Pages

Sila Klick

Thursday, December 29, 2011

MAKARONI AIRMATA

Salam Sayang Semua....

Salam Malam jumaat yang barokahhh, aminnnn. Menu apa makan mlam hari ini? Cik Sakura sudah selesai menikmati hidangan makan malam. Alhamdulilah, rezeki Allah dapat kami 3 sekawan menikmati hidangan makan malam ala inggeris campur melayu...cheeeewahhhh

Gambar kat atas tu sebenarnya adalah hidangan makan malam kami sebentar tadi. Asalnya Cik Sakura nak buat Martabak Makaroni tapi entah macam mana martabak yang dibuat jadi hancur seperti air mata yang berderai akibat kesilapan teknik semasa menterbalikkannya ketika proses menggoreng. Bukan setakat itu sahaja, ketika Martabak ini disajikan kedua-dua orang housemate Cik Sakura sedang menangis teresak-esak sehingga berjurai-jurai air matanya dek kerana tersentuh hati dengan cerita Tentang Dhia... tragiiisnyer kan? Sebab itulah Cik Sakura namakan hidangan ini sebagai MAKARONI AIRMATA... tapi bagaimanapula dengan rasanya? sedap ker, tak sedap ker? saper nak jawab....

Soal rasa biarlah Cik Sakura jawabkan. Rasanya tidaklah teruk berbanding dengan rupa parasnya. Kan orang selalu cakap "dont judge the book by it cover" betul tak??? Bukanlah nak memuji hasil masakan sendiri tetapi alhamdulilah rasanya sedap dan enak dimakan. Takut jugak kalau kawan-kawan cakap "eeeee Cik Sakura tu perasan, macamlah masakan dia tu sedap sangat" ginilah, kalau tak percaya cubalah sendiri. Resepinya ada kat bawah tapi sebelum tu nengokler gamabar-gamabar ni dulu:-

entah macam mana entah boleh tak jadi...frustttt betul

tapi abis jugak diblasah kami bertiga...

RESEPINYA:-
Kat bawah ni adalah gamabar menunujukkan ramuan penyediaan Martabak Airmata. Ramuan yang sangat mudah untuk disediakan seperti Sebiji Bawang Holand, 3 Tangkai Daun Bawang, 3 Tangkai Daun Sup, 2 Tangkai Cili Merah dan Hijau, 200g Daging Kisar,5 biji Telur, Secawan Cik Makaroni, 1 Sudu Makan Mayonis dan Garam Secukup Rasa


Cara Menyediakannya
Keringkan daging kisar di dalam kuali tanpa minyak kemudian ketepikan. Rebus Makaroni hingga masak kemudian tapiskan airnya juga ketepikan dulu.Potong dadu bawang holand dan ramuan lain seperti daun bawang, daun sup, cili merah dan hijau juga ketepikan dulu. Pukul telur bersama dengan mayonis, jangan lupa masukkan garam dan sedikit lada hitam. Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak masak supaya tidak melekat. Kalau nak lagi bagus gunakan kuali yang tak melekat. Goreng adunan tadi dengan api kecil. Jangan lupa untuk menterbalikkannya dan ketika ini berhati-hatilah sedikit takut nanti jadi macam nasib Cik Sakura....apabila sudah masak matikan api, angkat dan hidangkan.

ok eakkkk..taknak citer banyak selamat mencuba

babaiii...

Monday, December 26, 2011

LEMPENG KELAPA CICAH SAMBAL TUMIS


Salam Sayang Semua...
Salam pagi isnin yang sangat indah. Cuaca dingin, awan redup sesuai untuk beriadah sempena cuti Chrismas. Hari ini Cik Sakura nak cerita dengan kengkawan pasal souce pan yang baru kelmarin dibeli. Kan dah tak sabar-sabar dari semelam nak buat Lempeng Kelapa resepi dari Dapur Tanpa Sempadan. Alkisahnya, pagi ini Cik sakura bangun awal terus-terus jer ke dapur menyiapkan ramuan untuk menyediakan Lempeng Kelapa ni.


Klentang klentung duk kat dapur, mudah-mudahan jadi lah percubaan hari ini. Nebes jugak ni, maklumlah belum pernah buat Lempeng Kelapa style Che Mat Gebu. Ya Allah.... menjadi lah. Tengok kat atas tu gambar yang sempat Cik Sakura snap kejap tadi. Wahhhhhh terpesona kejap, mula lah senyum sowang-sowang...

alhamdulilah, menjadi Lempeng Kelapa ni. Pagi ni, kami sarapan dengan Lempeng Kelapa cicah Sambal tumis. Nak ke resepinya? Kalau nak tengok kat bawah:-


Lempeng Kelapa Cicah Sambah Tumis

Lempeng Kelapa Ku
Sambal Tumis

Inilah dia dua orang yang manusia yang mengerjakan Lempeng Kelapa kat atas

Untuk Resepinya:-
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Kelapa Parut (Ambil Putihnya sahaja)
3/4 Sudu Teh Baking Powder
2 Sudu Makan Olive Oil
1 Cawan air
Garam

Cara Menyediakannya:-
Campurkan Tepung, Air Dan Garam
Kacau jangan bergentel
Masukkan Kelapa Parut kemudia kacau lagi
Masukkan olive oil dan kacau lagi.
Panaskan kuali kemudian lenserkan sedikit miyak
Tuang adunan Lempeng ke dalam kuali
Goreng dengan api kecil
tutupkan kuali dengan tudung periuk
terbalikan lempng
Masak hingga kekuningan
angkat dan hidangkan



Sunday, December 25, 2011

DOUNUT

Macam Candi Borobudur la pulak...

Salam Sayang semua... Petang-petang macam ni kalau ada kudapan memang sedap. Agak-agaknya kuih ape eak yang sedap dimakan? Dari Semalam Cik Sakura ada terfikir untuk membuat Dounat. Teringak masa dulu sekolah-sekolah, pernah Cik Sakura masuk pertandingan membuat dounat. Walaupun tak dapat nombor satu, alhamdullah cik Sakura sekadar memperolehi tempat ketiga. Eeeee kalau ingat citer dulu-dulu rasa teringin pulak nak balik ke zaman persekolah...

Kita tinggalkan dulu zaman persekolahan back to the normal ea, Cik Sakura nak siapkan ramuan untuk membuat dounat dulu. Apa yang diperlukan ialah:-

  • 21/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Susu Tepung
  • 6 gram Serbuk Yis Mauripan
  • 1/2 Cawan Marjerin
  • 1/2 Cawan Air Suam
  • Sedikit Garam
  • 1 Sudu Gula
Cara Menyediakannya
  • Ayak tepung terlebih dulu
  • Campurkan tepung dengan susu tepung dan mauripan
  • Gaulkan dengan marjerin sehingga menjadi serbuk roti
  • Bancuh air suam dengan garam dan gula adun bersama tepung tadi
  • Uli hingga adunan menjadi licin
  • Rehatkan adunan hingga naik 2 kali ganda
  • Tumbuk adunan yang telah sedia naik kemudian uli sebentar
  • Canai adunan sehingga menjadi leper lebih kurang 1/2"
  • terap adunan dengan bentuk bulat atau pintal
  • Goreng dalam minyak yang penuh.
  • Hidangkan



ASAM REBUS VS SAMBAL TEMPE

Salam Sayang Semua...

Agak-agaknya menu apa ea untuk makan tengahari di rumah anda hari ini? Cik Sakura tak nak fening-fening kepala memikirkan menu apa untuk santapan tengahari ni kerana menu yang bakal Cik Sakura masak hari ini sangat-sangatlah simple dan mudah disediakan iaitu Asam Rebus IKan.

Ramuannya mudah saja iaitu Ikan Selar, Cili kering, Cili padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, kunyit, Asam jawa atau Asam Keping dan garam secukup rasa. Kalau nak lagi pedas lebihkan sikit Cili Apinya macam yang Cik Sakura buat ni.

Cara penyediaanya ialah basuh dan bersihkan ikan. Kemudian blend atau tumbukkan Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Kunyit sampai lumat. Kemudian rebus dengan air bancuhan tadi hingga mendidih dengan mencapurkan Cili padi yang diketuk terlebih dulu. Masukkan Asam Jawa dan garam sesuaikan rasa masam dan masinnya. Akhir sekali masukkan ikan, masak hingga mendidih. Kalau ada nenas boleh jugak dimasukkan sekali. Tapi kali ini nenas tiada, jadi apa yang ada jerlah ea...


Haaaa... menu seterusnya adalah Sambal Tempe dengan Kentang ala Sakura. Ermmmmm....ni menu masakan orang jawa yang bole tahan populer. Sebut pasal tempe jer mesti dah terbayang orang jawa kan?

Ramuannya mudah jugak seperti Tempe, Kentang Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Ikan Bilis dan Garam secukup rasa.

Mudah aje nak buat hidangan ni. Mula-mula goreng tempe dan kentang yang telah dipotong nipis terlebih dahulu hingga garing ketepikan. Kemudia tumbuk lumat Cili Kering, Bawang Putih, Bawang Merah dan ikan bilis hingga garing. Masukkan sedikit air dan asam jawa. biarkan mendidih seketika kemudian masukkan kentang dan tempe kacau hingga mejadi kering. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan. Ngeeeee,, senangnya.

Selesailah sudah sessi untuk hari ini. Sampai juma lagi kengkawan...

babaiiiii semua...

BRAND NEW PLATE N SOUCE PAN

Salam Sayang Semua...

Hari Ahad yang sangat membosankan. Cuaca agak baik hari ini tapi bagi para suri rumah tangga cuaca begini amatlah tidak digemari kerana walaupun cerah tetapi dengan ketiadaan Sang Mentari maka kain dijemuran tidak dapat kering dengan sempurna. Sama lah dengan Cik Sakura, cucian yang telah disidai tidak kering-kering akibat cuaca dingin hari ini.

Sebenarnya bukanlah topik cuaca yang ingin Cik Sakura ceritakan di sini tapi sebaliknya cik Sakura nak promote pinggan baru ni. Pinggan ni Cik sakura baru jer beli kat Pasaraya Giant semalam. Percaya atau tidak harga pinggan ini ialah RM0.99sen sebijik, Murahkan? Cik Sakura pun belilah sebayak 10bijik lebih kurang RM10.00 jer. Aamacam kengkawan, cantik tak? kepada sesiapa yang ingin memiliki pinggan ini boleh beli kat Pasaraya Giant Extra di Taman Suria. Cepat sementara stok masih ada...

Yang ini pulak ialah "Souce Pan" size 4" pun baru jugak Cik Sakura beli kat Pasaraya Giant semalam. Hasil dari pengamatan blog Dapur Tanpa Sempadan hari tu, maka Cik Sakura berhajat untuk memiliki souce Pan ni. Harganya tidak lah mahal manapun iaitu RM7.99 murahkan?. Dah tak sabar dah ni nak membikin Lempeng Kelapa dengan Souce Pan ni. Harap-harap jadi lah eaaa...


Berselera makan dengan pinggan baru ni...

dahhhhh dulu eaaa

babai


Saturday, December 24, 2011

BREAKFAST DARI DAPUR SAKURA

Salam Sayang Semua...

Ini bukanlah hidangan makan tengahari Cik Sakura sebaliknya hidangan ini adalah menu sarapan pagi Cik Sakura dengan kengkawan pagi ini. Dari malam tadi lagi Cik Sakura sudah memasang angan-angan untuk menikmati hidangan ini namun faktor kesihatan menghalang kami kerana pada waktu malam kita tidak digalakkan makan makan berat seperti nasi dan lauk pauk. Akhirnya kami tidur malam tadi dengan perasaan lapar yang sangat menggunung.

Awal pagi Cik Sakura danpun bangun untuk menyiapkan menu sarapan pagi. Perut Cik Sakura ni dah berkeroncong sejak dari malam tadi. Maklumlah, kan malam tadi kami menahan kelaparan yang amat sangat. Nak tahu apa resepi untuk pagi ini, jom kita jengah ke dapur Sakura...

Menu Pertama ialah Telur dadar dengan Bobola Daging. Resepi ini Cik Sakura perolehi dari blog Dapur Tanpa Sempadan kepunyaan Chef Mat Gebu. Ada beberapa perubahan yang Cik Sakura buat mengikut citarasa dan selera Cik Sakura. Apapun kepada Chef Mat Gebu, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mencetuskan idea mecipta makanan ini. Untuk mendapatkan resepi dan cara menyediakannya sila lihat paparan di bawah.

Ramuannya
3 biji Telur Ayam dipukul
Sebijik Bawang Holand dimayang
1 Tangakai Cili Merah dimayang
1/2 Cekak Daun Kucai dipotong 3/4" panjang
5 biji bebola daging dipotong kecil
1/2 sudu Mayonis
2 Sudu makan Susu Segar
Sedikit Garam
1 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
Pukul telur bersama dengan mayonis, susu cair dan garam
Masukkan bawang, daun kucai, bebola daging dan cili merah
Panaskan minyak dalam kuali saiz 4"
Tuangkan adunan telur ke dalam kuali dengan api kecil
tutup kuali dengan tudung periuk seketika
terbalikan telur dadar tadi. Masak jangan sampai hangussss
Kalau takde kuali saiz 4" ikut cara Cik Sakura
Gunakan periuk kecil untuk mendapatkan saiz yang cantikk
Ulangi proses ini hingga adunan telur dadar habis
Senanglah jugak kan?
hidangkan

Resepi ke dua adalah Singgang Ikan Selar Kuning. Haaa... yang ini pulak adalah resepi turun temurun keluarga Cik Sakura. Selalunya orang masak singgang direbus sahaja tetapi bagi keluarga kami masakan singgang ini ditumis terlebih dahulu. Cik Sakura tidak menggunakan asam keping sebab asam keping kat rumah sudah kehabisan untuk menggantikannya Cik Sakura gunakan Asam Jawa Extra, ya alah sedap jugak...

Ramuannya
5 ekor Ikan Selar Kuning dibersihkan kemudian toskan airnya
1 batang serai dipotong 3 bahagian kemudian diketuk
Seulas Bawang Merah ditumbuk
Seulas Bawang putih ditumbuk
3/4 bawang holand dimayang
1/2" halia ditumbuk
1/2" kunyit ditumbuk
7 tangkai cili padi diketuk
Air Asam Jawa

Cara Menyediakannya
Tumis kesuma bahan di atas hingga garing
Masukkan air biarkan mendidih
Masukkan garam dan Asam jawa
Masukkan ikan biakan sekejap sampai isi ikan masak
Angkat dan hidangkan.

Yang ini pulak namanya Sambal Terung dengan Bendi. Masakan ini hasil inspirasi bonda Cik Sakura. Selalunya bonda Cik Sakura masak sambal terung ajer tapi cik Sakura campurkan dengan bendi untuk mencipta kelainan tak sangkalah pulak serasi bersama. ahakkkk3

Ramuannya
Terung dibasuh dan dipotong memanjang
Bendi dibasuh sebelum dipotong untuk mengelakkan belendir
3 ulas Bawang kecil ditumbuk
Seulas Bawang Putih ditumbuk
Ikan bilis jangan terlalu banyak juga ditumbuk
5 tangkai cili padi diketuk
separuh kiub ikan bilis

Cara Penyediakannya
Tumis kesemua bahan yang ditumbuk dengan Cili padi hingga garing
Kemudian masukkan sedikit air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa
Masukkan terung tutup dengan tudung periuk lebih kurang 5 minit
Apabila terung layu masukkan bendi dan biarkan seketika
Angkat dan hidangkan.


Menu ke empat ialah Sambal Tumbuk. Dikalangan orang jawa sambal tumbuk ni sangatlah populer kerana sambal ini selalu di hidang bersama dengan sayur bening. Sambal Tumbuk jugak adakalanya berbeza dari sebuah keluarga dengan keluarga yang lain. Ini Terpulang kepada kehendak dan citarasa si pembuatnya. Tetapi untuk citarasa Cik Sakura adalah seperti berikut:-

Ramuannya
Cili Padi digoreng atau direbus
Bawang Kecil dibakar atau digoreng
Ikan Bilis digoreng
Belacan dibakar

Cara Menyediakannya
Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali ikan bili hingga lumat (hancur)
kemudian barulah masukkan ikan bilis dan tubuk lagi hingga lumat
Taraaaaaa... dah siap pun.
eee senangnyerrr

Jejari runcing ini adalah milik Cik Sakura yang sedang menikmati sarapanya paginya tadi, ahak3...Berselera betul bila kita makan dengan perut yang lapar. Kepada kengkawan semua selamat menjamu selere..

babaiiii

Tuesday, December 20, 2011

KUNJUNGAN KE JOHOL, NEGERI SEMBILAN

PERJALANAN PERGI


Salam Sayang Semua...

Cuaca yang sangat baik pagi ini. Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 8.30 pagi melewati lebuh raya utara selatan bermula dari Plaza Tol Yong Peng menuju ke exit Plaza Tol Simpang Ampat Negeri Sembilan seterusnya menuju ke Pekan Tampin dan terus ke daerah Johol lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan menaiki Perodua Viva kesayangan Cik Sakura.


Daerah atau luak Johol yang terletak di antara Tampin dan Kuala Pilah adalah meliputi kawasan Gemenceh, Gemas, Pasir Besar, Air Kuning, Kepis, Dangi, Selaru, Johol dan Palong. Daripada segi pentadbiran Luak Johol ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah, Tampin dan Jempol. Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan. Anak muda ramai yang telah berhijrah ke bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur. Info ini Cik Sakura perolehi dari hasil pencarian google di Wikipedia. Mari kita ikuti perjalanan Cik Sakura merentas bumi Johol ini:-

Suasana Kampung




Suasana kampung yang benar-benar kampung di mana ada sungai kat depan rumah. Panorama kawasan sekeliling yang sempat Cik Sakura potretkan. Lihat saje gambar rumah di atas, senibinanya mengikut ciri-ciri binaan minangkabau iaitu ciri-ciri rumah orang Nogori. Sayang seribu kali sayang rumah ini tidak lagi didiami oleh keluarga kakak ipar cik Sakura kerana kesemua adik beradik mereka telah berhijrah ke bandar setelah aruah bapa mereka meninggal dunia. Rumah pusaka ini hanya dikunjungi oleh mereka sesekali sahaja dalam setahun. Pengawasan rumah ini telah diberikan sepenuhnya kepada jiran sebelah ketika ketiadaan mereka semua.

Sayang seribu kali sayang rumah yang dahulunya berdiri kukuh kini semakin mereput di mamah anai-anai dek kerana tidak lagi dihuni. Dahulu, Cik Sakura pernah bertandang ke rumah ini sewaktu perkahwinan abang Cik Sakura di mana keadaannya begitu berbeza sekali dengan sekarang. Dahulu juga menyaksikan rumah ini berseri dengan gelak tawa adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga tetapi kini semua itu telah menjadi kenangan buat mereka semua.

Pastinya rumah ini menyimpan sejarah dan rahsianya yang tersendiri buat keluarga mereka. Mudah-mudahan satu hari nanti rumah ini akan kembali ceria seperti satu waktu dahulu. Apapun Cik Sakura sangat seronok berada di rumah usang ini.


Lauk Pauk hidangan makan tengahari
Masak Lomak Cili Padi
Asam pedas orang Nogori. Ermmmm ada jugak ea igatkan orang johor jer

sambal tempoyak

Tak sah rasanya kalau setiap entry Cik Sakura tidak bercerita tentang makanan dan masakan yang sudah sinonim dengan kehidupan Cik Sakura. Sewaktu kunjungan petang tadi, kami disajikan dengan hidangan makanan tengahari masakan orang Nogori iaitu "Masak Lomak Cili Padi" atau nama lainnya "Masak Lomak Kuning".

Penyediaan makanan ini yang menggunakan resepi asli orang Nogori memang sangat-sangat menyelerakan apatah lagi dimasak dengan air tangan orang Nogori Jugak. Perghhhh memang selera tengahari tadi Cik Sakura menjamah hidangan sampai 2 pinggan banyaknyer Cik sakura makan. Terima kasih kepada tuan rumah atas hidangan tadi.

AKSI KOPEK DURIAN




BUAH-BUAHAN TEMPATAN




POKOK-POKOK

Kepada sesiapa yang sudah terlupa atau belum pernah langsung melihat pokok buah-buahan di bawah ini, saksikanla ea. Semua gambar pokok buah-buahan ini Cik Sakura ambil masa kunjungan ke Johol petang tadi. Pokok buah-buahan ini hidup subur di sekeliling kawasan rumah aruah ayah kakak ipar Cik Sakura walaupun sudah tiada penghuninya.

Mudah-mudahan kepada sesiapa yang tidak pernah kenal dengan spesis pokok buah-buahan, gambar di bawah boleh memberi info yang sangat berharga.

Pokok Rambutan

Pokok Mata kucing

Pokok Manggis

PERJALANAN PULANG
Cuaca yang seakan tidak mahu bersahabat dengan Cik Sakura. Awan hitam memenuhi ruang langit menandakan yang sang hujan akan turun sebentar lagi. Sungguh benar bagai di kata, hujan turun dengan lebatnya petang tadi mengiringi perjalanan pulang Cik Sakura ke Johor. Keadaan Jalanraya yang licin menyebabkan perjalanan pulang menjadi lambat sedikit walau bagaimanapun "biar lambat asal selamat". Tepat jam 6.15 petang Cik Sakura selamat sampai di rumah syukur alhamdulilah.

Sunday, December 18, 2011

LAGI-LAGI JEMPUTAN KAWEN

Selamat pengantin baru


Salam Sayang Semua...

Dari semalam sampai hari ini tak habis-habis dengan kenduri kawen. Hari ini Cik Sakura ke Kluang, Johor meraikan majlis perkahwinan sepupu Cik Sakura sebelah ayah. Seronok lah pulak nengok orang naik turun pelamin eentah bila lah pulak turn Cik Sakura ni, ngeee

Cantik pengantin menggunakan tema warna merah hitam dan putih. Sama macam majlis resepsi adik cik sakura hari itu. Makanannya kira ok ajer... apapun untuk kedua mempelai diucapkan "Selamat Pengantin Baru"





SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam Sayang semua...
Bulan Disember datang lagi. Selain dari musim tengkujuh bulan Disember sangat disukai ramai kerana pada bulan ini ramai dikalangan pasangan mendirikan rumah tangga dan kebetulan bulan Disember merupakan bulan Cuti Persekolah bagi anak-anak. Tidak ketinggalan sahabat Cik Sakura mengambil kesempatan ini untuk mrealisasikan impian untuk mendirikan rumah tangga. alhamdulilah Kak Sal selamat diijab kabulkan pada hari semalam 18hb Disember 2011."Selamat Pengantin Baru untuk Kak Sal dan pasangan semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Cik Sakura turut berkongsi kegembiraan dengan sahabat yang lain dan diabadikan dalam gambar-gambar di bawah.
Cik Sakura & Kak Sal

Liza & Ila

Cik Sakura & Ila

Cik Sakura & bonda kesayangan