Pages

Sila Klick

Sunday, February 14, 2016

PINDANG CEMPLONG ala-ala CIK MIDAH


Ramuannya:-

3 ekor ikan Selar Kuning Besor (kembong pun boleh) ikut suka
20 tangkai cili padi (cili padi sekarang bukan pedas pun) sbb tu letak banyak*
5 ulas Bawang Merah*
1 inchi halia*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai dititik
Air Asam Jawa (agak-agak) tukar asam keping pun boleh
Garam secukup rasa
Maggi Cukup rasa(kalau nak lah)
sedikit minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya:-
Basuh dan bersihkan ikan. Tumbuk halus ramuan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan ramuan yang ditumbuk tadi bersama dengan  serai yang telah dititik hingga garing dan naik bau wangi. Masukkan air asam asam jawa, biarkan mendidih sekejap. kemudian barulah masukkan ikan. Sesuaikan rasa masam dan masin. Biarkan sampai ikan masak.
kemudian hidangkan.


Selamat Mencuba!!!

Penang


Pemandangan Pulau Pinang Dari atas Bukit Bendera
Ayandaku Mohamad Hod bin Arsat

Kemeriahan bercuti sekitar Disember 2014 belum habis saya ceritakan. Apabila menjejakkan kaki di bumi Pulau Pinang maka telah lengkaplah penjelajahan saya merentas Semenanjung Malaysia. Tidak banyak masa yang diperuntukka bagi menikmati keindahan Pulau Pinang cukuplah sekadar beberapa jam di sana. Keadaan cuacaketika itu yang agak panas membuatkan saya tidak betah berada lama di Pulau Mutiara ini. Jom saksikan sedikit gamabar kenang-kenangan untuk tatapan para pembaca budiman.






dimana ada saya pastinya ada dia...fasehah


naik Trem ke Bukit Bendera

maslinda sekeluarga


Pada ketika ini Kegembiraan jelas terpancar di wajah kami setelah apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selamat tinggal Penang semoga satu hari nanti kita pasti bertemu lagi...

sayonara sayonara
sampai berjumpa lagi...

dahhhh...babai


December 2014



Salam Sayang Semua...

Sedari kecil saya seringkali berangan untuk berkelilng menjelajahi seluruh pelusok dunia tak kisahlah sama ada luar negara atau dalam negara sendiri asalkan tajuknya "berjalan" saya memang suka. Kali ini ingin saya kongsikan bersama para pembaca budiman tentang kisah perjalanan/percutian saya ke negeri Perak, Penang dan Pahang sekitar Disember 2014 yang lalu. Perjalanan ini saya rancang bersama sahabat dunia akhirat iaitu Maslinda Yahya dan ditemani bonda dan ayahnda tercinta berjaya disempurnakan sekaligus telah mencapai matlamatnya. Jom, ikuti kisah-kisah saya selanjutnya...



MENARA CONDONG TELUK INTAN


Perjalanan kami bermula dari Serdang menuju ke Teluk intan dengan melalui jalan raya biasa. Kami singgah di Kuala Selangor untuk menikmati sarapan pagi di sana. Selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan menuju ke Teluk intan dengan melaui sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Oleh kerana saya memandu sendiri pemandangan sawah padi yang indah disekitarnya tidak dapat saya nikmati sepenuhnya kerana tumpuan harus diberikan kepada pemanduan. Tepat jam 12.30 tgh konvoi kami sampai di teluk intan. Cuaca yang sangat terik hari itu memaksa kami berhenti minum di Medan selera berhadapan dengan Menara condong dan menunya adalah CENDOL. Selesai menikmati cendol kami berkeliaran di sekitar kawasan Menara Condong kebetulan hari itu ada bazar yang sedang berlangsung sementara kaum lelaki menunaikan solat jumaat kami yang wanita menagambil kesempatan membeli belah di kompleks Menara condong.

Pada sebelah petangnya pula, perjalanan diteruskan ke Batu Gajah untuk menghadiri majlis kenduri kahwin di Kg Air Mati pada keesokkan harinya. Kami menginap di homestay Hj Kamal yg terletak berhadapan dengan Pasar Borong Batu Gajah. Rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2bilik air itu saya sewa dengan kadar RM150.00 semalam. Alhamdulilah, sekitar jam 5.00 ptg kami selamat sampai di rumah Tuan Hj Kamal. Malam itu kami tidak kemana-mana sekadar merehatkan badan setelah penat seharian memandu. Makan malam hari itu dimasak sendiri oleh bonda, sahabat saya maslinda dan kakaknya. Tidak banyak gambar kenangan yang sempat saya abadikan di homestasy tempat kami menginap akan tetapi jika anda berminat bolehlah hubungi Tuan Hj Kamal sendiri di kamalppdk@yahoo.com




 dua budak ini berposing...
Syasya & Seha


KELLIE CASTLE &
MAJLIS KENDURI KAHWIN





macam ada kelibat Dato K kat belakang tu...

Ayahndaku turut sama memeriahkan suasana

macam biasalah budak ini...fasehah

KELLIE CASTLE merupakan destinasi wajib singgah apabila saya merancang untuk ke negeri Perak. Tempat yang mempunyai sejarahnya yang tesendiri ketika era pemerintahan kolonial zaman British dulu-dulu menempatkan sebuah istana lama yang didirikan oleh Whilliam Smith untuk isteri tercintanya. Walaubagaimanapun Istana itu tertangguh pembikinannya hingga kini akibat daripada kematian tuan empunyanya. Selesai Melawat Istana Kellie kami terus menuju ke Kg Air Mati bagi menghadiri Majlis Kenduri Kahwin sahabat kepada kakak Maslinda Yahya. Menu yang mencuri tumpuan saya tentulah RENDANG TOK yang menjadi kebanggaan orang Perak. Alhamdulilah, rasanya tidak mengecewakan kami. Memang Sedapppp. Saya akhiri entry ini dahulu. Pada lain masa dan kesempat kita pasti bersua lagi. dahhhhh

babai semua.







.