Pages

Sila Klick

Showing posts with label Arabic Food. Show all posts
Showing posts with label Arabic Food. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

ROTI NAAN vs DAGING KEEMA



Salam Sayang Semua...

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua tentang masakan orang Arab. Masyarakat arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Di antara menu orang Arab yang Cik Sakura paling suka ialah kebab dan nasi bukharinya. Walau bagaimanapun, menu yg ingin Cik Sakura kogsikan di sini bukanlah kebab atau nasi bukhari tetapi ia adalah sejenis makanan berasaskan gandum dan daging iaitu ROTI NAAN dan DAGING KEEMA.

Masa mula-mula menikmati hidangan ini Cik Sakura terus jatuh cinta pada keenakkan kedua-dua makanan ini. Selain dari rotinya yang rendah lemak ditambah pula dengan penggunaan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging yang sangat-sangat memikat selera Cik Sakura. Pendek kata cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.

Ketika berada di sana sempat jugak Cik Sakura mencari tahu tentang bagaimana resepi ini dihasilkan. alhamdulilah, melalui pertanyaan dan pengamatan rasa dapat diagak oleh Cik Sakura bagaimana untuk menghasilkan roti naan dan daging keema ini. Pagi ini dengan semangat berkobar-kobar Cik Sakura telah turun ke lantai dapur untuk menyediakan menu makanan orang arab yang sangat populer ini. jom, check it out....

Resepi time....

ROTI NAAN


500g tepung roti atau tepung ringan
6 sudu makan minyak masak
1 cawan plain yourgert
3 sudu makan gula
3 camt yis mauripan
1 1/2 camt baking powder
1camt garam
230ml air suam

CARA MENYEDIAKANNYA
  • satukan tepung, yis, baking powder, yourgert, minyak masak
  • bancuhkan air suam bersama gula dan garam hingga larut
  • tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • uli hingga doh sebati dan menjadi lembut
  • pastikan doh jangan terlalu keras atau lembik
  • biarkan adunan naik dua kali ganda
  • apabila sudah naik tumbuk adunan dengan tangan
  • kemudian uli dan biarkan dia naik sekali lagi
  • bahagikan adunan berbentuk bulat-bulat
  • griskan setiap bahagian dengan marjerin
  • biarkan hingga dia naik sekali lagi
  • taburkan tepung di atas papan pencanai
  • canai adunan dengan jari hingga menjadi leper lebih kurang 1/2"
  • panaskan kuali leper tanpa minyak dengan api kecil
  • letakkan adunan yang telah dicanai ke dalam kuali
  • renjiskan dengan sedikit air
  • tutupkan kuali biar roti masak kekuningan
  • terbalikan roti naan jangan sampai hangus
  • angkat dan hidangkan

DAGING KEEMA



DAGING KEEMA
400g daging kisar
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang karot dipotong dadu
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang
3 sudu makan serbuk kari dijadikan pes
2 sudu makan cili giling
rempah penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
garam secukup rasa
boleh juga ditambah dengan potongan daun ketumbar jika suka

CARA MENYEDIAKANNYA
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah penumis
  • masukkan cili giling dan pes kari kemudian tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air
  • biarkan sekejap hingga daging masak
  • kemudian masukkan kentang dan karot, masak hingga empuk
  • sesuaikan rasa masinnya kemudian masukkan kacang pes
  • masak hingga kuah menjadi sedikit pekat
  • bolehlah dihidang bersama roti naan

Resepi daging keema ini adalah mengikut kehendak dan citarasa Cik Sakura sendiri. Jika dibandingkan dengan resepi yang asal dari negara Arab, penyediaan rempah ratus adalah berbeza namun bagi Cik Sakura rempah kari di Malaysia sudah cukup sempurna bagi menyediakan Keema Daging ni tetapi kehebatan Keema daging di negara arab terletak pada penggunaan kacang peas segar yang sememangnya agak payah diperolehi di Malaysia.

Ok yek kengkawan, sampai di sini dulu semoga bertemu di lain masa dengan resepi masakan yang lain...

babai semua...


Thursday, January 19, 2012

FALAFEL Makanan Negara Timur Tengah


FALAFEL adalah makanan dari Negara Timur Tengah seperti Lebnon dan Mesir. Pernahkah anda makan makanan ini? Cik Sakura pun baru pertama kali dikenalkan dengan menu dari Negara Timur Tengah ni sewaktu kunjungan ke Arabic Restaurant dekat Taman Universiti. Orang Lebnon misalnya makan FALAFEL dengan Roti Pita atau salad. FALAFEL sejenis makanan yang diperbuat daripada Kacang Kuda yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran dan ramuan lain. Menu ini sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan Vegeterian.

Apabila menyentuh tentang rasa, makanan ini mempunyai rasa lemak dan campuran sayur-sayuran mampu menerbitkan aroma yang enak. Rasanya boleh dikatakan sedap dan lebih mirip dengan makanan kat Malaysia ni iaitu "magelek@Vadee", tetapi bagi pengamal vegeterian menu ini mampu mengenyangkan sekaligus dapat menambahkan variety dalam hidangan.

Mari kita tengok serba sedikit proses pembikinan FALAFEL dari A hingga Z yang telah dihasilkan sendiri oleh Cik Sakura petang tadi juga merupakan hasil pencarian resepi di youtube. Resepinya juga ada Cik Sakura titipkan di bawah. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu meningkatkan ilmu masakan kita...


Ramuannya
250g kacang kuda direndam semalaman
sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
5 tangkai daun ketumbar dimayang halus
5 tangkai daun sup juga dimayang halus
3 tangkai cili hijau dipotong dadu
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan jintan dikisar haus
2 sudu makan ketumbar dikisar halus
1 camt soda bikarbonat
sedikit lada hitam
garam secukup rasa




Cara Menyediakannya
Basuh kacang kuda dan rendam semalaman kemudian toskan airnya hingga kering. Kisar kacang kuda dengan pengisar kering hingga lumat. Keluarkan dulu dan masukkan ke dalam mangkuk. Guna kisar yang sama untuk mengisar sayur-sayuran yang dipotong dadu seperti daun ketumbar, daun sup, bawang besar, bawang putih dan lada hijau. Cmpurkan dengan kacang kuda tadi bersama dengan jintan, ketumbar, tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan lada hitam. Gaulkan hingga adunan menjadi sebati seperti gambar di atas...


Gentel adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kecil dan susun di dalam dulang macam yang Cik sakura buat kat gambar tu hingga habis semuanya. Tutup dulang dengan plastik rapping kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dari peti sejuk kemudian goreng dalam minyak yang penuh hingga keperang-perangan. Angkat dan boleh dihidang...





Inilah hasilnya FALAFEL buatan orang melayu, kalau nak tahu rasanya bagaimana? kenelah cuba buat sendiri. Apa yang penting, masak kene ikhlas barulah hasilnya menjadi.

Sekian dulu kengkawan, sampai jumpa lagi...

daaahhhh

babaiiii...