Pages

Sila Klick

Monday, January 23, 2012

ASAM PEDAS MAN CATHAY BATU PAHAT

Salam Sayang Semua...

Pencarian Gerai Asam Pedas Cik Sakura dan Ayahnda akhirnya terhenti di sini di Gerai Man Cathay yang terletak di Jalan Rahmat yang bersebelahan dengan Pejabat Pos Besar daerah Batu Pahat. Entry kali ini juga adalah bertujuan untuk mempromosikan daerah kelahiran Cik Sakura iaitu Batu Pahat Johor.

Bagi penggemar Asam Pedas rasanya boleh tahan sedap akan tetapi Cik Sakura dapat rasakan yang kita masak sendiri kat rumah tu lagi sedap. Mana taknya, selain dari air tangan sendiri sudah tentu ramuan yang digunakan dari kalangan yang terbaik dan sudah pasti kebersihannya adalah lebih terjamin. Lagi pula, Asam Pedas yang kita masak di rumah adalah dalam kuantiti yang sedikit berbanding dengan yang dijual di gerai-gerai. Pun begitu, sesekali cuti memasak apa salahnya kita mencuba resepi diluar. Tengahari tadi kami menikmati hidangan Asam Pedas Kepala Ikan, Asam Pedas Ikan Kembung, Sayur Goreng Kacang Botol dengan Telur Dadar. Masing-masing makan sepinggan setengah... berselera betul kami makan tadi.

Selesai makan, kami pun pulang ke rumah dengan wajah tesenyum riang kerana kekenyangngan dan Cik Sakura takyah susah-susah nak ke dapur menyediakan hidangan makan tengahari. Dalam perjalanan pulang kami melalui laluan yang berbeza dari laluan pergi tadi iaitu Jalan Batu Pahat Ayer Hitam dan singgah sebentar di Gerai buah-buahan di depan Kilang SHARP untuk membeli buah limau yang menjadi kegemaran kami berdua...

Layan dulu lah ea, gambar-gambar di bawah...

Semua sekali RM 46.00 henggit untuk 2 orang makan

berselera sekali ayahnda menikmati Asam Pedas


hidangan tambahan telur dadar dgn sayur goreng kacang botol

alhamdulilah...kenyanggg

babai semua

No comments:

Post a Comment