Salam kepada semua...
Untuk catatan Perjalanan kali ini Cik Sakura ingin membawa anda semua menjelajahi keindahan dan keunikan Kota Yagyakarta, Indonesia. Perjalanan yang memakan masa hampir 21/2 jam dengan menaiki flight dari LCCT kuala Lumpur ke Yoyakarta adalah sangat membosankan. Walaubagaimanapun impian untuk menaiki flight telahpun terlaksana. So, lepas ni kalau ada org tanya "Awak pernah naik Flight" Cik Sakura akan jawab "Sudah" kan gitu....sedap sikit bunyinya.
Lihat saja aksi mak Cik Sakura ni kesejukan dalam flight...walaupun tidak berapa selesa tapi boleh jugak tidur degan lena sampai terlentok-lentok dibuatnya. Gembira rasa di hati apabila boleh bawak kedua orang tuan berjalan-jalan. Terpancar kegembiraan di wajah kedua ibu bapa Cik Sakura. Alhamdulilah, sekali lagi impian Cik Sakura terlaksana. Mudah-mudahan tahun depan dapatlah kita sekali lagi bercuti bersama-sama.
Ha...yang ni pulak aksi ayah Cik Sakura kat dalam flight. Dia pun bole tidur dengan lena sekali. Jeles jugak Cik Sakura tengok diaorang bole tidur. Puas cik Sakura pejamkan mata tapi masih tak boleh lena. Ayahpun nampak suka sangat masa aritu. Dia siap cakap "apa kata kalau kita pegi sekali lagi ujung tahun ni" ermmmm.... seronok lah tu. InsyaAllah yah, kalau ada rezeki apa salahnya, betul tak?
Yang ni plak aksi Maslinda laki bini. Nampak suka sangat eek. Mana tidaknya, plan yang diancang dari tahun lepas telah terlaksana. Lagipun dialah yang merancangkan percutian kami ke kota Yogyakarta.Tanpa dia pasti percutian ni tidak menjadi nyata. Time kasih ek Cik Maslinda kerana telah bersusah payah menjadi tulang belakang pada kitaorang semua dari A sampai Z. Harap-harap plan ke kota Solo tahun depan menjadi lah ek.. dah tak sabar dah ni rasanya. Harap-harap Kota Solo menjanjikan sesuatu yang lebih indah berbanding YOKYAKARTA. Sama-sama kita saksikan nanti.
KENANGAN INDAH DI YOGYAKARTA
KENANGAN INDAH DI YOGYAKARTA