah mee hoon, daging, kangkung dan taugeh. Kuahnya pula adalah sop dari air rebusan daging yang sedikit masam kemudian dicampurkan dengan rempah rahsia diaorang. Apa yang Cik Sakura dapat lihat ialah ada kacang tanah dan hirasan lada di dalamnya.

Untuk Cik Sakura, isinya Cik Sakura order lebih. Maklumlah nak makan yang betul-betul spesel, barulah ummmmppph.


Yang ni plak, AIR TEH O LAICI KURANG MANIS.... kegemaran Cik Sakura. Terbaekkkk. Pekena panas-panas lagi sedap beb.

ok..dahhhhh

babaiii semua

Monday, June 4, 2012

LEMPENG GETAH CICAH KARI SARDEN

Salam Sayang Semua...

Salam penuh kerinduan untuk pembaca setia SBL yang dikasihi. Minggu ini Cik Sakura masih lagi meneruskan ibadah puasa bersempena bulan REJAB. Sudah pasti, pelbagai menu masakan yang bermain-main di minda Cik Sakura untuk dijadikan santapan berbuka puasa.

Untuk hari ini, menunya ialah LEMPENG GETAH CICAH KARI SARDIN permintaan dari adik Cik Sakura yang katanya akan berbuka puasa bersama-sama dengan Cik Sakura petang ini. Kebiasaanya kalau hidangan LEMPENG ni, dia boleh makan sampai 5-6 keping seorang. Kita tengok hari ini berapa keping yang dia boleh telan...

Penyediaan LEMPENG GETAH tidaklah susah manapun, cuma ia memerlukan sedikit kesabaran semasa kita menggorengnya kerana api perlu kecil bagi memastikan lempeng kita tidak hangus. Sudah tentu jika menggunakan api yang kecil proses penggorengan akan mengambil masa yang agak lama. Untuk tips supaya lempeng cepat masak ialah tutupkan kuali ketika menggoreng lempeng, jadi lempeng akan cepat masak. Kalau tak percaya cubalah sendiri dan anda akan dapat hasilnya nanti...

Mari kita semak resepi LEMPENG GETAH air tangan Cik Sakura ini. Sebelum tu, mungkin kengkawan semua berasa pelik kenapa LEMPENG ini dipanggil LEMPENG GETAH? Sebenarna ayah Cik Sakuralah yang gelarkan LEMPENG ini dengan nama LEMPENG GETAH bagi membezakan dengan LEMPENG-LEMPENG yang lain seperti LEMPENG KELAPA, LEMPENG SAGU dan sebagainya.



Ramuan untuk LEMPENG GETAH

2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air (kalau pekat tambah lagi)
1camt garam
2camb minyak masak

Cara Menyediakannya:-
Satukan kesemua ramuan di atas
kacau hingga tidak bergentel
panaskan kuali yang tidak melekat
gunakan senduk bulat untuk menyukat batter
masukkan 2 senduk besar ke dalam kuali
canai dengan belakang senduk hingga menjadi sedikit tebal
tutup kuali sekejap kemudian terbalikkan lempeng
goreng jangan sampai angus macam gambo kat atas tu
ulangi proses ini hingga selesai



Untuk menyediakan Kari Sardin jugak tidaklah susah mana. Cuma bila terpandang sardin jer, mulalah Cik Sakura terkenang kepada keluarga aruah Cikgu Majid bapa Azihan sahabat Cik Sakura. Masakan sardin diberi jolokkan nama "SAADIAH" bagi keluarga mereka. Tatkala menu sardin menjadi hidangan pastinya aruah akan berkata "ermmmmm masak "SAADIAH" hari ini. Kelucuan aruah sentiasa bermain di ingatan Cik Sakura walau aruah sudah tiada. Terkadang Cik Sakura rindukan panggilan "ANAK GEMUK AYAH" jolokkan untuk Cik Sakura setiap kali datang berkunjung ke rumahnya. Semoga roh aruah dicucuri rahmat...

1 tin sardin cap ayam (mackeral)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1" halia
sebatang serai dititik
3 sudu makan serbuk kari
sebijik kelapa dijadikan santan
2 biji ubi kentang
rempah penumis
sebatang serai
daun kari
garam secukupnya

Cara Menyediakannya:-
Blendkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga hancur. Panaskan minyak kemudian tumis ramuan tadi bersama dengan rempah penumis dan serai yang telah dittitek tadi hingga garing.
Masukkan serbuk kari kemudian tumis lagi bersama dengan daun kari
apabila sudah pecah minyak masukkan santan dan ubi kentang.
kemudian masukkan sardin dan sesuaikan rasa masinya.
pastikan ubi kentang empuk ya kengkawan
bolehlah dihidang...


hrgggghhhh..kenyang kami dua bradik menikmati hidangan Lempeng Cicah Kari Sardin ni. Suhaimi cuma makan 3 keping sahaja. lepas tu dia sambung dengan nasik pulak..

Selamat mencuba...

babai semua...

NASI LEMAK SAMBAL UDANG

Salam Sayang Semua...

bertemu sekali lagi dalam perkongsian resepi untuk berbuka puasa. alhamdulilah sudah 7 hari Cik Sakura melatih diri untuk berpuasa dan syukur jugak kepadaNya kerana memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah puasa di bulan Rejab ini "Allahhumma Yassir Walatuassir"...

Puas memikirkan menu apa yang bakal dimasak untuk juadah berbuka puasa hari ini dan akhirnya Cik Sakura membuat keputusan untuk menyediakan NASI LEMAK SAMBAL UDANG. Kebetulan ada beberapa tetamu yang dijangka akan berbuka puasa bersama-sama Cik Sakura petang ini. Telur pindang jugak telah tersedia bagi melengkapkan menu NASIK LEMAK malam ini.

Jomlah kita semak resepinya dulu:-

NASI LEMAK dengan beras Cik Sakura(Thai King)

  • 2 cawan beras dibasuh terlebih
  • 3 cawan santan (cawan yang sama untuk menyukat beras tadi)
  • 1/2" halia diketuk
  • 1camt halba
  • garam Secukup rasa

**Satukan kesemua ramuan di atas. Masak nasi dalam ricecooker. Sebelum santan kering gaul kejap kemudian biarkan hingga nasi masak.

SAMBAL UDANG


  • 500g udang basah
  • 30 tangkai Cili Kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sebijik bawang besar dimayang
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakannya

Basuh dan bersihkan udang kemudian toskan airnya. Kisar hingga halus cili kering + bawang merah + bawang putih kemudian tumiskan bersama bawang besar yang dimayang tadi hingga garing dan pecah minyak. Masukkan udang tadi kemudian kacau kejap dengan menambahkan sedikit air

Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak hingga sambal menjadi pekat dan naik minyak. bolehlah dihidang bersama dengan nasik tadi...


beginilah rupa sambal udang Cik Sakura


boleh jugak dihidang bersama telur pindang dan hirisan timun

Selamat menjamu selera dan
selamat berbuka puasa

babaiiiii