Pages

Sila Klick

Tuesday, August 23, 2011

ROASTED CHICKEN

Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua. Macam mana dengan ibadah puasa yang dah masuk hari ke 23 ni? Bagaimana pulak dengan pencarian Malam Lailatulqadar? Agak-agak dapat tak yek taun ni...Takpelah, mudah-mudahan segala ibadah kita diterima oleh Allah swt...aminnnnn

Rasanya dah masuk seminggu Cik Sakura cuti dari memasak. Entahlah, sejak akhir-akhir ni macam takder mood lah pulak nak memasak...Tapi entah kenapa sejak semalam macam mood memasak ni dah kembali lah. Tetiba Cik Sakura teringin nak mencuba resepi ROASTED CHICKEN yang berilhamkan dari resepi AYAM PERCIK edisi Kelantan. Tapi ada beberapa resepi yang Cik Sakura dah ubah suaikan mengikut citarasa dan inspirasi Cik Sakura sendiri.

Rasa berdebar-debar jugak, maklumlah ini adalah percubaan pertama Cik Sakura untuk menghasilkan menu ROASTED CHICKEN. Manalah tau kalau-kalau tak jadi, nanti sapa yang malu? Cik Sakura jugak. Alhamdulilah, menjadi lah pulak kalau tak percaya tanyalah dengan Fadhilah, cikgu sekolah Rendah Taman Sri Amar tu...

Malas nak cakap banyak, jom kita ke Dapur Sakura



Antara ramuan untuk menyediakan ROASTED CHICKEN iaitu Olive Oil, Ayam, Asparagus, Celery, Cherry Tomato, Leek dan Capsicum. Sebenonya Cik Sakura terlupa nak bubuh Mr Carrot and Mr Potato tapi takpelah, boleh jugak kalau takde dua bende tu...


Mula-mula sapukan ayam dengan olive oil kemudian bubuh sedikit garam dan lada hitam


Goreng ayam dengan sedikit minyak (olive oil) hingga warna kekuningan dengan menterbalikan beberapa kali ayam tersebut sehingga rata...


Potong dan bersihkan sayuran


Gunakan kuali bekas menggoreng ayam tadi dengan mengoreng sayuran


Susunkan Ayam dan Sayuran pada dulang Pembakar. Sebelum dibakar masukkan sedikit butter ke dalam dulang untuk menambah keenakkan rasa Roasted Chiken kite...


Masukkan dalam oven kemudaian bakar dengan suhu 200c selama 1jam


Ini adalah Chiken Stok yang akan dimasukkan setelah 1/2 jam Ayam dibakar. Curahkan pada dulang pembakar yang berisi ayam dan sayuran tadi...


kemudian, sambung membako ayam hingga masak...


Apbabila sudah masak hidangkan...

Nampak sedap ekkk...Selamat Mencuba

bye..


Sunday, August 14, 2011

NASI BARYANI SAKURA

Hari ini ada majlis IFTAR kat rumah Cik Sakura. Tetamu takdelah ramai sangat, cuma kengkawan si Fadhilah aje yang datang. Menu Majlis IFTAR hari ini ialah NASI BERYANI SAKURA ciptaan Cik Sakura. Ini adalah percubaan pertama setelah sekian lama cik Sakura tak pernah mencuba untuk memasak NASI BARYANI ni. Rasanya last sekali masak pada tahun 1994 iaitu masa zaman sekolah-sekolah kat SMV AZIZAH dulu.

Pagi-pagi lagi Cik Sakura dah bangun untuk menyiapkan Nasi Baryani ni, maklumlah dah lama tak memasak menu ni takut kalau-kalau tak jadi nanti Cik Sakura jugak yang malu sape nak jawab? Semua bahan ada kat dapur cuma ada sedikit bahan yang masih belum dibeli mujurlah Fadhilah nak keluar boleh kirim kat dia.

Alhamdulilah, menjelang pukul 3.oo petang Cik Sakura Selamat menyiapkan NASI BARYANI ni. Kengkawanpun ada jugak menolong. tu sebab apa yang penting, KERJASAMA. Mari kita ikuti kisah bagaimana Cik Sakura menyiapkan menu ni...



Gunakan Basmati SAKURA (bukan Sakura Berbunga lagi) warna Kuning Coklat. Rempah untuk tumis macam dalam gambar di atas



Cairkan mentega kemudian tumis bahan di atas tadi hingga wangi



Masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam beras



Tibalah giliran memasukkan daging beryani ke dalam beras sebelum di tanak



Masukkan daun pudina, daun sup dan daun ketumbar...


Camnilah Nasik Baryani Cik Sakura


hidangkan nasik dengan dedaunan...


DAGING BARYANI

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuh terlebih dahulu



Masukkan pes beryani dan tumis sampai garing



Masukkan daging susu cair kemudan masak hingga naik minyak..



Tu dia... Daging Baryani Cik Sakura. Gunakan daging ini untuk memasak Nasik Beryani



AYAM MASAK MERAH


Ni rempah ratus kesukaan Cik Sakura, perasan tak kengkawan?



Tumiskan kesemuanya hingga naik bau wangi...



Masukkan Cili yang telah ditumis bersama bawang merah, bawang putih, halia dan serai


pastu, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu kemudian kacau rata...



Masukkan 1 sudu makan sos tomato dan 1 sudu makan sos cili kemudian masukkan juga sedikit susu cair (menggantikan santan). Sesuaikan rasa masam dan masinnya. Akhir sekali, masukkan kerisik dan biarkan kuah menjadi sedikit kering seperti gambar di atas....



Inilah dia rupa paras Ayam Masak Merah Cik Sakura. Bolela taburkan dedaun sebagai hiasan, dah ready untuk dimakan....


ACAR TIMUN


Antara bahan-bahan membuat Acar iaitu Timun, Karot, Bawang, Cili Merah


Mayang kesemua bahan di atas..



Gaulkan kesemua bahan tadi dengan menambahkan gula dan cuka, maka siaplah sedah Acar Timun kita dan bolehla dihidang bersama dengan Nasi dan Ayam tadi seperti gambar di bawah



Saturday, August 13, 2011

ASAM PEDAS KEPALA IKAN

Salam Sayang Semua...

Cuaca hari ini sangat panas. Sang suria Melebarkan sayapnya ke seleruh pelusuk dunia. Terasa bahang sampai kering tekak dibuatnya. Pun begitu semangat untuk meneruskan ibadah puasa masih tetap berkobar-kobar biarpun terik mentari membakar keringat. Di satu sudut kelihatan seorang wanita sedang termenung memikirkan juadah apakah untuk santapan berbuka puasa nanti. ""Yes!!! tiba-tiba wanita itu berteriak diselangi degan sekuntum senyuman. Ermmmm...rupa-rupanya dia telah mendapat idea untuk memasak petang ini iaitu ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH. Tapi, siapakah wanita itu? Sapa lagi kalau bukan Cik Sakura.Kah..kah..kah...

Jomlah, kita terus ke dapur Cik Sakura...



BAHAN-BAHANYA
ADALAH SEPERTI BERIKUT

Asam Jawa


Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Kunyit



Blend kesemua bahan di atas hingga lumat



Ketuk serai kemudian tumis bersama bahan yang telah diblend tadi hingga garing. Kemudian masuukkan sedikit air biarkan mendidih seketika...



Cuci dan bersihkan kepala Ikan



Apabila kuah telah mendidih Masukkan Kepala Ikan tadi ke dalam kuali. Jangan lupa masukkan garam dan air asam jawa kemudian sesuaikan rasa masam dan masinnya.



Jangan lupa pada Cik Kesum ni...



Siaplah sudah Asam Pedas ni. Tenang betul Kepala Ikan tu dalam pingga yer...

Selamat Menjamu Selera

babai...

Monday, August 8, 2011

LAKSAM

Laksam sangat populer di daerah Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya negeri Terengganu. Kuah Laksam yang diperbuat daripada Isi Ikan yang juga menyerupai Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kedah dan Laksa Perlis cuma cara penyediaannya dan juga ramuannya adalah berbeza sedikit mengikut negeri masing-masing.


Pelbagai ulam-ulaman juga digunakan bagi menambahkan
kelazatan rasa Laksam ini.


Tepung Beras digunakan untuk membuat laksa yang dicampurkan dengan dengan sedikit tepung gandum. Sukatan Asasnya ialah ( 1cawan tepung beras+1 1/2cawan air+1sudu tepung gandum+sedikit garam).


bancuh jangan sampai bergentel


Kukus dengan tudung periuk sebagai loyang. Sapukan tudung periuk dgn sedikit minyak


apabila masak, lekas-lekaslah menggunlung supaya dia melekat


beginilah bentuk laksa tadi


potong seperti ini


KUAH LAKSAM


bawang merah, bawang putih dan lada itam


Cili jangan lupa tau..lau xnak pun boleh (sy suke pedas)


Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada itam dengan cili sekali


sementara itu rebus, ikan dan asingkan isi dengan tulang


blend sampai hancur


masukkan santan dan garam. Masak sampai mendidih dan hidangkan bersama dengan laksa tadi berserta ulam-ulaman. Maka, siaplah sudah Laksam ini..
Selamat mencuba...
bye...