Pages

Sila Klick

Thursday, August 9, 2012

CUCUR UDANG




Salam Sayang Semua....

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada para pembaca dan kengkawan yang dikasihi. Ini merupakan entry pertama Cik sakura dalam menghiasi Ramadhan Al Mubarak tahun ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang di awalnya "rahmat", ditengahnya (magfirah)  "keampunan" dan di akhirnya dilepaskan dari "api neraka" akan menghampiri kita, amin ya rabbal alamin.

Kebizian yang melanda disamping dengan aktiviti padat "Ihya Ramadhan" memenuhi jadual cik Sakura tika ini. Walau bagaimanapun kesempatan beraksi di dapur tidak dilupakan kerana Cik sakura tetap Masak sendiri untuk "Iftar Ramadhan" saban hari bagi memecahkan rekod untuk tidak ke bazar ramadhan tahun ini.

Salah satu menu yang ingin Cik Sakura kongsikan dengan kengkawang semua adalah CUCUR UDANG. Menu ini direquest oleh Om PGL (Kak Bodah) sahabat fesbuk Cik sakura yang bertanyakan bagaimana untuk menghasilkannya. Jom, sama-sama kita semak resepi di bawah ini:-


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil KFC mauripan
1/2 sudu kecil KFC soda bikabonat
daun kucai ikut suka banyak mana
taugeh juga ikut suka banyak mana
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam
air secukupnya
beberapa ekor udang basah

Cara menyediakannya
satukan tepung dengan mauripan dan soda bikabonat
bancuhkan air dengan sedikit garam kemudian curahkan sedikit demi sedikit pada adunan tepung gandum tadi sehingga menjadi seperti adunan jemput-jemput. Kalau boleh buat cair sedikit. titikkan pewarna kuning dan gaul rata.
masukkan daun kucai dan taugeh  rehatkan adunan sekejap hingga menjadi naik dua kali ganda. Scoop dengan senduk sederhana kecil letakkan seekor udang basah di atasnya kemudian keruk dengan sudu masuk terus dalam kuali. goreng hingga masak.
angkat dan hidangkan...
 

untuk cicahnya
3 biji buah tomato segar*
3 tangkai cili merah*
9 tangkai cili padi*
3 biji bawang putih*
setangkai daun ketubar
3 sudu makan gula atau secukupnya
sedikit perahan lemon
sedikit cuka ( kalau suka) 

Cara Meyediakannya
kisar kesemua ramuan yang bertanda * dengan menggunakan food processor ye, bukannya blender tau. Perahkan lemon, masukkan jugak gula dan cuka kemudian masak di atas api hingga mendidih bagi tujuan tidak sakit perut. akhir sekali mayang daun ketumbar kemudian campurkan dengan sos tadi. aroma daun ketumbar sangat-sangat sepadan dengan sos pencicah ini. sejukkan kejap, bolehlah di hidangkan bersama cucur udang tadi...

sekian dulu untuk kali ini, mudah-mudahan perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Akhir sekali, sama-samalah kita mencari keredhaan dan keampunan dari Nya bersempena Ramadhan tahun ini. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita...

babai semua...