Pages

Sila Klick

Thursday, February 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Usiaku kini makin meningkat

Hari ini 23hb Februari 2012 adalah hari yang sangat bersejarah buat diri Cik Sakura di mana 35 tahun yang lalu seorang bayi perempuan comel telah dilahirkan di Hospital Batu Pahat kira-kira jam 1.oo petang. Kelahiran bayi comel pasangan bahagia Mohamad Hod bin Arsat dan Siti Hendon Haji Samsi merupakan anak ke limanya dan telah diberi nama SAFIZAH BINTI MOHAMAD HOD juga lebih dikenali di kalangan bloger sebagai CIK SAKURA telah menambah seri kehidupan keluarga mereka.

Kini setelah 35 tahun berlalu, 23hb Februari muncul lagi dan masih lagi disambut setiap tahun bagi mengingati kelahiranku... cuma bezanya tahun ini 23hb Februari merupakan hari yang paling sedih dalam lembaran hidup Cik Sakura... kepada Allah jua Cik Sakura berserah semoga ada ruang kebahagian yang menanti hari esok.

Kepada kedua orang tuaku diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah melahirkanku ke dunia ini serta mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Juga ucapan terima kasih kepada kesemua adik beradikku Shamsuddin, shahaibah, Sabariah, Sarinah, Suhaimi, Sabrizan dan kesemua anak saudaraku yang sentiasa menyanyagiku serta memberi dorongan dan menjadi kekuakatan bagiku setiap kali aku rebah dan patah. Sesungguhnya kalian semua adalah insan-insan istimewa di dalam kehidupanku. Moga kasih sayang kita akan kekal buat selamanya dalam ikatan kekeluargaan

Kepada kengkawan seperti Fadzilah, Lizawati, Zaini, Wan, Kak Nik, Kak Mah, Kak Sal, Rozana, Kak Zah, Kak Timah, Kak Ila, Reen dan Man diucapkan bebanyak Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sudi mengingati tarikh ini dan sudi menjadi teman setia Cik Sakura di saat berduka lara. Kenangan indah ini akan sentiasa Cik Sakura pahatkan di dalam hati sanubari. Sokongan dan dorongan dari anda semua adalah kekuatan Cik Sakura bagi meneruskan kehidupan hari esok...

kenangan di usia 35

jamuan makan malam ditaja oleh Ila dan Liza





adiah dari BOSS

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua. Terima kasih kerana menggembirakan Cik Sakura...

babaiii...

Friday, February 10, 2012

Malaysia, Italy, US dan Spain



Salam Sayang Semua...

Hari Jumaat yang sangat menceriakan. Cik Sakura selesai menghadiri Taklimat Petugas SPR kat Stadium Tertutup Pasir Gudang hari ini. Alhamdulilah, banyak input untuk dipraktikkan masa hari mengundi sebenar nanti. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNya nanti, insyaAllah.

Yang sebenonya Cik Sakura nak citer pasal carta kat atas tu. Nengokla kat atas tu, tak sangke eak ada jugak orang Italy, US dan Spain datang menjenguk Blog Cik Sakura. Chewahhhhhh...cam bangga lah jugak. Perasan la Cik Sakura ni...ahakssss. Haaaa.. berita yang paling best skali hari ini buat pertama kalinya SBL menerima follower baru iaitu NOAKE dari blog Pranzo alle otto . Agaknya dari Italy kot.. Walaupun mempunyai perbezaan bahasa dan confirm memang Cik Sakura tak paham nak baca blog dia tapi itu merupakan satu penghargaan yang amat besar terhadap SBL kerana sekurang-kurangnya kami mempunyai hobi dan kecenderungan yang sama terhadap masakan dan makanan. Thanks, Pranzo alle otto...

Mungkin ada yang cakap Cik Sakura tu excited lebey...Saje jer nak tayang, bukannya ape sebagai pembakar semangat untuk terus berblog pada masa akan datang. Mudah-mudahan apa yang Cik Sakura buat ini berfaedah kepada semua pembaca dan pemfollow...

Thursday, February 9, 2012

SAYUR MUHIBAH

Salam Sayang Semua...

Takder apa yang boleh Cik Sakura kogsikan di sini buat sementara waktu ini selain dari sayur simple yang sempat di masak oleh cik Sakura yang dinamakan sebagai SAYUR MUHIBAH. Ini merupakan entry lama yang baru sahaja disiapkan. Cik Sakura perlu bersendiri seketika bagi mencari ketenangan dan kekuatan untuk terus beraksi di dapur sekaligus dapat berkongsi idea di dalam SBL. Sokongan dari kengkawan sangat diperlukan bagi memulihkan "jiwa" Cik Sakura yang sedang lara ini...

Untuk resepinya, kita semak catatan di bawah:-



Ramuannya:-
200g bunga kobis
1 batang lobak merah
3 tangkai sawi hijau
7 biji bebola daging dipotong empat

3 biji bawang merah dimayang
2biji bawang putih dimayang
2 tangkai cili merah dimayang
7 ekor udang
2 sudu makan sos tiram
sedikit lada hitam
1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa

Cara Menyediakannya
Basuh dan bersihkan sayuran kemudian potong ikut suka
tumiskan ramuan yang dimayang hingga naik bau
masukkan udang kemudian biarkan sekejap
masukkan sedikit air dan sos tiram dan bebola daging
masukkan lobak merah dan bunga kobis pastu sawi
last sekali masukkan lada hitam dan serbuk maggie cukup rasa
angkat dan hidangkan...

selamat mencuba

babai...

Tuesday, February 7, 2012

KUNJUNGAN KE TERENGGANU DARUL IMAN

Salam Sayang Semua....

"Cik Sakura sangat memerlukan rehat yang secukupnya bagi menghilangkan stress"
kat doktor minggu lepas. doktor jugak mensarankan agar Cik Sakura pergi bercuti... ahakssss. Agaknya destinasi manakah percutian bagi menghilangkan STRESS setelah trip ke KOTA SOLO Indonesia GAGAL? Apa kata kita cari tempat yang boleh memberikan unsur-unsur ketenangan bila berada di sana...

TERENGGANU adalah destinasinya. Cik Sakura berpendapat Negeri Terengganu yang mempunyai unsur-unsur keislaman mungkin bisa memberikan sedikit ketenangan. Lalu percutian ke sana telah Cik Sakura rancang dengan rapi. Kebetulan Cik Sakura mempunyai beberapa orang sahabat kat sana yang ingin diziarahi...

Mari kita selusuri kisah-kisah perjalanan Cik Sakura ke negeri Darul Iman selama lebih kurang 3 hari 3 malam...

Perjalanan dengan menaiki bas MAJU lebih kurang jam 12.30 malam tetapi telah tersasar dari jadual asal di mana perjalanan hanya bermula pada jam 1.15 pagi

Ulat tiket yang berkeliaran di Terminal Larkin Johor Bahru


Gelagat para penumpang yang menunggu ketibaan bas masing-masing


masa ni Cik Sakura dah sampai kat daerah Kemaman. Baru jer bangun tido sebab tu muka masam jer, maklumlah keadaan tidur yang kurang selesa menempuh perjalanan hampir 9jam sangatlah memenatkan...


awan mendung pagi itu menyambut kedatangan Cik Sakura di bumi Terengganu Darul Iman walau bagaimanapun mendung tidak bererti hujan...

pemandangan pagi Sabtu 4hb Februari 2012 menerusi tingkap bas persiaran yang sempat Cik Sakura potretkan...
KERTEH, kat sinilah Gas Petronas dihasilkan


pemandangan tepi pantai sepanjang perjalanan pagi itu


Masjid ape ek, lupela...


yang ini pun lupa jugak namanya...


ni kat PAKA kot...


RUMAH CIK ANNI dan EN JAMIL

Setibanya di Negeri Terengganu, Cik Sakura disambut oleh sahabat yang satu ketika dulu pernah menjadi housemate Cik Sakura iaitu Puan Asmahani Abdul Razak yang baru 3 bulan bergelar isteri orang. Dahulu kami pernah berkongsi suka dan duka bersama tapi kini kami telah terpisah. Akhirnya cik Anni dapat jugak berpindah ke negeri Terengganu seperti mana impiannya untuk berkhidmat di negeri sendiri.

Kat bawah ni adalah gambar kediaman Cik Anni dan suami yang sama-sama mencurah idea menghias seni atur dalamnnya. Bole tahan cantik dan kemas rumah Cik anni ni... kembanglah Cik Anni tu kalau dia baca entry ni...

nengoklah dulu eakkkk...




HARI KE DUA di TERENGGANU

Masa kat sana, sempat jugak Cik Sakura meghadiri Majlis jemputan kahwin orang Terengganu sekaligus dapat jugak Cik Sakura mempelajari gaya dan adat orang Terengganu melangsungkan perkahwinan. Kebetulan sewaktu percutian di sana, ada sahabat Cik Anni yang melangsungkan perkahwinan. Sempatlah Cik Sakura merasai kelazatan Nasi kenduri kawen kat sana, nengoklah tu..yum, yum,yum,

Nasi kenduri


pelamin pengantin


acara disebelah petangnya ialah menziarahi Sarah dan suaminya Faizal yang baru dikurniakan seorang puteri. Dulu Sarah ni pernah bekerja satu bumbung dengan Cik Sakura, kami juga pernah berkongsi cerita dan kenangan yang kini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup kami jadi bersempena kedatangan Cik Sakura ke Negeri Terengganu ingin rasanya Cik Sakura menziarahi dia, alhamdulilah cik Anni sudi menghantar. Terima kasih ye Cik Anni...

suasana petang yang sangat hening menyambut kedatangan Cik Sakura ke rumah ibu mertua sarah. Terpancar kegembiraan pada raut wajah kami apabila bertentang mata, maklumlah sarah kini sudah bahagia di sisi suami di negeri Terengganu. Kenangan manis seketika bersama sarah tak mungkin dilupakan. Entah bila lagi dapat bersua muka?

anak siapakah ini?


inilah dia Ilhami Faqihah buah hati Siti Sarah Mohamad dan Faizal


tu dia... SITI SARAH DAN PUTERINYA sempat beraksi


Cik Sakura pun sempat berposing dengan ILHAMI FAQIHAH


hidangan dijamu Sarah petang itu... terharunya hati Cik Sakura, SATA sempat juga dibeli oleh Sarah bersempena kedatangan Cik Sakura ke rumahnya. Dia tahu Makanan kegemaran Cik Sakura ni, terima kasih Sarah...

Bukan itu sahaja, Sarah sempat memberi Cik Sakura pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Johor Bahru. Terima kasih sekali lagi dik... semoga Allah merahmati mu...



HARI KETIGA DI TERENGGANU

Cik anni dan adiknya ma..


Cik sakura dan cik Anni


mee sup yang sangat populer kat Pasar Payang

CUCI MATA kejap




MALAM TERAKHIR DI TERENGGANU


ICT Kuala Terengganu, cheewahhhh



pose sebelum pulang ke Johor Bahru


Cik anni pun sempat jugak...


selamat tinggal Negeri Terengganu

itu sahaja titipan untuk kali ini...

babaiii...

CHICKEN BOXING

Salam Sayang Semua...

yeahhhh"Mood memasak sudah kembali". Cik Sakura sudah ready untuk ke dapur dengan resepi-resepi baru. Kalau nak tahu resepi apakah saban hari, kenelah selalu menjengok entry-entry Cik Sakura selepas ini. Ada banyak resepi yang ingin Cik Sakura kongsikan cuma menunggu masa dan kesempatan.

Tetapi untuk kali ini jom nak kite try resepi ringkas macam mana nak buat Chicken Boxing. Haritu, masa berjalan kat rumah Maslinda sempat jugak Cik Sakura mencuba resepi Chicken Boxing ala-ala Sakura. Senang ajer arr cara buat dia, takyah susah rupanya seperti yang dibayangkan. Kalau tak caya nengok kat bawah ni:-


ramuannya:-
7-9 ketul drumet ayam
1/2 camb serbuk maggie cukup rasa
sebijik telur
tepung goreng ayam
minyak untuk menggoreng
(sukatan tepung tu agak-agak ajelah ye..)




cara menyediakannya:-
basuh dan bersihkan ayam
tarik kulit ayam dan isinya hingga turun ke bawah
gaulkan dengan sebuk maggie cukup rasa
perapkan sekejap lebih kurang 15 minit
pecahkan telur kemudian pukul kejap dengan garfu
celupkan ayam ke dalam telur
kemudian golekkan kat tepung goreng ayam
kemudian goreng dalam minyak yang penuh
hingga golden brown...
sudah boleh angakat dan hidangkan

eee... senangnya. Selamat mencuba...

babaiiii


KERUTUP AYAM

Salam Sayang Semua...

Agak lama Cik Sakura menyepikan diri dari dunia bloger ni kan... Bukannya merajuk atau berpatah arang berkerat rotan, sebaliknya kesihatan Cik Sakura sejak akhir-akhir ini sedikit terganggu lantaran itu Cik Sakura memerlukan sedikit rehat bagi mengembalikan kesihatan yang semakin berkurangan.

Jomlah, kite terus kepada tajuk asal entry kali ini. Dalam pada sakitpun Cik Sakura masih mampu beraksi di dapur. Kalau tak percya tengok tu gambar di atas. Sempat Cik Sakura menyediakan menu KERUTUP AYAM yang di makan bersama dengan NASI BIRYANI permintaan Najwa Harun minggu lepas. Untuk resepinya, sila lihat kat bawah ni:-

RESEPINYA
1/2 ekor ayam dipotong 6 bahagian
3 sudu makan rempah kerutup ayam kelantan*
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
5 tangkai cili hijau*
1" halia*
1 batang serai dititik
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
gula melaka dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya

Basuh dan bersihkan ayam. toskan dan ketepikan dulu
Tumbuk lumat ramuan bertanda * kecuali serai
kemudian tumiskan ramuan tadi bersama dengan serai yang dititik
masukkan rempah kerutup kemudian tumis lagi hingga pecah minyak
masukkan ayam dan kacau rata
kemudian masukkan santan, kerisik dan gula melaka
sesuaikan rasa manis dan masinnya
masak hingga kuah menjadi pekat
matikan api dan boleh dihidangkan

Selamat mencuba...

babaiiii....