Pages

Sila Klick

Tuesday, September 13, 2011

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG GALAH




Salam Sayang Semua...

Apa khabar kengkawan semua? Lama betul Cik Sakura tak mengupdate blog kan? Maklumlah Syawal kan masih lagi dirayakan. Pastinya Cik Sakura mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak saudara yang menjadi kebiasaan apabila tibanya Aidilfitri. Tu sebab la.. makanya Cik Sakura tidak punya banyak masa untuk berblog. Tambahan pulak, Aidilfitri taun ni agak sibuk jugak bagi keluarga Cik Sakura yang mendapat ahli keluarga baru bersempena perkahwinan adik Cik Sakura yang berlangsung pada 9hb september 2011.

Pejam celik pejam celik rupayan raya dah masuk hari yang ke13. Hari ini Cik Sakura mengambil kesempatan mengerjakan ibadah puasa 6 bersempena bulan Syawal ni. Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk dengan ibadah yang dilaksanakan tetapi yang sebenarnya Cik Sakura nak berkongsi dengan rakan-rakan semua menu untuk berbuka puasa petang ni. Kebetulan sahabat kepada adik Cik Sakura ada menghantar Udang Galah kelmarin. Jadi, Cik Sakura pun apa lagi... MASAK LOMAK CILI API lah yek.. Dah lama tak ke dapur untuk memasak, ni dah gian dah ni. Jomla, kita terus dengan penyediaannya...





Blendkan Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih dan Kunyit hingga hancur


Inilah dia rupa paras bahan-bahan yang telah diblend tadi. Kat sebelah tu adalah Santan. Gunakan Santan Pekat dan Santan Cair. Pastu jangan lupa ketuk serai sebantang...


Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan tadi bersama Serai yang telah diketuk tadi. Resepi ni berbeza dengan resepi orang Nogori sebab penyediaanya perlulah ditumis terlebih dahulu berbanding dengan mereka, resepi Masak Lomak ni tidak perlu ditumis sebaliknya direbus sahaja. Begitu jugak dengan penggunaan ramuan di mana Orang Nogori hanya menggunakan Cili Padi dan Kunyit sahaja. Memandangkan ini adalah resepi turun temurun dari keluarga Cik Sakura,maka kita ikut resepi yang ini. Tapi boleh jugak ikut selera masing-masing, yang penting masak kene ikhlas barulah hasilnya menjadi...


Tumis hingga garing


Pastu masukkan udang yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian kacau rata


Masukkan Santan Cair biarkan mendidih seketika


Kemudia, masukkan Santan Pekat Pulak. Ha.. masa ni kacau selalu supaya jangan pecah santan, nanti tak jadik lah pulak masak lomak ni, tak gitu kengkawannnn? Akhir Sekali jangan lupa masukkan Garam secukup rasa...


Inilah dia juadah berbuka puasa untuk hari ini. Sungguh menyelerakan sampai bertambah-tambah cik Sakura makan nasik malam ni..(Ermmmm habis diet aku hari ini)
Alhamdulilah...rezeki untuk hari ini..

Selamat mencuba...

bye..

No comments:

Post a Comment