Pages

Sila Klick

Thursday, January 19, 2012

FALAFEL Makanan Negara Timur Tengah


FALAFEL adalah makanan dari Negara Timur Tengah seperti Lebnon dan Mesir. Pernahkah anda makan makanan ini? Cik Sakura pun baru pertama kali dikenalkan dengan menu dari Negara Timur Tengah ni sewaktu kunjungan ke Arabic Restaurant dekat Taman Universiti. Orang Lebnon misalnya makan FALAFEL dengan Roti Pita atau salad. FALAFEL sejenis makanan yang diperbuat daripada Kacang Kuda yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran dan ramuan lain. Menu ini sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan Vegeterian.

Apabila menyentuh tentang rasa, makanan ini mempunyai rasa lemak dan campuran sayur-sayuran mampu menerbitkan aroma yang enak. Rasanya boleh dikatakan sedap dan lebih mirip dengan makanan kat Malaysia ni iaitu "magelek@Vadee", tetapi bagi pengamal vegeterian menu ini mampu mengenyangkan sekaligus dapat menambahkan variety dalam hidangan.

Mari kita tengok serba sedikit proses pembikinan FALAFEL dari A hingga Z yang telah dihasilkan sendiri oleh Cik Sakura petang tadi juga merupakan hasil pencarian resepi di youtube. Resepinya juga ada Cik Sakura titipkan di bawah. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu meningkatkan ilmu masakan kita...


Ramuannya
250g kacang kuda direndam semalaman
sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
5 tangkai daun ketumbar dimayang halus
5 tangkai daun sup juga dimayang halus
3 tangkai cili hijau dipotong dadu
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan jintan dikisar haus
2 sudu makan ketumbar dikisar halus
1 camt soda bikarbonat
sedikit lada hitam
garam secukup rasa




Cara Menyediakannya
Basuh kacang kuda dan rendam semalaman kemudian toskan airnya hingga kering. Kisar kacang kuda dengan pengisar kering hingga lumat. Keluarkan dulu dan masukkan ke dalam mangkuk. Guna kisar yang sama untuk mengisar sayur-sayuran yang dipotong dadu seperti daun ketumbar, daun sup, bawang besar, bawang putih dan lada hijau. Cmpurkan dengan kacang kuda tadi bersama dengan jintan, ketumbar, tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan lada hitam. Gaulkan hingga adunan menjadi sebati seperti gambar di atas...


Gentel adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kecil dan susun di dalam dulang macam yang Cik sakura buat kat gambar tu hingga habis semuanya. Tutup dulang dengan plastik rapping kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dari peti sejuk kemudian goreng dalam minyak yang penuh hingga keperang-perangan. Angkat dan boleh dihidang...





Inilah hasilnya FALAFEL buatan orang melayu, kalau nak tahu rasanya bagaimana? kenelah cuba buat sendiri. Apa yang penting, masak kene ikhlas barulah hasilnya menjadi.

Sekian dulu kengkawan, sampai jumpa lagi...

daaahhhh

babaiiii...

No comments:

Post a Comment