Pages

Sila Klick

Sunday, June 26, 2011

TAUHU SUMBAT

Bila hujung minggu jer, mulalah tekak ni rasa nak makan itulah inilah..,Macam-macam ada dalam fikiran. Sebenonya dari minggu lepas lagi Tekak Cik Sakura ni terasa nak makan Tauhu Sumbat. Kengkawan kat opis tu ada jugak plan nak buat tauhu sumpat tapi hampehhhh...plan tak menjadi. Masing-masing berpaling tadah. Jadi.... Cik Sakura pun buatlah sendiri kat rumah. Jom kengkawan tengok cik Sakura menyediakan TAuhu sumbat ni:-


ANTARA RAMUAN MENYEDIAKAN TAUHU SUMBAT

Tauhu hendaklah digoreng hingga garing terlebih dahulu





Kacang tanah pun kene goroeng dulu pastu dikisar halus




Lada kering dan bawang merah jugak digoreng dulu. Oppssss...belacan lupalah plak nak diambil gambarnya. Walaubagaimanapun belacan jangan lupe taruk ek. Tapi belacannya harus dibakar terlebih dulu (ermmmmm sedap betul bau belacan bakar)




Tumbuk lada kering, belacan dan bawang merah tadi hingga luma a.k.a hancur. Kalau nak pedas lagi campurkan dengan cili api mengikut kusukaan anda semua.




Campurkan ramuan yang telah ditumbuk bersama kacang tanah yang telah dikisar halus bersama gula garam, asam jawa dan sedikit air masak. Seimbangkan rasannya




Treng...teng...teng dah siappun kuah kacangnya




Timun dan taugeh




Timun dibuang bijiknya dan dipotong panjang manakala taugeh dicelur




Tauhu jangan lupa digoreng plak pastu dipotong bentuk segitiga. Belah ditengahnya kemudaian sumbatkan dengan timun dan taugeh tadi dan ulang sehingga tauhu habis disumbat





Inilah dia hasilnya Tauhu sumbat tadi. Alamak terpedas lah pulak..

Monday, June 6, 2011

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Salam Sayang semua...

Dalam ruangan catatan perjalanan kali ini Cik Sakura nak bawak kengkawan melawat negeri Melaka atau juga dikenali dengan nama Negeri Hang Tuah. Melaka yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia mempuyai banyak tempat-tempat menarik yang harus kita lawati. Masa Cik Sakura kecik-kecik dulu kalau dapat pergi Melaka ya Allah.....seronoknya. Tak kisahlah walau dah bayak kali pergi pun masih tak pernah jemu. Paling best sekali kalau dapat jenjalan kat Bandar Hilir tapi, Banda Hilir sekarng dah jauh sangat berbeza dan dah tak macam dulu. Ada banyak sangat bagunan baru yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kalau tak caya jom kita saksikan keindahan Bandar Hilir sekarang yang sempat Cik Sakura potretkan masa kunjungan awal tahun haritu.




Kat Check Point Rever Cruise. Dulu takder sekarang dah ada



Antara Pelancong luar yang berkunjung ke Negeri Hang Tauah



Barangan kraftangan yang masih boleh didapati kat deretan kedai di Bandar Hilir



sama macam kat vietnam





A'famosa




Meriam lama









Saturday, June 4, 2011

NEW VERSION OF AYAM UNGKEP

Semalam Cik Sakura berkunjung ke rumah sahabat Cik Sakura kat Taman Setia Indah. Kedatangan Cik Sakura sebenonya adalah untuk menyelesaikan projek KUTU (hanya cik Sakura dan maslinda saja yang tahu). Biasalah kalau dah datang umah dia, mesti kene tido. Jadi, lepas balik keje jer Cik Sakura terus bergegas ke rumahnya dan check in di bilik no. 3 (bilik yang belakang sekali). Sampai saja kat sana macam biasalah cik Sakura kene masak. Menu petang tu ialah Ayam Ungkep. Tapi kali ni Ayam Ungkep Cik Sakura version lain dimana Cik Sakura tambahkan pulak dengan Daun Kunyit. Biasanya daun kunyit takder dalam resepi Ayam Ungkep sebelum ni. Walaubagaimanapun, rasanya sedap jugak.

Aktiviti memasak kami berlanjutan sehingga pagi esoknya. Ada beberapa menu yang disiapkan oleh Maslinda pagi itu. Antaranya ialah Cik Mek Molek, dan Kek Keju. Kebetulan ada beberapa biji keledek kat rumah dia dan daripada keledek tu tumbuh daun baiklah kita manfaatkan menjadi sarapan pagi. Sedap betul kuih Cik Mek buatan Maslinda ni.

Jom, Cik Sakura tunjuk kat kengkawan sume macam mana nak menyediakan Ayam Ungkep , Cik Mek Molek dan Kek Keju hasil resepi kami. Tengok betul-betul ek. Kalau tak jelas hubungi Cik Sakura di talian ni 012-7952395 atau Maslinda di talian 013-7200337.


Ayam dibersihkan dan dipotong sederhana kecil



Inilah dia daun kunyit yang Cik sakura cakap tadi. Bersihkan dan dimayang halus



Antara bahan-bahan yang perlu dikisar. Serai tu diketuk aje, jangan di kisar pulak.



Setelah dikisar inilah hasilnya




Ketuk sebatang serai dan tumis bersama bahan kisar tadi




Apabila garing, masukkan ayam dan masak sehingga empuk



Bila sudah empuk dan naik minyak, masukkan daun kunyit tadi



Inilah dia AYAM UNGKEP yang telah siap dimasak. Rasanya ada mirip ala-ala rendang sedikit. Try la kengkawan, Cik Sakura JAMIN sedapppp.....




CARA-CARA MEMBUAT CEK MEK MOLEK



Bersihkan keledek kemudian dikukus sampai masak. Sebab apa Cik Sakura kukus keledek ni? Sebab kalau direbus kandungan air dalam keledek terlalu banyak tu yang terpasksa banyak guna tepung. Nanti adunan jadi keras tak sedap lah pulak.




Lenyek kentang hingga hancur seperti gambar di atas




Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ingat! jangan lebih tepung nanti adunan menjadi keras dan rasanya tidak enak sebab terlebih tepung




Masukkan gula di dalamnya




Buatkan adunan menjadi lonjong seperti di dalam gambar




Kemudian goreng dengan api sederhana




Taraaaaaaaa... dah siappun CIK MEK MOLEK ni




CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU

Antara bahan-bahan membuat Kek Keju




Hancurkan biskut




Masukan dalam loyang. Tekan aduan sampai mampat dan padat




Kemudian masukkan Krim Cheese yang telah diblend bersama kiub nenas dan susu pekat ke dalam loyang yang telah dibubuh biskut tadi. Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Untuk topping, sapukan dengan jem blue berry atau hirisan buah peach sebelum adunan kek menjadi beku.






HAPPY BIRTHDAY TO AMIRA




Untuk entry kali ni Cik Sakura nak ucapkan Happy Birthday kepada anak sahabat baik Cik Sakura sapa lagi kalau bukan Nur Amira Khalis binti Mohd Khalid. Hari ini genaplah usia 14 tahun. Eeeeee...dah beso dah budak ni, dah anak dara dah. Teringatlah pulak masa dia kecik-kecik dulu, boleh jadi musuh bila tengok TV dengan dia. Maklumlah, masa tu dia ni budak lagi, kalau tengok TV asik kene ikut selera dia, balik-balik citer kartun balik-balik citer kartun. Tapi, tu citer dulu-dulu. Sekarang dia dah beso dah. Bukan saja cantik orangnya pandailah pulak tu...

Terharu rasa hati Cik Sakura bila kita sama-sama nyanyikan lagu besday kat dia tadi dalam tiga version. Si Nuril tu, walaupun selalu bergaduh dengan kakak dia (Amira) tapi dia sayang jugak kat kakak dia, maklumlah adik beradik bak air dicincang takkan putus. Ha....yang paling best skali Kek besday amira dibuat sendiri oleh mama dia (Maslinda). Pandai lah pulak si Maslinda tu buat kek, tak sangka lah pulak bukan setakat sedap cantik la pulak kek dia tu. Ermmmm, kalaulah dia baca artikel ni mesti bangga mana taknya kawan dia puji kek dia sedap dan cantik. Apapun untuk amira auntie nak ucap SELAMAT HARI ULANG TAHUN, adiah nantilah ek...